Sabtu, 10 Jun 2017

Tips Temuduga Perancangan Bandar dan Wilayah. Aku Tak Pandai Melukis dan Speaking English!

Hai, agaknya, makin lama blog ni makin berhabuk. Nasib baik tak bersarang. Hahaha.

Oups, lupa. Ada yang sedang membaca dan memerhati. Ok lah, hari ni saya nak berikan sedikit tips bagaimana temuduga ‘Course’ perancangan bandar dan wilayah. Sebab, saya lihat ramai yang masih tertanya-tanya. Agaknya, bagaimana bidang ini ditemuduga.

Tetapi tips temuduga ini hanyalah menjurus kepada temuduga di UiTM. Bagi di Universiti yang lain saya tidak beberapa pasti. Mungkin ada sedikit persamaan ataupun mungkin banyak perbezaannya. Saya pun tak pasti.
                                                                                   godhong kopi
Jangan risau, kamu yang dapat temuduga universiti lain pun boleh membaca artikel ini. Mana tahu. Kot-kot soalannya hampir serupa. Rezeki buat kamu.
Ok, baiklah, kita berbalik kepada tajuk kita. Cewahhhh…Untuk pengetahuan semua, temuduga bidang perancangan bandar dan wilayah di UiTM ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:
A) Ujian Melukis         B) Temuduga Lisan
Urm, sebenarnya, hampir serupa dengan temuduga arkitek dan senibina dalaman. Cuma yang membezakannya ialah soalan dan mungkin juga tahap lukisan kamu. Yelah, nama pun perancang bandar. Kena belajarlah sedikit ‘skething’ kan..hahahha
Pasti seramkan, bagi mereka yang tak pandai melukis..hahahaha…HABISLAH
Hehe, saya gurau je…jangan marah ar. Tak perlu risau, MUDAH JE SKETH NI. Tak perlu cantik sangat pun. Yang penting Nampak rupa.
Sebelum saya menerangkan dengan lebih lanjut. Saya nak ceritakan pengalaman saya ketika ditemuduga di UiTM Shah Alam (Campus Lama FSPU sebelum dipindahkan ke Campus UiTM Puncak Alam).
Sebenarnya, saya agak bernasib baik pada ketika itu kerana saya terlepas daripada ujian melukis. Haha. Jangan marah ye…
Bukan saja-saja je tak da ujian melukis ni. Tetapi waktu itu pelajar yang ditemuduga agak ramai menyebabkan ujian melukis dibatalkan akibat daripada kekurangan ruang untuk melukis. Dengan kata lain, tak cukup bilik kuliah untuk menempatkan calon yang mengambil ujian tersebut. Maka, kami yang ditemuduga ni rasa agak lega pada ketika itu kerana TERSELAMAT..Hahaha..
Tapi, masih takut juga. Sebab BALA belum habis lagi. Mana tak nya.
Temuduga Lisan belum lagi. Jadi, memang tak gembira lagilah waktu tu. Huhu..
---
Cerita lain pula, bagi rakan-rakan saya yang ditemuduga di UiTM Seri Iskandar (Pelajar Zon Utara dan Pantai Timur)  . Mereka semua dikendaki menghadapi kedua-dua ujian iaitu Ujian Melukis dan Temuduga Lisan. Bebeza dengan kami yang hanya menghadapi Temuduga Lisan. HUHUHU
Huhu..kesiannya!. Bukan nak riak…tapi bersyukur. Alhamdulilah.
Ok, disebabkan saya kini berada di semester yang ke-4. Saya ada juga tanya juga rakan-rakan saya yang ditemuduga di UiTM Seri Iskandar. Bagaimana mereka menghadapi Ujian Melukis.
Dengan bebekalkan cerita dan pengalaman rakan dan juga senior saya. Saya akan cerita serba sedikit bekaitan ujian melukis.
A) UJIAN MELUKIS
Bagi ujian melukis ni, kebiasaanya kamu akan dikumpulkan disuatu tempat seperti dewan kuliah ataupun dewan seminar dan sebagainya. Pada masa tersebut, kamu dikehendaki melukis objek yang telah ditetapkan.
Dipendekan cerita, antara objek yang kamu perlu lukis ialah SEPERTI BONGKAH-BONGKAH YANG BERBENTUK SEGI EMPAT, SEGI TIGA, SFERA DAN KON. Senang cerita semua barang yang bebentuk geometri.
Contoh Bongkah Berbentuk Geometri
---
Sebenarnya dalam ujian ini. Mereka cuba ingin melihat kreativiti dan juga keamatan kamu dalam melakukan sesuatu. Hal ini demikan kerana ketika kita melukis, kita akan dapat melihat sejauhmana keamatan kita terhadap objek yang dilihat.
---
Saya juga sering ditanya. Saya tak pandai lukis? Macam mana Eh?. Awak saya tak ada basic seni, boleh tak lepas ujian ni? Awak tangan saya ni tak ada bakat melukis.
Haha, ni lah antara soalan yang sering ditanya. Tu, belum lagi ada yang cakap dia tak minat melukis. Huhu, kamu semua tak perlu risau. Bidang perancang bandar ni tak semestinya kamu pandai melukis secara REALISTIK, tetapi yang penting nampak RUPA.
Contoh Lukisan (Youtube)
Kalau benda tu kotak, nampaklah bentuk kotak. Kalau bentuknya segitiga, nampaklah segitiganya. Mudah kan…
Bagi jurusan yang lain seperti arkitek, senibina dalaman..tak sama. Sebab jurusan arkitek dan senibina dalaman amat mementingkan lukisan. Jadi, mereka amat mementingkan aspek lukisan.
NASIHAT DAN CADANGAN
i) BAWA PENSIL PELBAGAI JENIS DARI 2B HINGGA 8B, Hal ini memudahkan kamu melukis nanti. Sebab kebiasaanya, tidak disediakan sebarang bentuk alat melukis.
ii) Bagi yang pandai melukis, teruskan teknik shading dan rendering supaya nampak lebih menarik. Bagi yang tidak pandai melukis, pastikan nampak bentuk bongkah-bongkah tersebut.
iii) Bagi yang tak pandai melukis juga, belajar sikit teknik shading dan rendering di YOUTUBE. Kalau tak menjadi tak pa. Buat je…
iv) FREE HAND, tak perlu guna pembaris. Sebab kamu hanya diberikan waktu 30 minit ataupun satu jam untuk melukis. Jadi kamu tak ada masa yang lama. Lukis je,..
B) TEMUDUGA LISAN
Ok, ni bahagian yang paling penting. Pada bahagian ini juga kamu semua akan dinilai oleh penemuduga. Jadi pada bahagiani ni. Cuba buat sebaik yang mungkin. Ok.
Di UiTM temuduganya ialah di dalam Bahasa Inggeris.
                                                                                    Kompasiana
Jadi, berlatih speaking, supaya lembut sikit lidah tu bila nak speaking. Tak da lah terbelit-belit lidah tu.  Kalau boleh malam sebelum temuduga cakap sendiri depan cermin supaya dapat membentuk keyakinan kamu.
Arhhh…Bagi mereka yang tak pandai speaking atau tak pandai sangat English…
Jangan risau, gunakan ayat dan perkataan yang mudah. Tak perlu guna ayat yang bombastic pun. Kerana dalam temuduga ini mereka ingin melihat keyakinan kamu dalam berkomunikasi. Jadi, nasihat saya, gunakan bahasa yang mudah.
Kalau susah atau tak tahu ‘word’ yang ingin digunakan. MIX ENGLISH AND MALAY pun ok. Bukan apa, ni nak elakkan kamu daripada tak cakap apa-apa dan menghalang kamu untuk  menyampaikan apa yang kamu tahu.
Jadi, guna AYAT DAN WORD yang mudah untuk speaking..ok..Confident penting tapi jangan OVER CONFIDENT…
                                                                                  Celrinimano
Ok…Faham kan…
Baiklah, kita akan lihat. Apakah contoh soalan yang sering atau mungkin yang ditanya oleh penemuduga.
Mari baca dan fahamkan.
i) Tell me about yourself?
Ok, masa nil ah kamu semua boleh cerita tentang diri kamu. Masa ni jugalah kamu boleh gunakan untuk menarik minat penemuduga untuk memilih kamu.
Dan
Saya nak ingatkan, bahawa, kita ni dalam temuduga diibaratkan kita SEDANG MENJUAL DIRI KITA. Jadi ceritalah berkaitan kelebihan kamu. Ye lah, mana tahu, kamu pandai melukis, ambil gambar, menulis, berkomunikasi ataupun sebagainya. Cerita je, pastikan apa yang kamu ceritakan ini dapat menarik minat mereka. Ok.
Ouh ye, masa ni lah kamu boleh speaking fully english secara lancar. Sebab kamu boleh gunakan perkataan dan ayat yang mudah. Barulah dapat menarik orang yang mendengarnya.. kan

ii) What you know about this course?
Arhhh..Nak jawab soalan ni, mudah je. Buatlah research serba sedikit tentang course ni. Saya rasa banyak je maklumat berkaitan bidang ni. Tulis sahaja di Google, banyak maklumat yang kamu boleh dapat. Nak mudah, baca dulu blog saya berkaitan bidang ini.
IJAZAH SARJANA MUDA PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH
Seterusnya, gunakan maklumat yang kamu perolehi dan terangkan berdasarkan pengetahuan dan maklumat yang kamu perolehi.
Solusinya, nak jawap soalan ni. Lakukan sedikit research. Ok.
iii) Why you choose this course?
Haha, ingat lagi…ni lah antara soalan yang ditanya kepada saya ketika ditemuduga di UiTM Shah Alam. Untuk jawap soalan ini.
Gunakan jawapan yang bernas yang berintelektual.
JANGANLAH jawap seperti “Saya nak kerja kerajaan lepas habis belajar” atau “Saya nak mudah dapat kerja selepas habis belajar”
Hey! Gunalah jawapan yang TEMBERANG DAN BERNAS. Dengan kata lain, cakap sikit tentang pembagunan di Malaysia. Kalau boleh kaitkan tentang ISU-ISU PEMBAGUNAN DI MALAYSIA.
Baru nampak gempak sikit jawapan dia.
Faham kan?
iii) Who is Minister of…..?
Yup, dalam temuduga ni juga, kamu juga akan ditanya tentang menteri-menteri yang terlibat di dalam pembagunan di Malaysia.
Selain PM, yang kamu sayangi itu, kamu juga perlu tahu serba sedikit nama menteri yang terlibat dalam perancangan pembagunan di Malaysia.
Antara kementerian yang WAJIB kamu ketahui ialah:
i) KEMENTRIAN KESEJAHTERAAN BANDAR PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN (JKPKT)
ii) KEMENTRIAN KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH
iii) JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA (JPBD) (PLANMalaysia)
Apa yang kamu perlu tahu ialah NAMA KETUA JABATAN INI DAN FUNGSINYA.
iv) What is the main development issues in Malaysia?
Bab ni, kamu semua GORENG JE..hahaha
Macam mana nak goreng?
Perkara utama nak jawap soalan ini, kamu perlu tahu isu pembagunan di Malaysia. Lakukan sedikit research. Dan yang penting, jawap soalan ini berdasarkan pemahaman kamu sebagai seorang pelajar dan orang yang berintelektual. In sya allah, jika kamu dapat point yang kamu nak kata, mudah nak jawap soalan ini.

----
Ok,ini lah antara soalan yang boleh ditanya jika kamu ditemuduga bidang ini. Sebenarnya, banyak soalan yang boleh ditanya. Maka kamu perlulah bersedia dengan soalan yang bakal ditanya.
Buat sedikit pembacaan dan cerapkan segala maklumat tersebut supaya kamu boleh gunakan ketika temuduga.
Ok, saya harap artikel ini dapat membantu kamu semua yang memerlukannya. Nasihat saya, USAHA DOA DAN TAWAKKAL
Buat sehabis baik, jangan risau dengan keputusan yang akan diperolehi nanti. Dapat tak dapat belakang kira. Yang penting kamu dan usaha. Jangan risau, boleh buat rayuan untuk sesi pengambilan kedua.
Ok, jika ada sebarang pertanyaan, sila komen di ruangan yang disediakan. In sya allah saya akan cuba untuk menjawabnya.
Wassalam
#BualPacakBiarBerilmu
#BualPacakMalaya

93 ulasan:

  1. Klau guna english rojak ngan melayu boleh ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ikutkan tak boleh.

      But kalau pendapat saya hafiz. Campur je bila speaking ni. Yelah kadang2 kita ni tak EXPERT english.

      Kdg2 bila kita speaking ada perkataan yg kita tk igt. So, dia akan melambatkan proses menyampaikan idea...

      pendapat saya, adalah lebih baik campur je speaking.

      Yang penting CONFIDENT.

      Tp diingatkan, cuba usaha utk ckp english, sekurang-kurangnya penemuduga nampak effort kita.😊

      Antara Rahsia berjaya temuduga ialah bergantung pada tahap keyakinan dan ketelusan apabila kita menjawab soalan ketika ditemuduga.😊

      Padam
    2. Sy dulu pun sama hafiz. Tk pandai sgt speaking english. Tp bila temuduga, sy confident je ckp english. Walaupun sy tahu ada perkataan yg saya salah sebut atau terlepas pandang dari sudut grammar.

      Apa2pun, BERSEDIA sebelum temuduga. Baca sikit maklumat berkaitan course ni. Hafal sikit "word" english yg hafiz perlu igt. OK😊

      Padam
    3. setuju, sepatutnya kena usaha jugak cakap english, tapi sbbkan loading tu teruk nak mati, idea tu banyak, last mintak izin ckp bm, tapi dgn yakin nya, lancar dan idea yg bombastik, temuduga pun impressed, dgn syarat, berkeyakinan hehehe, sorry sibuk hahahaha

      Padam
  2. Assalamualaikum saya nk tnya orang pernah ambik seni susah x nk dpt kos ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumsalam..jikalau ada basic seni atau ada ambil subjek seni masa Tingaktan 6 atau tingakatan 5...Insya allah, lagi mudah...tp pastikan lepas temuduga lisan. Sebab kebiasaannya, pensyarah/penemuduga ni nk lihat cara kita berkomunikasi ketika temuduga ni, bukan setakat sahaja hasil lukisan sahaja(ujian melukis)...

      Kalau pandai lukis, adalah satu bonus bagi saudara.

      Selain itu, apa yg saya boleh katakan bidang perancangan ini bukan sahaja melibatkan kreativiti dan seni, tetapi melibatkan aspek berfikir rasional dan ber aras tinggi...Jangan risau saudara. Yg penting confident tp bukan OVER CONFIDENT..

      Padam
    2. Ouh ye..dulu ketika di Tingakatan 6. Saya ambil subjek seni juga. So, ia amat membantu sy ketika sambung pengajian disini....Harap anda berjaya saudara/saudari😊

      Padam
  3. saya dapat pergi iv ni so nak tny pakaian interview nnt kalau perempuan baju kurung ke?!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh je ira. Yg penting pakaian tu sopan dan melambangkan kita ni pelajar...

      Padam
    2. qiesyseoul. Ira ada chat di instagram saya. Dia akan ditemuduga di UiTM lendu, Melaka. Kebiasaanya, ini utk pelajar zon selatan..

      Padam
    3. Sy pn sama dpt iv tu hari sabtu tmpt yg sama di uitm melaka

      Padam
  4. Lame ke hok interview lisan tu,agok2 dlam 30min ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Untuk interview lisan. Lebih kurang 15/30 minit je. Bergantung pada kepuasan lecturer yang temuduga kita. Kalau dia puas hati. Kejap je lah...

      Padam
  5. harap ujian lukis senang jee nanti😅😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh..Jgan risau qiesyseoul. Boleh punya. Lukisan tak perlu realistik sgt pun. Nampak rupa pun dah ok..Jangan risau lah...Tapi kalau lukisan tu cantik...Confirmlah dpt...haha... all the best...

      Padam
  6. Salam nk tnya , pemakaian tuh macam mana ? Boleh ke pkai kasut wrne brown ?? Saya ada temuduga kat uitm Machang , kelantan sbtu nieh ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh kitaa geng broo.. jumpa kat sana.. tapi yg bab pemakaian tuu, tk dibenarkn pakai tshirt n seluar jeans.. so pakai mcm form6 je lah kan.. kemeja n seluar slack..

      Padam
    2. Ye betul fahmi...pakai baju yg formal sahaja. Mcm f6 pun boleh. Soal kasut coklat tu...tak kisah. Yg penting tertutup...semoga berjaya korang berdua...👍👍👍

      Padam
  7. Terima kasih ya...soalan-soalan di atas semua bagus... since this is my first time interview,I'm kind scare plus excited..but I will try my best... btw saya dapat interview dekat UITM Puncak Alam, Shah Alam.. hari sabtu nih saya interview... doakan agar semua nya berjalan lancar... terima kasih sekali lagi!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2...alhamdulilah..bguslah..harap dpt bantu korang semua. Ini pun based on my experiences lah...if lets say lain tu. Tak boleh cakap...ouh ye..sebenarnya sy pun masih belajar di puncak alam...dh semester 6 dh...😅😅😅. Lagi 3 sem habislah...All the best ye semua..jgn lupa share pengalaman korang ye...boleh contact di instagram enol_bpm...

      Padam
    2. Goodluck . Saya interview kat uitm lendu . Doakan jugak yee

      Padam
  8. Salam, nak tanyat ni.. Waktu iv tu personal or grouping?? Dan kalau perempuan kasut tu mcm Mana??

    BalasPadam
    Balasan
    1. wa'alaikumsalam.. ye gryffin... Kebiasaanya personal..but lets say ramai student dia akan buat grouping dalam 4 orang. dh pensyarah tu akan tanya soranng2...itu kalau ramai sgtlah..jrg berlaku...masa saya dulu ada grouping dan personal...saya kena personal iv.........

      kasut bertutup..jgn pakai selipar pula..jgn risau yg penting ikut mcm gaya student...tk perlu berlebihan. kalau dh masuk universiti nanti..tk kisah nak pakai apa pun..ini just utk temuduga...

      Padam
  9. assalamualaikum. kalau soalan tell me about yourself macammana ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumsalam...Simple je question ni...Kita bolehlah explain nama, asal mana. Sekolah di mana. Lepasan apa...brp result exam...mcm tu lah...😅😅😅 tk perlu mengarut sgt pula ye...

      Padam
  10. salam..saya dpat iv for this sabtuni..kat uitm puncak alam..selalunya lecturer akan tanya berapa soalan yer semasa iv lisan tu..n waktu ujian lukis tu ada soal jawab juga ke selain sketch???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumsalam..Wah! Tahniah...Tempat sy belajar skrg... brp soalan tu. Sy tk boleh cakap..based on lecturer yg temuduga kita...boleh 3/4 atau lebih. Selagi dia tk puas hati. Dia akan tanya. 😊👍... Tidak rasanya. Ia hanya sketch sahaja. Berkemunhkinan lukisan tersebut akan dibawa semasa ujian lisan...

      Padam
    2. so,kalau saya ada bawak sketch portfolio ..waktu bila dia akan lihat dan adakah dia akan nilai juga sketch tersebut ??nervousenii

      Padam
    3. asklm saya 19 mei ni saya iv di uitm seri iskandar untuk degree perancangan bandar dan wilayah so i nk tanya admin ni persiapan apa yg saya harus buat mcm brg or dokumen apa yg penting masa iv nnt sebab saya ni masalah confident nih n after that kalau proses iv tu bape lama eii cause now i terlalu scary la nk iv x tau nk prepair apa selain research pasal kos ni help me pless admin

      Padam
    4. Wa'alaikumsalam. Maaf trlepas pandang komen awk...😅. Sampai dh lepas tarikh temuduga tu. Maaf sgt2...🙏

      Padam
  11. Salam, nak tnya ni.. Saya ni tak pndai nak hatching, so klau saya lukis asal ada bentuk je dan nampak lah gmbr tu ok tak??? Sbb sya ni bukan student seni dan basic ok2 je..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumsalam...boleh je gryfinn. But sementara ada masa ni. Bolehlah cuba hanching bentuk2 geometrik tu...tgk di youtube...buat sehabis baik...insya allah. Moga dipermudah. All the best ye😊👍

      Padam
  12. Salam,takpe ke Klau xpkai kasut kulit tpi pkai kasut sport warna kelabu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh din. Warna tak kisah. Still nampak fotmal kan. Bila kita pakai kasut kulit....😊👍. Hopefully membantu ye.

      Padam
  13. SALAM ,,sabtu ni saya ada iv du uitm puncak alam ..nervous sangat saya harap tips ni dapat membantu saya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumsalam. Wah! Tahniah ye. Selangkah ke universiti. Sy pun belajar di puncak alam skrg. Insya allah, boleh. Cari juga artikel2 lain ye. Selain di atas prepare juga dari segi persediaan mental fizikal dan rohani ye. All the best awak...😊👍

      Padam
  14. Assalamualaikum,saya juga dapat iv di uitm lendu melaka,boleh x saya nk tnya beberpa soalan😁 saya dapt course perancangan bandar n wilayah,but fakulti seni bina perancangan n ukur,dia lebih kepada apa ye?mksudnya lukis plen ke?mengukur ke?mengira smbil melukis ke?n soalan ke-2 memang wajib ke bawak segala alatan melukis yg lengkap seperti pensil 2b-8b??? Harus ke bawak sekali pensil warna??? N lastly memang boleh masa iv cakap Bi sikit2 Bm sikit2😅saya rasa itu shj la soalan yg saya harus tahu,harap dapat membantu 😇 doaknla juga saya agar bejaya...Amminn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumsalam. Yup. Course perancangan bandar dan wilayah ni terletak di dalam Fakulti Senibina Perancangan dan ukur ataupun FSPU. Dalam FSPU ni ada course arkitek,landscape, interior designer, building surveyer dan mcm2 lg...

      Sebenarnya course town planning. Lebih kepada pelukis plan dan juga kerja2 merancang pembangunan seperti penyediaan pelan perumahan, industri dan commercial. Selain itu juga kita dikehendaki utk buat perancangan yg melebih 15/20 tahun seperti Rancangan Kawasan Khas dan sebagainya.

      Ap yg saya terangkan adalah utk scope diploma perancang bandar. But, bila kita masuk degree kita byk lakukan studies spt Buat Rancangan Struktur, Rancangan Tempatan. Dan sebagainya...ini utk degree.

      Keseluruhan, dia ada melukis, mengira, mengukur... awk boleh baca artikel sy yg lain. Sy ada explain sikit kat situ.

      Utk soalan kedua tu. Boelh tgk pada surat temuduga itu. Jikalau dikehendaki utk menjalani ujian lukisan. Kita perlu bwk pensil 2b-8b..ini just persediaan supaya kita mudah melukis tone warna nanti... pensil warna tak perlu...kita just sketch pakai pensil je...

      Urm...sebenarnya kena cakap english. Yelah protokol uitm kan. But lets say ada perkataan yg kita lupa...ckap sikit bahasa melayu tu...yg penting yakin. Dan muka senyum...

      Goodluck ye. Jgn lupa share pengalaman ditemuduga ye. Nanti sy boleh update utk next entry. Thanks and all the best😊👍

      Padam
  15. Terima kasih moga nasihat ini dapat mendorong keyakinan saya nanti Ammin...😇😇😇goodluck juga n semoga berjaya juga...Amminn...insya Allah saya akan kongsikn sebasikit pengalaman saya dia sana nanti😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2...insya allah...boleh. nanti share ye..boleh hubungi sy..di button tertera 'Hubungi Saya' dkt atas blog ni..

      Padam
  16. Owh....saya terlupa 1 soalan lagi..hehehe maaf,masa disana harus ke saya membawa segala lukisan saya n sijil2 saya???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha... tk pe..saya faham... yup. Kalau ada sjil tu. Susun ikut turutan dari spm untilah skolah rendah...kalau ada folio lukisan tu..boleh susun dlm satu fail...senang nk bawa dan senang nk tunjuk pd pensyarah masa temuduga tu...

      Padam
  17. Bidang ni teruk tak calculation dia ? agak agak kalau saya yg agak lemah dlm math ni boleh bawak tak bidang ni ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha... tk de susah pun... simple math je...mcm kira peratusan, unjuran, unit, jarak...lebih kurang mcm tu je...bila dkt U ni..tak delah...kita belajar byk math pun...kita just fokus on or course je...

      Padam
  18. ramainya amik sabtu ni,hehee..sye dapat uitm puncak alam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Haha... all the best...Nanti dia akan tapis korang semua... All the best

      Padam
  19. Asalam saya nak tanya, kalau ade bawa folio seni, bila nak tunjuk folio and hasil kerja tu ye? Waktu ujian lisan or ujian melukis??

    BalasPadam
  20. Salam nk tnya , soalan no 4 tuh nk goreng mcam mana ? Sbab saya dh buat research kat internet psal isu2 pmbangunan tpi ada xfaham dan ada xjumpa , boleh x bagi idea??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumsalam...isu2 perumahan, industri comercial...cth kekurangan rumah mampu milik. Perancangan perumahan tidak terancang... kesan industri pd masyarakat kekurangan infrastruktur di kawasan bandar dan luar bandar...dan byk lg..

      Padam
  21. Perlu ke surat pengesahan dari ketua kampung atau sebagainya?

    BalasPadam
  22. Salam, diploma ni ditawarkn dekat uitm mana ya ? Kalau boleh senaraikn ya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Utk diploma perancang bandar hanya UiTM hanya ada di UiTM Seri Iskandar sahaja. Jikalau degree UiTM course ni ada di UiTM Seri Iskandar dan UiTM Puncak Alam.

      Padam
  23. Salam, surat keputusan temuduga ni bila akan dapat ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wa'alaikumsalam, bergantung..sy tidak berapa pasti ttg itu. Zaman sy dulu selepas 1 atau 2 bulan. Sy tk berapa igt...Maaf ye😅

      Padam
    2. Takpe, tq sbb sudi share ye... Harap2 sya dapat , Amin🙏

      Padam
    3. bukankee kalau dpat akan kluar pada keputusan upu nanti..next weekann 21/5/2018

      Padam
  24. Doakan saya ya iv sabtu ni 19mei kat uitm puncak alam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya allah. All the best shamila. Tahniah. Kalau dpt awk2 semua jd junior sy. Sy skrg belajar di puncak alam...

      Padam
  25. Kalau dia tanya isu isu pembangunan Malaysia nak jawab apa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ouh. Kalau isu2 pembangunan tu. Boleh cari perumahan prima ke. Rumah selangorku. Pprt ke? Jenis2 perumahan terancang. Isu perumahan felda. Ketengah dan sebagainya. Ni cth je. Boleh je search google...

      Padam
  26. nak tanya laginihh...kalau diploma + degree ..for this course..total tempoh pengajian brape tahunyerr???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau diploma-3 tahun, degree-4 tahun(dari stpm, matrik, asasi dan lain2 course)...

      Jikalau dari diploma lps tu sambung degree. Hanya 5 tahun setengah sahaja.Sbb bila sambung degree hasil lepasan diploma perancang bandar. Kita akan skip sem.

      Hal ini bermaksud kita terus ke semester 4 tanpa mengambil semester 1 hingga 3...

      Padam
    2. tq so muchhh..really appreaciate it..next week monday result upu kluar...hope so I will get into this course

      Padam
    3. Wc hanis. Alhamdulilah. All the best. Maybe your can share your experiense. If you get this course ok..and jgn lupa follow blog sy...😊

      Padam
  27. heloo.. saya nak tanya ni. Saya dapat iv kat uitm kota kinabalu sabah dalam sarjana muda perancangan bandar dan wilayah. Adakah saya akan belajar di sana atau saya akan belajar kat shah alam selangor. Mohon pencerahan.. Salam dari sabah.. Thank you.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hello rizzymx...Wah! Tahniah. Nanti kamu akan belajar di selangor. Di UiTM Puncak Alam. Jangan risau rizzymx. Dkt sini ramai pelajar sabah dan sarawak...

      Padam
    2. you welcome.Z.A MAIL besok aku hadiri interview.tapi masalahnya sijil stpm saya belum diambil kat sekolah lama.boleh tak kalau saya hanya bawa slip stpm ke interview besok?adakah ini membawa kepada kegagalan saya dalam interview nanti?thank you

      Padam
    3. Sy tidak pasti tentang itu. Tkpe, cuba dulu.😊. Semoga berjaya...

      Padam
  28. Hye!!maaf nak tumpang tanya kalau course sains senibina kat uthm memang tak ada blog ke yang bagi information tentang iv nanti..sbb ap yg saya tau course sains senibina baru kat uthm..harap dapat bantu ye��

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy tidak berapa pasti haziqah. Mungkin awk boleh search berkaitan blog senibina. Sbb sebelum adanya blog ini. Sy juga refer blog2 senibina. Tetapi ats inisiatif saya. Saya pun buat blog ttg course perancang bandar ni. lagipun mmg sy budak town planner. So senang nak explain..hehe..insya allah, awk cuba search berkaitan course senibina. Insya allah, byk je blog ttg course ni..😊

      Padam
  29. alhamdulillah..smalm check upu,dpat tawaran for this course..syukurlahh..after this I will share about my experience pulak dari sesi interview n bayk lagi... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulilah, Tahniah Hanis. Yes, kalau berkesempatan bolehlah follow sy di instagram sy enol_bpm. Ataupun ke facebook sy zainul ariffin (admin bual pacak malaya)... mungkin awk boleh ceritakan pgalaman awk. Sbb setiap org ada cerita tersendiri. Thanks again ye. Dari before pergi iv until dh dpt result still ke blog saya. Terima kasih sgt2😊..

      Padam
  30. Assalammualaikum..alhamdulillah saya dapat interview untuk kos ni..tapi dalam masa yang same jugak sekarang ni saya tengah belajar kat form 6..so boleh tak abang berikan pendapat abang kepada saya tentang antara form 6 or diploma in this course..sebab sekarang ni saya memag tangah pening untuk nak pergi iv ni atau just stay in form 6..🍀🙂

    BalasPadam
  31. Assalamualaikum...sy bru grad dlm jurusan animasi...so,,lepas ke kalo sy nk smbung degree dlm jurusan ini??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslam... boleh wan.. tak de halangan dari mana2 jurusan utk masuk course ni...cuma kena masuk dari semester 1... gigih tk gigihlah kan... kalau dari dip perancang bandar baru boleh skip semester... kalau situasi mcm wan ni.. kena masuk dari sem 1...jgn risau wan. Mostly yg dari dip jurusan lain pun mampu ambil course ni...

      Padam
  32. Doakan sy ye guys.. Harini temuduga di uitm machang.. Berdebar2 nih!! ����

    BalasPadam
  33. Salam. Anak saya baru dpt keputusan spm 2018. Ting 5 kelas grafik berkomputer. Dia nk ambil jurusan seni bina di uitm. Tp BI tidak kredit. Adakah jurusan seni bina ini agak berat jika anak saya memilih jurusan senibina dgn tiada basic. Tk.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tiada basic tu tak apa kak. cuba kak mohon dlu. saya pun spm sain sukan, ekonomi asas, ict, tapi sambung perancang bandar. kalau dah grafik tu better perancang bandar, interior design,arkitek landscap,arkitek. yang kos ni mmg perlu mereka yang pandai grafik utk express idea design diorang. tentang bi tk kredit tu akak mohon dlu, andai kata dia lepas utk temuduga suruh dia pulun speaking dkt situ.

      Padam
    2. Pastu stu lgi nak tnya..sya dah buat bnyak search dh tntg course ni ..and ada yg kata bnyak keje studio...smpai tk tido mlm laa...sibuk la..tpi deorang tk cite pulak cmne keje studio tu ...sya still lagi tk dpt gambaran kerja studio tu mcm mna??..klu bgi skit2 ok dah

      Padam
  34. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  35. Salam. Saya Bakal lepasan matrik sains. Saya terfikir Nak ambil kos ni memandangkan prospek kerja agak vagus (mungkin?). So, kos ni banyak pakai software/computer tak? Dan, sejauh mana kesusahan melukis plan bagi encik? Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wajib pakai. Software acad is a must. Design plan mmg susah. Tpi nnti jadi easy bila pandai

      Padam
  36. Nk tnya.. Sy dpt smbung degree kos ni.. Kena interview kt uitm sri iskndar.. Means kita mmg dpt uitm sri iskndar la ?? Or iv sja kt u tu ??

    BalasPadam
  37. Kalau degree interview di puncak alam, seri iskandar dan sabah serawak. Utk degree, kos ni ditawarkan hanya di puncak alam dan seri iskandar. Siapa yg dduk selatan akan dduk puncak alam, yg utara di seri iskandar, pantai timur (bergantung). Saya pun akan ke puncak alam 18 mei ni utk interview degree. All the best for both of us

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun iv sabtu ni Di Puncak Alam, saya nak Tanya memang perlu ke bawa design portfolio tu? Lukisan bagaimana yg panel nak tengok? Plan atau lakaran bangunan?

      Padam