Khamis, 18 Ogos 2016

Persediaan barang-barang ke Universiti...WAJIB/HARUS?

Oleh: Z.A Mail

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Universiti
                                                                    Universiti Tempatan

Bagi entri kali ini saya ingin berkongsi maklumat berkaitan penyediaan barangan terutama kepada bakal-bakal pelajar universiti. Memandangkan bahang universiti kian menjelma terutama kepada para pelajar yang akan memasukinya bagi sesi September tahun ini.

Tahniah!!!. Saya ucapkan kepada semua pelajar yang menerima tawaran universiti bagi sesi September 2016/2017. Bagi yang masih belum menerima rezeki bagi kemasukan tahun ini, jangan risau peluang masih terbuka pada sesi-sesi akan datang. In sya allah, selain itu, korang juga mempunyai peluang yang luas dalam bidang-bidang yang berlainan.

Berbalik kepada tajuk utama kita pada hari ini iaitu berkaitan penyediaan barang di universiti. Ya…saya yakin ada diantara kalian pening memilih pakaian ataupun penyediaan barang untuk ke universiti. Seperti saya juga, kalau boleh saya hendak bawa rumah saya sekali…hehehe. Biasalah, sifat risau jikalau tertinggal barang ataupun  kekurangan barang ketika berada di sana amat merisaukan kita semua.

Mana tidaknya, hampir keseluruhan pelajar tidak pernah merasai pengalaman menduduki universiti kecuali pelajar penerapan ataupun lepasan diploma. Perkara ini agak sukar bagi pelajar yang baru ingin merasai pengalaman ketika berada di universiti. Oleh sebab itu, saya akan senaraikan barang-barang yang perlu dibawa oleh pelajar untuk ke universiti. In sya allah, mungkin artikel kali ini akan mengurangkan sedikit rasa kerisauan kepada pelajar yang akan memasuki universiti.

1) Dokumen Universiti

Dokumen ini yang terdiri daripada surat menyurat yang diperlukan oleh pihak university bagi memasukan maklumat pelajar. Oleh sebab itu, dokumen amat penting dan perlu dibawa oleh setiap pelajar untuk memasuki universiti yang telah ditawarkan.

1. Salinan kad pengenalan pelajar (Print Secukupnya)
2. Salinan slip SPM dan STPM pelajar
3. Surat tawaran kemasukan ke universiti
4. Semua jenis sijil yang dimiliki oleh pelajar
5. Slip penyata gaji ibu bapa (Untuk PTPTN)
6. Salinan sijil tamat persekolahan pelajar
7. Dokumen-dokumen lain yang berkaitan dengan akademik dan ko-kurikulum
8. Laporan pemeriksaan kesihatan / X-RAY
9. Gambar passport (4 keping ke atas)

*Simpan dokumen di atas di dalam satu fail bagi memudahkan ia disimpan dan juga dapat mengelakkan sebarang kehilangan.
*Dokumen adalah berdasarkan maklumat yang dikehendaki pihak universiti.

2) Pakaian Universiti dan Pakaian Harian

Pakaian merupakan perkara yang amat penting buat kita. Pasti semua di sini ingin nampak kacak dan cantik apabila di universiti. Mana tidaknya, universiti merupakan salahh satu tempat untuk menunjukan karisma kita dan juga bakat kita. Pasti korang semua pening memikirkan semua ini…saya dulu juga sama seperti kalian. Jangan risau dan bingung, saya cuba beri solusi untuk korang semua..Ok..Scroll…

Lelaki
1. Baju melayu yang cukup (antara 5 hingga 10 pasang)
2. Baju kemeja lengan pendek dan panjang (3 helai dan ke atas)

Perempuan
1. Baju kurung yang cukup (antara 5 hingga 10 pasang)
2. Kain sarung *Jika perlu sahaja*
3. Inner tudung
4. Selendang / tudung

*Keperluan adalah bergantung kepada pelajar itu sendiri.
*Bagi pakaian buat wanita, saya serahkah kepada kamu semua untuk memilih pakaian yang perlu dibawa. Hal ini bagi mengelakkan perkara yang sensitif disebut di sini.

Keperluan Bagi Semua Pelajar

1. Baju kemeja lengan panjang (3 helai dan ke atas)
2. Baju sukan (T-shirt putih lengan panjang atau pendek)
3. Baju T-shirt untuk kegunaan riadah petang
4. Baju basahan untuk kegunaan di dalam asrama/kolej kediaman
5. Seluar sukan untuk kegunaan riadah petang
6. Seluar sukan untuk kegunaan aktiviti lasak
7. Seluar slack untuk ke kelas kuliah
8. Stoking (Ikut Keperluan)
9. Kasut untuk kegunaan ke kuliah, Kasut sukan, Kasut formal.
10. Selipar tandas
11. Selipar untuk ambil air wudhuk
12. Kasut/selipar untuk kegunaan riadah/bersiar-siar/shopping
13. Apa-apa jenis pakaian/seluar yang bersesuaian.

*Setiap helaian pakaian ataupun barangan adalah berdasarkan individu itu sendiri.
*Pakaian yang menutup aurat amat dititikberatkan

3) Alat Tulis/Keperluan Pembelajaran

Keperluan pembelajaran amat penting bagi kita semua, mana tidaknya kalau nak belajar perlulah mempunyai keperluan untuk menulis dan mencatat nota. Keperluan ini juga bergantung mengikut kesesuaian pelajar itu sendiri. Hal ini demikian kerana ia berbeza mengikut bidang masing-masing. Sebagai contoh, pelajar sains tidak peralatan seni untuk kegunaan di Universiti, maka ia perlulah disesuaikan mengikut bidang keperluan masing-masing. Ok…Meh sama-sama cek, apa yang korang boleh bawa…

1. Pen (Mengikut keperluan)
2. Pensel (sekurang-kurangnya 6 batang)
3. Pensel warna (jika mahu dan jika perlu)
4. Pen warna warni (penting untuk menulis nota)
5. Correction tape / liquid paper
6. Pemadam / peraut / pembaris (secukupnya)
7. Stapler dan ink stapler
8. Pita pelekat dan gunting
9. Buku nota (secukupnya)
10. Kertas kosong (secukupnya)
11. Set geometri (jika perlu)
12. Calculator
13. Laptop
14. Charger laptop
15. Pendrive

*Sediakan barang secukupnya bagi keperluan kamu semua.
*Laptop merupakan perkara penting bagi keperluan pelajar universiti bagi menyiapkan tugasan.
*Jika mempunyai duit yang lebih ketika berada di Universiti, boleh membeli printer bagi memudahkan kerja-kerja ‘Print’ di kolej.

4) Alatan Mandian

Barangan yang tidak boleh dilupakan memandangkan ia merupakan alat kebersihan diri kita ketika berada di universiti. Kebersihan amat penting bagi menunjukan diri kita sentiasa rapi dan bersih sepanjang hari. Sudah tentu kita ingin dilihat kacak dan cantik apabila dipandang orang, oleh sebab itu saya cuba menyediakan sedikit barangan yang sesuai dibawa ketika berada di sana nanti.

1. Sabun mandi (Sabun barasaskan cecair amat digalakkan daripada sabun buku kerana mudah disimpan)
2. Shampoo
3. Pencuci muka dan Pelembap Muka
4. Ubat gigi / berus gigi
5. Ubat anti-jerawat  (Jika Perlu)
6. Minyak wangi
7. Bedak badan / bedak muka
8. Lip Ice (bagi mengelakkan bibir kering)
9. Rexona atau deodorant.
10. Alatan make-up *Untuk Perempuan
11. Alatan untuk memakai selendang seperti kerongsang dan pin
12. Baldi / gayung

*Barang Perlu dibawa Secukupnya

5) Barangan Keperluan di Kolej

Barangan yang saya akan senaraikan dibawah adalah terdiri daripada barang-barang yang diperlukan bagi kemudahan kita ketika berada di Kolej. Keselesaan amat penting bagi kita semua, oleh itu saya cuba senaraikan barang-barang yang mampu memberikan manfaat kepada kita dalam menghadapi kehidupan di Universiti. Mari…kita lihat senarai barang yang boleh dibawa…

1. Bagasi (Menyimpan Segala Jenis Pakaian)
2. Beg sandang untuk pergi ke kuliah
3. Backpack untuk pergi ke kuliah
4. Handphone / tablet / gajet
5. Wallet
6. Kunci mangga yang kecil untuk kunci beg (penting untuk mengatasi kecurian)
7. Plastik sampah
8. Tong sampah kecil
9. Cadar untuk tilam/katil
10. Karpet untuk keselesaan (Ikut Keperluan)
11. Sejadah / telekung / songkok
12. Kudapan (Makan ketika Emergency )
13. Water Heater Electric (Perlu ikut Undang-Undang Kolej)
14. Gelas / pinggan / mangkuk / sudu garfu
15. Tuala muka / tuala badan / tuala kecil / tuala besar
16. Ubat-ubatan (selesema, batuk, antibiotik dan demam WAJIB BAWA)
17. Minyak angin / minyak urut / minyak yang berkaitan dengan kesihatan
18. Pembalut luka
19. Jaket sejuk / sweater
20. Al-Quran / Yaasiin
21. Bantal / selimut secukupnya

*JIka ada barang lain yang dianggap penting, boleh bawa berdasarkan kesanggupan anda.

Itu sahaja senarai barang yang saya boleh kongsikan kepada kamu semua, jika ada kekurangan ataupun barang yang saya tidak senarai di atas, kamu semua boleh tambahkan. Perkara yang penting di sini ialah pastikanlah barang yang dibawa itu adalah keperluan yang amat penting dan tidak membebankan ketika ingin membawanya.

Ya…saya tahu kamu semua fobia ingin hidup di Universiti hingga 3 ataupun 4 tahun, namun kamu semua tidak perlu risau kerana apabila kamu di sana nanti, in sya allah kamu akan dapat menguruskan diri masing-masing.

Hidup di Universiti bukan mudah bagi kita yang pertama kali pertama menjejakan kaki ke sana, namun ia bukanlah halangan untuk kita berjaya dan menyesuaikan diri di sana. Pesanan saya sebelum mengakhiri entri saya pada kali ini ialah pastikan kita sentiasa bertanya kepada rakan-rakan ketika berada di universiti agar kita mudah menyesuaikan diri sekali gus dapat hidup berdikari ketika berada di sini.

Akhir sekali, selamat maju jaya kepada kamu semua, semoga kehidupan di universiti ini dapat menjadikan kamu semua matang dan dapat menjadikan kamu semua orang yang berguna pada masa hadapan…

Ingat!!!...

“Bual Pacak, Biar Berilmu”  #BualPacakMalaya

3 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Alang2 dah nak masuk uni ni kan, sapa2 yang nak beli baju kurung moden plain yang murah dan berkualiti untuk pakai pegi kelas nanti boleh try tengok NA. Clothing Catalogue😁

    Dapatkan segera sebab memang laku keras ni dengan harga serendah RM 45 je tau.
    Susah tau nak cari baju kurung moden lawa yang bawah RM 50 ni🔥🔥🔥🔥🔥

    Catalogue Rasmi NA. Clothing👇🏻
    https://t.me/muslimahattiremurah

    BalasPadam