Ahad, 14 Ogos 2016

Salah ke bila berangan-angan?

Oleh: Z.A Mail

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

ALHAMDULILAH dapat juga saya membuat blog ni…yelah nak sampaikan dakwah mahupun ilmu ini perlukan medium yang luas dan benar dalam memastikan maklumat yang disampaikan dapat dimanfaatkan oleh kalian semua.

Bila nak diceritakan, saya nak buat blog ni sebenarnya bermula dengan angan-angan…mana tidaknya semua orang mahu sampaikan ilmu, tapi terlalu takut untuk sampaikan. Namun saya tidak mahu menjadikan angan-angan ini sebagai angan-angan kosong tapi mahu menjadi angan-angan yang terlaksana…

Saya juga tidak mahu juga digelar sebagai orang berangan-angan kosong dan sentiasa dimurkai oleh allah disebabkan perbuatan ini…Allah berfirman;

“Mereka menyeru orang-orang beriman: Bukankah kami bercampur dengan kamu, orang-orang beriman menjawab: “Benar! Akan tetapi kamu membinasakan diri kamu dan kamu telah menunggu-nunggu, dan kamu pula ragu –ragu serta kamu diperdayakan dengan angan-angan kosong, sehingalah datangnya maut yang ditetapkan allah..”
(Surah al Hadid 57:14)

Oleh sebab itu, saya taknak main terjah je dalam alam blog ni, silap hari bulan mati katak dalam gaung tu…Ada kaitan ke???... Urm…Nak membebel panjang-panjang pon korang malas nak dengarkan…

Apalagi, kita fokus pada tajuk kita pada kali ini…
Untuk entri kali ini saya ingin menceritakan berkaitan isu berangan…bukan buah berangan, tapi angan-angan. Pasti kalian semua mempunyai angan-angan, tidak kiralah ia besar atau kecil. Betul tak?. Saya akan senaraikan angan-angan yang sering bermain di minda kita:

1) Perkahwinan
2) Pekerjaan
3) Cita-cita/Impian
4) Kekayaan/Kejayaan

Itulah serba sedikit yang saya boleh senaraikan. Berangan ataupun angan-angan tidaklah menjadi masalah jikalau kita menjadikan ia sebagai matlamat dalam kehidupan kita. Namun ia juga boleh membinasakan kita, jika kita lalai ataupun menimbulkan perkara yang negatif ketika berangan.

Oleh sebab itu, jikalau kita hendak berangan tu perlulah diketatkan dengan matlamat…ikat mati sikit matlamat tu geng…bukan simpul reben, memang terburailah jawabnya…Tetapkan matlamat tu, sambil itu, korang perlulah Usaha, barulah dapat hasilnya…

Kita pasti pernah dengar cerita rakyat Mat Jenin kan, kalau dilihat pada situasi mat jenin tu, dia bukan mati kerana berangan, tetapi disebabkan dia berangan di tempat yang salah..

Bayangkan…jikalau kita berangan di atas pokok, tentulah situasi itu akan membahayakan kita, namun jika kita berangan di tempat yang sesuai, sudah pasti ia akan memberikan manfaat.
Janganlah kita hanya berharap pada angan-angan semata-mata memang mati keringlah jawabnya…bagi memudahkan korang hadam perkara yang hendak saya sampaikan, saya akan senaraikan turutan yang boleh kita lakukan dalam mengapai angan-angan kita…In sya allah, moga bermanfaat….

1) Berangan/angan-angan

a) Semasa berangan, di situlah kita perlu pasangkan niat supaya kita dapat capai matlamat tersebut. Angan-angan itu perlulah yang dapat memberikan manfaat kepada kita, bukannya memberikan mudarat kepada kita. Sebagai contoh, jika kita berangan hendak dapat straight A dalam Spm, ini adalah salah satu angan-angan yang baik kepada kita kerana ia mampu memberikan manfaat kepada kita…Barulah berkat geng…bukanya berangan nak dapat LOTTERY…Memang nerakalah jawabnya…huhuhu, jangan Sentap…Saya hanya mengunakan istilah yang mudah bagi memastikan kita sama-sama memahaminya…

2) Matlamat

a) Selepas kita sudah pasang niat tu, barulah kita kuatkan ia menjadi matlamat, hal ini akan menjadikan kita mudah untuk mengejar impian kita tu. Matlamat perlulah relevan dan boleh dilaksanakan bukannya perkara yang mengarut ataupun perkara yang negatif…In sya allah, matlamat kita akan mudah jika ia perkara yang baik. Tetapkan matlamat kita dan jadikan ia sebagai azimat untuk memastikan kita dapat mencapainya. In sya allah…jika ia perkara yang baik, sudah tentu ia akan dimakbulkan allah.

3) Usaha

a) Usaha… Ia merupakan perkara yang sukar sekali dilaksanakan memandangkan ia memerlukan tenaga kudrat dalam kita mencapainya…Usaha perlukan pengorbanan dan ia perlulah dilaksankan secara konsisten dalam memastikan kita dapat mencapai matlamat kita…Justeru, kita perlu mengubah diri kita bermula dari dalaman kita…hal ini demikian kerana…Dalaman kita merupakan enjin utama yang perlu digerakan dalam mengerakkan fizikal kita…Oleh sebab itu, kita mesti melaksanakan usaha dengan bersungguh-sungguh dalam memastikan kita dapat mencapai hajat kita.

4) Doa

a) Perkara yang sering diulang-ulang sehingga korang rasa bosan bila mendengarnya…namun ini perkara yang perlu dilakukan selepas kita berusaha. Hal ini kerana  kita bergantung kepada allah, rezeki yang kita perolehi ini semua datangnya dari allah. Kita tidak mampu dan berkuasa dalam menentukan rezeki kita pada masa depan. Oleh sebab itu, saya amat menggalakan korang semua berdoa selepas berusaha…tidak kiralah ia doa pendek ataupun panjang dan sekurang-kurangnya al-fatihah…in sya allah apa yang kita usahakan itu pasti membuahkan hasil…

Secara konklusinya, angan-angan merupakan salah satu proses utama dalam mencapai matlamat kita. Oleh sebab itu, ia amat penting dalam proses kita menuju kejayaan dan ia mampu menjadi pencetus inspirasi dalam kita mengapai sesuatu matlamat itu. Perkara yang penting disini ialah jangan jadikan angan-angan kita sebagai angan-angan kosong yang memudaratkan kita namun kita perlu menjadikan ia sebagai perkara yang realiti.

Itu sahaja perkongsian untuk kali ini…Amat penting untuk saya tekankan iaitu mungkin ada beberapa maklumat yang saya tulis ini mungkin boleh diikut ataupun tidak boleh diikuti. Moga perkongsian pertama ini bermanfaat untuk kita semua…

“Bual pacak, biar berilmu”  #BualPacakMalaya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan