Menarik tak jurusan perancang
bandar?
Ada tak rasa nak ‘quit’ dari ‘course’
ni?.
Apa yang menarik sangat dengan ‘course’
ni?. Bunyi je macam gempak.
perancang bandar |
Soalan ini memang sentiasa
ditanya. Ya, saya tahu, ramai tidak mengetahui jurusan ini memandangkan ia tidak terkenal berbanding jurusan pembinaan yang lain seperti arkitek, ukur
bahan, senibina landskap, dan kejuteraan awam.
Mungkin disebabkan kurangnya artikel
berkaitan jurusan ini. Meyedihkan…Tak apalah. Selagi adanya saya. Saya akan
cuba sampaikan maklumat berkaitan jurusan ini. Insya allah.
Ok…
Sebelum ini, saya ada menulis
artikel berkaitan jurusan ini. Kamu semua boleh buka link ini untuk mengetahui
dengan lebih lanjut.
Sebabnya, hari ini saya hendak
menyenaraikan 6 PERKARA MENARIK BIDANG PERANCANG BANDAR.
Haha…pasti semua yang membaca
artikel ini ialah dikalangan kamu yang baru hendak mengenali jurusan ini.
Saya sendiri tidak mengetahui bidang ini pada mulanya. Malah, saya sendiri agak ragu-ragu untuk memilih jurusan ini,
berikutan kurangnnya artikel berkaitan pengalaman mahasiswa perancang bandar.
Bertitik tolak dari masalah ini, saya akan cuba memberikan serba sedikit
pengalaman saya yang menarik dalam jurusan ini.
Jika kamu semua begitu musykil
atau ada sebarang pertanyaan. Kamu boleh kemukakan komentar di bawah. In sya
allah, saya akan cuba membantu sebaik yang mungkin.
Ok, sahabat!. Mari kita lihat apa
yang menariknya jurusan ini?
# 1 Melawat pelbagai kawasan
bandar dan luar bandar
Haha…sebenarnya bukan melawat,
tetapi lebih kepada kerja lapangan. Dipendekan cerita, sepanjang saya berada di
dalam jurusan ini. Saya telah melawat pelbagai tempat di sekitar Selangor.
Antara tempat yang menjadi tapak kajian kami ialah Shah Alam, Saujana Utama,
Sungai Buloh, Bandar Klang, dan Bandar Puncak Alam. Yang paling jauh kami semua
pergi ialah di Port Dickson dan juga Iskandar Puteri Johor.
Tetapi, ini baru sahaja kerja
lapangan sepanjang semester 1 hingga semester 3. Itu belum lagi semester yang
lain.
Lawatan Tapak di Bandar Klang |
Untuk pengetahuan kamu semua. Jurusan ini banyak memberikan kita semua pengalaman untuk merasai bandar-bandar di Malaysia. Malahan, jurusan ini juga memberikan peluang kepada kamu untuk berkunjung ke luar negara.
Ya,lah. nama, pun. Perancang Bandar. Tak sah, kalau tak ke bandar-bandar ini.
Lawatan Tapak di Iskandar Puteri Johor |
Jadi, jika kamu melanjutkan pelajaran di dalam bidang ini. Kamu sendiri akan dapat merasai pengalaman yang menarik ini. Justeru, tak perlu rasa gelisah atau risau kerana kamu tak akan pernah rasa bosan.
Diigatkan!!!
bukan berkunjung seperti bercuti, kamu mestilah selesaikan
tugasan yang diberikan.
Banyak kena buat. Nak tahu? Entri
akan datang ye.
Ok.
# 2 Menjadikan kita lebih sensitif
terhadap alam sekitar
Di dalam jurusan ini, kamu akan
diajar bagaimana untuk menghargai alam sekitar. Setiap tindakan dan keputusan
yang kamu lakukan perlu mengambil kira kesan terhadap alam sekitar.
Saya yakin.
Kamu pasti mengetahui bahawa
setiap pembagunan itu memberikan kesan atau impak terhadap alam sekitar di
kawasan pembagunan. Sifat menghargai alam sekitar itu amat ditekankan di dalam
jurusan ini.
Malahan, banyak konsep yang
digunakan untuk membangunkan sesuatu bandar itu mempunyai elemen ‘hijau’.
Sebagai contoh, konsep ‘Garden City’ yang diperkenalkan oleh Ebenezer Howard.
Konsep ini yang meletakan aspek ‘Hijau’ sebagai elemen utama menyebabkan ia
menjadi salah satu konsep yang terbaik.
Konsep 'Garden City' |
Ok, kembali kepada tajuk asal…
Sifat ini yang menjadikan seorang
perancang bandar itu lebih menghargai alam sekitar berbanding bidang-bidang
yang lain. Ya, saya juga tidak menafikan ada segelintir perancang bandar yang
tidak menghargai aspek ini. Mungkin disebabkan sifat tamak dan juga kurangnya
rasa integriti di dalam membangunkan sesuatu bandar.
Saya tidak mahu bercakap panjang
mengenai perkara ini. Tetapi inilah realiti yang berlaku. In sya allah, mungkin
suatu hari nanti wujudnya titik perubahan di dalam bidang ini.
Baiklah, seterusnya…
# 3 Penyakit ‘Demam Guideline’
Haha,
Saya yakin, kebanyakan pembaca
tidak mengetahui penyakit ini. Penyakit ini kebiasaanya hanya dialami oleh
pelajar jurusan ini sahaja.
Haha, tak perlu risau, ini bukan
penyakit berjangkit seperti H1N1, Tibi atau penyakit yang seangkatan dengannya.
Tetapi, ini ialah penyakit yang dialami oleh mahasiswa perancang bandar, apabila
mereka sudah terbiasa dengan ‘Guideline’ yang mereka ikuti.
Pasti, kamu semua tak tahu. Apa yang dimaksudkan dengan Guideline?
Arh, Guideline dalam bahasa melayunya
ialah piawaian. Untuk pengetahuan para pembaca. Kami sebagai perancang bandar
haruslah mengunakan piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak Jabatan
Perancangan dan Desa Semenanjung Malaysia/Negeri. Piawaian ini digunakan untuk
menerangkan syarat serta ukuran yang telah ditetapkan oleh pihak JPBD untuk
membangunkan sesuatu bandar itu.
Contoh Piawaian Negeri Selangor |
Oleh itu, kami terpaksa mengunakan
piawaian ini untuk membangunkan sesuatu bandar itu. Ok, malas nak saya cerita perkara ini
panjang-panjang. Takut kamu bosan pula.
Ok, kita berbalik kepada penyakit
Guidelines, Macam mana guidelines ini boleh mempengaruhi minda kami?
Haah,
Begini, apabila seorang pelajar
itu sudah terbiasa dengan piawaian ini,
mereka akan menjadi seorang yang lebih
sensitif terhadap pembangunan yang belaku disekeliling mereka.
Sebagai contoh, mengikut piawaian
JPBD, setiap perumahan itu tidak boleh dibangunkan sebarang pembagunan di
kawasan pencawang elekrik sejarak 100 meter, tetapi apabila kami melihatnya.
Secara automatiknya, kami akan mempertikainya.
Haha, macam komenlah.
Sensitifkan kami, ha…Sebenarnya,
banyak perkara yang kami kritik seperti Taman Permainan, ukuran lorong belakang
rumah, kelebaran atau keluasan rumah dan sebagainya. Walaupun, kami sendiri
sedar, kami hanyalah pelajar perancang bandar sahaja. Tetapi, perkara ini yang
membuatkan kami semakin mencintai jurusan ini. Perkara ini yang menjadikan
jurusan ini paling unik bagi diri saya dan rakan-rakan. Tapi tak tahulah
universiti yang lain, kan.
Ok..fahamkan..
tak faham. Mari masuk jurusan ini
dulu. Baru tahu pengalamannya.
# 4 Tindakan lebih professional
Bagaimana jurusan ini menjadikan
diri kita lebih professional?
Arh, perkara ini yang saya hendak
huraikan kepada kamu semua. Tidak semua jurusan mampu membentuk diri kita ke arah
professional. Namun, melalui jurusan ini, kamu akan dilatih untuk menjadi
seorang graduan yang lebih professional. Hal ini memandangkan suatu hari nanti
kamu akan bekerja dengan golongan yang lebih professional seperti jurutera,
arkitek dan orang awam.
Kerja Secara Professional |
Jika kamu seorang yang agak
sedikit malas. In sya allah, jurusan ini akan membantu kamu menjadi seorang
yang lebih baik. Yang penting kamu ikhlas menerima ilmu yang diperolehi.
Sepanjang saya berada di dalam
jurusan ini. Saya sendiri mengalami perbezaan dari segi aspek cara bekerja dan tindakan
yang saya lakukan. Perkara ini yang menjadikan diri saya agak sendikit
mengalami perubahan. Alhamdulilah, ia adalah perubahan yang lebih baik.
# 5 Jurusan yang mampu menguji
aspek fizikal, mental dan spiritual
Haha, Perkara ini yang WAJIB kita
rasai apabila memasuki jurusan ini. Sama seperti jurusan yang lain seperti
arkitek, senibina landskap dan senibina dalaman. Jurusan ini juga merupakan
jurusan yang mampu menguji daya tahan kamu.
Berdasarkan pengalaman saya,
jurusan ini banyak menguji kemampuan saya. Tekanan daripada pensyarah dan
rakan-rakan akan menguji bagaimana kita mampu menguruskan emosi kita.
Jangan risau, dan jangan takut.
Selagi kita tidak mencubanya.
Kita sendiri tidak tahu sejauhmana kemampuan kita. Saya sendiri juga orang yang
takut dahulu.
Ya, lah. Dulu saya sendiri
dimomokan dengan artikel tertentu yang mengatakan jurusan ini merupakan antara
jurusan yang paling sukar di Malaysia.
Berikutan dari artikel tersebut,
saya berasa begitu takut untuk mendalami jurusan ini. Namun, apabila saya
melanjutkan pelajaran. Saya merasakan bahawa jurusan ini tidak sukar dan tidak terlalu
mudah.
Mengapa saya katakan ia tidak
sukar? Sebabnya, kita hanya perlu usaha dan ikut kata pensyarah. In sya allah, mudah
hendak mendapat markah yang tinggi, malah kamu juga boleh mendapat Anugerah Dekan.
DAN
kenapa saya katakan ia tidak
terlalu mudah? Ya, setiap jurusan itu mempunyai kesukarannya. Tidak cukup
tidur. tekanan. projek ditolak, menanggis, dimaki, dan kekurangan wang. Ini
merupakan ANTARA cabaran bagi jurusan ini.
Stress merupakan cabaran di bidang ini |
Bukan saya ingin menakutkan kamu,
tetapi inilah antara cabaran yang kamu perlu tempuhi. In sya allah, nanti saya
akan ceritakan cabaran jurusan ini dalam artikel yang lain.
# 6 Bidang pekerjaan yang luas
Kamu graduan perancang bandar?
Arh, jangan risau, banyak peluang pekerjaan kamu diluar sana. Hal ini
memandangkan kepesatan pembagunan di Malaysia menjadikan graduan di dalam
jurusan ini amat diperlukan di Malaysia.
Kita sendiri dapat melihat
pembagunan di negara ini yang kian berkembang pesat. Banyak perumahan,
komersial dan industri yang dibangunkan demi pembagunan ekonomi negara.
Oleh itu, banyak pihak pembangun
berlumba-lumba untuk mendapatkan projek ini. Namun, mereka memerlukan perancang bandar.
Kenapa?
tanpa perancang bandar. Mereka tidak
dapat melakukan sebarang pembagunan.
Hal ini demikian kerana mereka
memerlukan kelulusan daripada perancang bandar untuk meluluskan pelan projek sebelum dihantar kepada pihak berkuasa tempatan. Selepas itu, pelan tersebut akan disemak oleh PBT untuk melihat sama ada projek tersebut diluluskan ataupun tidak. Oleh itu, perancang bandar berdaftar ini merupakan individu yang penting dalam PROSES menghasilkan pelan sebelum sesuatu projek itu dijalankan.
Ok, Siapa perancang bandar
berdaftar ini?
Mereka ialah pegawai yang
mendapat kebenaran atau pengiktirafan oleh ‘Malaysian Institute of Planner’ (MIP)
untuk meluluskan sesuatu pelan perancangan sebelum dihantar ke PBT. Perancang bandar yang berdaftar ini turut diberi
gelaran
‘TPr’…
Ingat, arkitek atau Engineer
sahaja je ke yang ada gelaran.
Jurusan ini pun ada. Tetapi untuk
mendapatkan gelaran ini. Kita perlu mempunyai pengalaman dan kita harus melalui
ujian yang telah ditetapkan oleh pihak MIP. Tidaklah semudah yang disangka.
Ok.
Secara keseluruhan, jika kamu
berusaha bersungguh-sungguh kamu akan mudah memperolehi pekerjaan. In sya
allah.
Saya yakin. Mungkin ada diantara
kamu yang was-was mengenai perkara ini.
Apa yang saya boleh beritahu.
Jurusan ini kian berkembang saban tahun. Keperluan graduan ini amat diperlukan
oleh industri masa kini. Keperluan graduan perancang bandar amat diperlukan.
TARIKANNYA YANG TERSENDIRI
Setiap bidang itu mempunyai
tarikannya yang tersendiri. Bagi saya, jurusan ini mempunyai tarikan yang
menarik.
Sebenarnya, banyak lagi perkara
yang menarik berkaitan jurusan ini. Tetapi, jika saya hendak senaraikannya lagi
memang cukup banyak. Oleh itu, saya hendak bagi kamu sendiri
merasainya.
Bagaimana?
Cubalah masuk jurusan ini!
Jurusan apa?
Diploma/Ijazah Sarjana Muda
Perancangan Bandar dan Wilayah.
hehe, sebagai tambahan dan sokongan.
Saya akan bagi link blog/tumblur rakan-rakan saya yang aktif dalam penulisan blog supaya dapat memberikan informasi kepada semua.
Atiqah Azizan-- The Lucky Dolphin
Wassalam
#BualPacakMalaya
#BualPacakBiarBerilmu
penulisan yang baik dan membantu meng'komersial'kan bidang perancang bandar..sedikit penambahan..meluluskan projek ialah tanggungjawab local authority dengan mengambilkira dan memenuhi keperluan2 agensi teknikal berkaitan..bukan perancang bandar berdaftar..perancang bandar berdaftar merupakan individu yang berkelayakan untuk sign pelan sebelum mengemukakan permohonan kpd pbt..
BalasPadamTerima kasih tuan/puan/en/cik kerana memberika teguran. Saya akan perbaiki bahagian yg kurang tersebut. Moga tuhan memberkati semua yg membacanya.
PadamArtikel yg membuka minda. Good job!��
BalasPadamTerima kasih @aneka4shoppe kerana mengunjungi blog saya. Moga ia bermanfaat utk kita semua.
Padamassalam bro/sis...saya baru dpt tawaran temuduga diploma perancangan bandar dan wilayah di UITM..kalau saya pergi, apa yang perlu saya sediakan untuk temuduga... dan kalau saya xberminat bolehkah saya tukar ke building surveyor atau course lain apabila dah masuk U nanti...mohon penjelasan, saya nk pergi temudaga 28/4 ini wish me luck.............kalau saya tolak tawaran ni, adakah tawaran yg tak perlu temuduga akan datng?
BalasPadamWa'alaikumsalam... Utk persediaan awal. Awak boleh baca saya artikel saya yg ni..
Padamhttp://bualpacakmalaya.blogspot.my/2017/06/tips-temuduga-perancangan-bandar-dan.html
Kalau dah masuk, kita tk boleh tukar. Kita kena buat permohonan balik. Dan kebiasaanya kita kena buat permohonan baru. Kiranya masuk next pengambilan U...
ouh, i see...Goodluck ye...Urmm biasanya susah nk dapat kalau kita tolak sekarang. Sebb nama kita telah ditolak secara berkomputer...Maknanya, dia tak akan panggil utk panggilan yg kedua. Dia akan listkan nama yang baru sahaja.
assalamualaikum.saya nak tanya,boleh ke student yang ambik course perancangan bandar dan wilayah bekerja sebagai arkitek?
BalasPadamWasalam... Maaf atas kelewatan membalas komen ini.Saya sudah agak lama tidak berblog. Ada beberapa masalah yg saya tidak boleh beritahu di sini.
PadamBagi pandangan sy. Ia agak sukar sedikit. Kerana skop pekerjaan arkitek lebih teliti dan lebih menyeluruh dari aspek makro dan mikro. Manakala bagi perancang bandar sendiri ia lebih berfokus kepada aspek makro...
Dengan kata lain. Ia agak sukar. Jd jika awk berminat di dalam bidang arkitek. Baik teruskan kerana arkitek juga berpeluang bekerja di dalam planning.
Asslam...sya nk tnya..sya dah buat bnyak search dh tntg course ni ..and ada yg kata bnyak keje studio...smpai tk tido mlm laa...sibuk la..tpi deorang tk cite pulak cmne keje studio tu ...sya still lagi tk dpt gambaran kerja studio tu mcm mna??..klu bgi skit2 ok dah
BalasPadamKerja studio tu duduk dekat kelas macam sekolah tu then kerja kerja drawing buat dekat studio la. haa student perancang class dia studio. yang jenis dewan kuliah tu kos lain, kos perancang tak pakai dewan kuliah sebab nanti nak buat kerja macam mana kan. drawing bukan pakai kertas size a4, biasa kertas tu size a1 atau a0. so memang besar gila la.
PadamAaa.. Nak tanya.. saya dapat course nih di poli... kerja projek tu mcam mna ehh seperti yang diceritakan... Kena main dengan dimen ke..?
BalasPadamAs salam, saya baru ditawarkan Diploma Perancang Bandar Dan Wilayah UTM, saya nak tanya utk course ni kalau kita nak sambung degree, boleh sambung course apa ye selain degree perancang bandar dan wilayah juga. Tq
BalasPadamboleh masuk kos lain jgk
BalasPadamestate management, building , construction management, landscape dll.. cuma klau masuk kos yg sma.. dia ada potongan jam credit... cth degree 3.5 or 4 thun... course ni just perlu ambik dlm 2.5 thun ja🤙
Assalam sy nk tnya betul ke kos ni susah nk dpt pekerjaan lps graduate nnt sbb orng sekeliling selalu ckp mcm. Tu berdsrkan pengalaman mereka. Melihat orng lain yg menganggur dlm bidang ni.. Mohon bgi pencerahan dan kata2 semangat plez tq
BalasPadam