Selasa, 27 Februari 2018

Apa itu Perancang Bandar? Macam jurusan yang tiada masa depan je!

Apa itu perancang bandar?
Bpm- Apa itu perancang bandar? dari segi sebutan macam gempak gila!!!

Apakah skop tugasan yang dilakukan oleh seorang perancang bandar? Aku boleh bekerja atau belajar luar negara tak?

Jurusan apa ini? Tak pernah dengar pun? Macam jurusan yang tak ada masa depan...Mana taknya, banyak orang tak tahu jurusan ini.

Agak-agak kalau aku ambil jurusan perancang bandar ni, aku boleh jadi kaya ke? Datuk Bandar? Menteri? YB atau setakat jadi macai di pejabat?

Ok, baiklah. jikalau anda mempunyai soalan yang terpendam sebegini. Anda WAJIB!!! membaca artikel ini sehingga ke titik yang terakhir.

Ingat! walau apapun yang terjadi, baca sehingga habis. JIKA TIDAK, banyak input yang anda akan tertinggal.

Haha, macam gertak orang pula kan.

---

Disebabkan saya ada menulis ada beberapa artikel ini dalam entri yang sebelum ini. Maka saya ambil pendekatan untuk menggunakan cara yang mudah untuk menerangkan secara lanjut mengenai bidang ini.

Memandangkan zaman dah moden. Anda pula tiada masa untuk membaca dengan teliti dan sepenuh jiwa. Oleh itu, saya akan sediakan video ringkas untuk membantu anda semua dalam mengenali jurusan ini dengan lebih dekat lagi.

Jangan risau, semua video ini adalah ditapis. Insya allah, saya ambil video yang mudah untuk anda faham.

Ouh ye, video ini sesuai untuk orang yang baru nak mengenali bidang ini sahaja ye. Kalau dah bertapak lama dalam bidang ini. Mungkin anda boleh skroll ke akhir penulisan ini. Apa-apun, anda juga dibenarkan untuk membaca dan melihat video ini. Tiada halangan...

ok, let's go watch the video..

#1 I Wanna Be a Town Planner · A Day In The Life Of A Town Planner


Video yang berdurasi 4.17 minit ini akan menerangkan serba sedikit persoalan yang bermain di minda anda. Amat sesuai sekali untuk anda yang sedang tak ada masa untuk membaca artikel saya yang lain. Dalam video ini perancang bandarnya ialah dari Australia.

Jangan risau, pekerjaan 'town planner' di dunia adalah hampir sama. Perbezaan setiap negara hanya pada polisi kerajaan.

Tonton video ini. Insya allah, anda akan faham. Apa itu 'town planner'...

---

TAK FAHAMLAH...Urm??? Tak faham lagi...

Jom tonton video yang kedua...

#2 What Is Urban Planning?


Ok, video kali ini lebih pendek dari tadi. Tak sampai 2 minit. Anda akan tahu apa tugas seorang perancang bandar.

Tak lama  kan? Kalau anda semua sedang memilih jurusan dengan cara tergesa-gesa. VIDEO INI, amat sesuai denga anda.
---

ADMIN, TAK ADA VIDEO LAIN KE? Haihhh...Cuba rajin-rajin skroll ke bawah.

#3  Urban Planner: Typical Day - Lauren Middleton-Pratt Career Girls Role Model

---

Macam mana? Faham tak? Nak tahu dengan lebih lanjut?

Kalau nak mendalam lagi memang anda wajib baca artikel saya di bawah--->


Admin, apa yang seronok sangat jurusan ini?


Ada cabaran tak?


Admin dah mohon. Alhamdulilah dapat. Ada tips tak untuk temuduga jurusan ini?


Ok, Kalau tak faham lagi. Boleh komen di ruangan komentar di bawah. Insya allah, admin akan membantu anda semua semampu yang boleh.

Rasanya, cukuplah entri pada kali ini. INGAT jangan lupa follow admin untuk artikel yang menarik lagi.

Tekan button 'like' di Facebook---> bual pacak malaya.. Kalau susah sangat. Tekan je button dekat sebelah kanan artikel ini. Admin dah sediakan pun.

Jangan lupa share pada rakan-rakan anda. Sharing is caring...

Assalamualaikum...

Sumber Video: Youtube

Terliur beb!!! 5 video mukbang yang akan membuatkan anda terliur!!!

Pernah tak?

Apabila anda lihat orang makan, anda terasa terliur? Campur pula ketika itu. Perut anda kosong.

Rasa nak makan kan?

Pernah tonton video mukbang tak di youtube? Kalau belum pernah cuba tonton video di bawah.

---

Apa itu 'Mukbang'?

Kalau anda masih tidak tahu..Mari kita fahami serba sedikit tentang maksud mukbang...

Sebenarnya mukbang itu perkataan korea. Tahu tak korea kat mana? Pembohonglah kalau tak tahu. Ini mesti geografi failed. Haha

Mukbang (atau muk-bang) adalah bermaksud siaran audiovisual dalam talian di mana "tuan rumah" makan makanan dengan kuantiti yag banyak semasa berinteraksi dengan penonton mereka. 

Senang cerita. orang yang kuat makanlah. Cuma ia diterjemahkan melalui video dan memberikan sedikit penerangan. 

Ingat eh!!! video mukbang tak sama dengan video jalan-jalan cari makan.

---

Ouh ye...
 
Mukbang asalnya juga mula terkenal di korea pada tahun 2010. Maka, tak peliklah, jika anda buka video mukbang di youtube. Banyak orang korea...

Betul tak?  

---

Namun begitu, disebabkan ramai peminat korea di Malaysia mahupun di rantau asia tenggara sendiri. Budaya Mukbang ini terus berkembang pesat. Kalau kita lihat sahaja di youtube, kini banyak video-video yang telah dihasilkan.

Malas nak cerita panjang-panjang..Jom tengok video mukbang yang akan membuatkan anda terliur...

#1 Chicken Drumstik- ddeonggae



Video oleh ddeonggae ini pasti membuatkan kita semua rasa lapar.

Makan hampir 13 chicken drumstick. Haih...sedapnya. bunyi dia yang buat tak tahan tu. Kalau anda semua dihidangkan macam ini. Agak-agak boleh habiskan tak?

Kalau admin? Macam boleh..tapi time laparlah.

#2 Kimchi- mgain83- [Doroty]


Ok, kali ini...makan kimchi..Sapa peminat korea. takkan tak tahu kimchi kan. Makanan terkenal di korea.

Wanita korea ini yang menggunakan nama mgain83 ini banyak menggunakan youtube sebagai peluang merasai cabaran mukbang. Kalu lihat video di atas, selain keenakan rasa kimchi tu, bunyi yang dihasilkan ketika makan membuatkan kita rasa lapar.
---
Makan punya banyak. Haih...Admin pelik? macam mana dia kurus walaupun makan banyak. Cantik pula tu. haha.. 

#3 Samyang- tanboy_kun 

Dengan gelaran nama tanboy_kun. Salah satu mukbang dari indonesia. Sejujurnya admin follow dia ni. Bukan apa, senang nak faham dia review makanan. Lagipun, kalau anda tonton video tanboy_kun ini. Dia akan makan dengan kuatiti yang banyak. Satu lagi, video dia ini. Taklah bosan sangat.

Contonhnya, video di atas. MAKAN SAMYANG MALA (4 kali lebih pedas dari samyang biasa).. Urm... 7 pack bro. Admin makan samyang yang biasapun tercugap-cugap. Haih...

Matilah nak...Habis usus, haha

#4 KFC- neopeggie

Makan 6 fried chicken dan cheese tart. Ini betul-betul melantak namanya. Terliur beb!. Kalau tonton video ini. Confirm..macam nak pergi kfc...haha

#5 KFC- Kinoshita Yuka

Video yang menerima 8 juta tontonan ini adalah dihasilkan seorang wanita dari jepun iaitu Kinoshita Yuka ataupun dikenali sebagai yuka.

Video wanita ini kebanyakan extreme. Banyangkan makan 48 ketul ayam KFC. Makan sorang pulak tu. Agak-agak dia ni. 

Perut apa ye?

---
Inilah antara 5 pilihan video mukbang dari bpm. Sebenarnya, banyak video mukbang yang telah dihasilkan di youtube. cuma 5 pilihan ini yang menjadi pilihan bpm.

Agak-agak anda, mana yang anda rasa bila tonton video tersebut. Anda akan rasa lapar. Kalau boleh sekarang nak pergi dapur. Ambil seperiuk nasi. Cuba nak habiskan.
  
Ingat! jangan bahayakan diri anda sendiri.