Sabtu, 12 November 2016

Jurusan Ijazah Sarjana Muda Perancangan Bandar dan Wilayah Masa Kini.

Assalamualaikum dan salam sejahtera, rasa dah hampir 2 bulan tak berblog ni. Rasa baru hari ni berpeluang untuk menulis memandangkan saya sibuk dengan tugasan pembelajaran. Al maklumlah ini lah kehidupan seorang student kan. Kalau tak sibuk tu bukan student lah namanya.

Baiklah malas nak membebel panjang-panjang ini… yelah nanti korang bosan pula dengar saya membebel ni…hahahaha

Baiklah…entri kali ni saya nak menceritakan jurusan Perancang Bandar…Urm..Perancang Bandar tau, bukan Perancang Perkahwinan…hehehe… Saya rasa pasti ramai yang tidak tahu apakah jurusan perancang benda ini?
Seronok ke belajar Perancang Bandar ni?.
Ada peluang pekerjaan ke?..

Pasti semua ni bermain dekat minda korang kan…Meh hari ini Z.A Mail nak cerita sedikit berkaitan jurusan Perancang Bandar ini. Yelah mana tidaknya, saya sendiri merupakan pelajar dalam jurusan ini…Sapa pelajar UiTM Puncak Alam tu..Mungkin kenal saya…hahaha

Perancang Bandar

Kalau hendak diceritakan pengalaman saya ini. Saya bukanlah seorang pelajar yang berminat dalam jurusan ini. Malah saya sendiri tak tahu jurusan ini, jurusan apa..???,…terukkan saya..

tapi yang pasti bila korang sebut jurusan Perancang Bandar ini, pasti rasa macam gempak kan..hahaha…

Biasalah dulu-dulu pon habis je Tingkatan 6 sibuk cari nak sambung jurusan apa masa degree..huhuhu…penat den mencari jurusan yang minat dengan den ni..huh…

tapi yang pasti jurusan Perancang Bandar ini bukanlah jurusan pertama yang saya letak dalam UPU,

tetapi bidang perguruaan.. yelah, minat nak jadi cikgu ni dah lama…tu yang, jurusan ini terletak di tempat yang ketiga…huhu..

Bandar Terancang
Ok… Untuk pengetahuan korang semua…Bidang perancang bandar ni dah wujud lama dah, Cuma kita tak perasan je. Pasti korang semua pernah dengar tamadun-tamadun Hamurabi, Tamadun Mesir dan sebagainya. Tamadun ini hasil daripada idea seorang bijak pandai dalam menyusun atur senibina di kawasan tersebut berdasarkan suasana dan juga keadaan tempat tersebut. 

Namun, permulaan sebenar kerjaya perancang bandar ini adalah bermula pada abad yang ke-18 lagi apabila berlakunya evolusi industri di barat. Urmmm…bosan pula hendak cerita pasal sejarah ini…In sya allah saya akan hasilkan entri yang berlainan berkaitan sejarah perancang bandar ini..ok..kita straight to the point…

Gambar Ketika Kami Melakukan Kaji Selidik Tapak di Iskandar Puteri Johor
Oktober, 2016
Jurusan perancang bandar ini adalah salah satu kursus profesional yang diwujudkan bagi melahirkan seorang perancang bandar yang profesional dalam membangunkan kawasan bandar dan luar bandar. Kerja perancang bandar ini adalah melibatkan kerja-kerja menyusun atur pembangunan dan juga menyediakan Laporan Cadangan Pemajuan kepada pihak kerajaan mahupun swasta. Kerjaya ini yang kian mencabar saban tahun memandangkan pembangunan di Malaysia kian pesat membangun. 

Contoh Pelan Susun Atur
Selain itu, seorang perancang bandar juga bukan setakat sahaja diterapkan ilmu menyusun atur perumahan malah melibatkan penilaian undang-undang, geografi, sosial dan juga ekonomi di sesuatu kawasan. Oleh sebab itu, seorang perancang bandar itu perlu menilai keseluruhan aspek sebelum sesuatu pembangunan itu dibangunkan. 

Hal ini demikian kerana setiap perancangan pembangunan itu memberikan kesan kepada alam sekitar dan juga sosio ekonomi penduduk. Penilaian perlulah dilakukan dengan teliti dalam memastikan setiap pembangunan itu dapat memberikan manfaat kepada penduduk dan alam sekitar.

Saya juga ingin menceritakan bahawa kerjaya perancang bandar pada masa kini amat diperlukan memandangkan kepesatan pembangunan di Malaysia. Justeru kerjaya perancang bandar amat diperlukan di pejabat-pejabat kerajaan dan juga firma-firma swasta.

Oleh sebab itu, Korang tak perlu risau jika dapat jurusan ini, korang hanya perlu tanamkan minat dan usaha sahaja untuk berjaya dalam bidang ini..ok. Kerjaya perancang bandar ini tidak semestinya korang berkerja di Majlis Daerah ataupun Majlis Pembadaran tetapi korang juga boleh bekerja di firma-firma swasta. 

Facebook Studio Kami,: Cakrawala Studio (Universiti)
Ok..kalau korang berminat dengan jurusan ini Korang bolehlah apply di UPU..Antara universiti yang menawarkan jurusan ini ialah seperti UiTM, UTM, UM, UIA dan USM bagi peringkat degree dan diploma. Kalau korang memilih destinasi UiTM sebagai pilihan utama, peringkat diploma terdapat di UiTM Seri Iskandar Perak, manakala peringkat Degree di UiTM Puncak Alam, Selangor. In sya allah kalau sambung di UiTM Puncak Alam..bolehlah tegur saya …hehehe

Intagram kami: cakrawalastudio_ 
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh terus baca 6 Perkara Menarik Bidang Perancang Bandar

Wasalam...

#BualPacakMalaya
#BualPacakBiarBerilmu

7 ulasan:

  1. Balasan
    1. Thanks ...@are_ien...cuba nak menulis dari bawah...kongsi dekat junior2 ye..

      Padam
  2. Balasan
    1. hahaha..Thanks Tyra Noh kerana membaca...peng peng peng...

      Padam
  3. Balasan
    1. Asalamualaikum .. Kalau dapat kos ijazah sarjana mude perancangan bandar dan wilayah nie.. Memang dapat uitm puncak alam ke boss.. ?

      Padam