Memaparkan catatan dengan label Inspirasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Inspirasi. Papar semua catatan

Selasa, 16 Ogos 2016

Solat Taubat atau Solat Taubuat?

Oleh Z.A Mail

Assalamualikum dan Salam Sejahtera Saudaraku...


                                                           Cari Jalan Menuju Redha Illahi

INSPIRASI Z.A MAIL

Di dalam usaha saya menyampaikan dakwah saya melalui penulisan, saya cuba membantu memuhasabahkan diri saya dan diri anda semua melalui kisah yang akan dikarang. Saya a inidengan rendah diri, mengakui bahawa penulisan saya ini masih muda dan perlu di olah dengan baik. Selain itu, saya juga mengakui, saya bukanlah pelajar lulusan agama secara tetap. Saya hanya pelajar biasa seperti saudara di luar sana yang sentiasa bergelumang dengan dosa dan noda. Kita hanya dibekalkan dengan ilmu yang sedikit untuk melawan api syaitan yang sentiasa mengambil peluang terhadap kita. In sya allah, penulisan ini secara tidak langsung dapat mentarbiahkan diri saya dan juga mampu membentuk diri kita yang hina ini.

Ya…saya yakin saudara semua di luar sana inginkan suatu perubahan di dalam diri kita tetapi tidak mampu untuk melakukan perubahan. Hati kita yang dipenuhi bintik-bintik dosa menyebabkan kita rasa amat sukar untuk membersihkannya. Namun begitu, peluang dan harapan kita semua masih terbuka luas, selagi pintu taubat masih terbuka, sudah tentu peluang untuk kembali juga masih terbuka. In sya allah. Oleh hal yang demikian, saya mengalu-alukan komen dan teguran daripada saudara semua dalam sama-sama membentuk diri kita dan juga meningkatkan mutu penulisan saya.

Tanpa ingin berbual panjang melalui penulisan saya ini, mari kita sama-sama menghayati kisah pertama saya di dalam blog ini bagi menghiasi perjuangan Nabi Muhammad S.A.W.

KISAH ZAINUDDIN 1

SUASANA yang riuh rendah menguasai ruang-ruang Masjid Puncak alam. Kerlipan lampu neon, percikan air penyaman udara yang sentiasa membasahi pipi dan bahagian muka Zainuddin membuatkan ia selesa berada di masjid itu. Mana tidaknya keindahan masjid itu yang membuatnya terpesona dengan kebijaksanaan manusia yang mencipta sesuatu, namun Zainuddin percaya bahawa sebaik-baik pencipta adalah allah S.W.T. Zainuddin melangkah dengan tenang sambil menanti azan yang kian habis bacaanya. Terasa sayup dengan keindahan bilal melaungkan azan. Perkataan “Lailalha illaallah” mengemakan keadaan masjid diselangselikan jawapan dari para jemaah yang hadir pada malam itu.

Selesai azan dia duduk sambil menanti Jemaah lain menyelesaikan solat sunat rawatib isyak. Ketika Zainuddin sibuk berlayar dengan lamunannya dia tersentak dengan gelagat anak kecil yang berusia lingkugan lapan ataupun tujuh tahun. Tarikan itu membuatkan dia ingin melihat keletah anak ini yang bersemangat untuk ke masjid untuk melakukan solat fardhu dan juga solat sunat.

“Subhanallah, bagusnya si ayah membawa anak kecil ke masjid”. Terdetik hati kecil Zainuddin.

Ya, Zainuddin yakin dan percaya ada segelintir anak ibubapa membawa anak mereka ke masjid untuk mengajar anak mereka untuk solat berjemaah. Oleh sebab itu, dia amat tertarik kepada ibubapa yang sering berusaha mendidik anak  mereka untuk menuju jalan yang lebih baik. Walaupun begitu dia juga tidak juga menafikan ada segelintir ibubapa melarang anak mereka ke masjid kerana takut anak-anak tersebut menganggu Jemaah yang lain.

Zainuddin terus memerhati anak kecil, sambil ia masih bermuhasabah dengan dirinya berkaitan ibupa membawa anaknya ke masjid. Bagi zainuddin, kanak-kanak ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri .
“Subhanallah”.,Zainuddin tak henti-henti bertasbih melihat anak kecil disebelahnya.

Dia terus bermain dengan perasaannya, zainuddin seolah-olah bertanya dengan hati kecilnya.“Walaupun aku masih bujang, namun gelagat anak kecil ini amat menyentuh hatiku”.

SOLAT SUNAT TAUBAT ATAU TAUBUAT?

Kisahnya bermula apabila abangnya melakukan solat sunat 2 rakaat. Si adik bertanya kepada ayahnya.

“Abang sembahyang apa ayah?”  si adik bertanya dengan penuh keingginan.

Ayahnya menjawab “Abang tengah solat sunat isyak adik” jawab ayah yang mahu menjelaskan kepada anaknya yang masih kecil dan kurang pengetahuannya.

“Kenapa abang tak buat solat taubat ayah” jawab si adik.

“Abang buat solat sunat isyak adik, bukan solat sunat taubat” jawab si ayah dengan nada yang agak sedikit tinggi.

Si anak menjawab “Habis , ayah kenapa tak buat solat sunat taubuat, ia baikan ayah?”.

Si ayah tersentak dengan soalan yang diajukan oleh anaknya yang masih kecil. Soalan tersebut membuatkan si ayah menjawab dengan penuh sabar walaupun ia mengetahui perkataan “Taubuat” membuatkan dirinya tersentak. Zainuddin yang berada di sebelahnya juga turut tersentak dengan jawapan yang membuatkan dia terfikir.

Si ayah yang menjawab “ Adik! Solat sunat taubat adik, bukan taubuat. Solat sunat taubat ini untuk kita memohon keampunan dari allah SWT”.

“Ouh, ye ke ayah” si anak senyum sambil meneruskan gelagatnya sebagai anak kecil yang inginkan kebebasan.

Sambil menanti Jemaah lain menhabiskan rakaat terakhir mereka, zainuddin berfikir sejenak perkataan seorang anak kecil yang baru mahu mengenali dunia ini dengan perkataan yang tajam menusuk jiwanya iaitu “Taubuat”. Dia sedar bahawa kita sibuk menambahkan amal ibadat di bulan ramadhan terutama solat-solat sunat yang lain. Namun selepas ramadhan pergi meninggalkan kita, kita juga turut meninggalkan amalan tersebut tanpa ada rasa bersalah. Sedangkan kita telah melakukan perkara yang baik ketika ramadhan tiba.

TARBIAH DIRI

Berdasarkan kisah Zainudddin tersebut kita dapat simpulkan bahawa kita hanya mampu “tahu buat” ibadat ataupun solat-solat sunat pada bulan ramadhan, namun apabila di bulan-bulan yang lain kita hanya mampu melakukan sedikit solat sunat, malah yang menyedihkan ada juga yang tidak menunaikan solat fardhu. Itulah kehidupan masa kini, sukar bagi kita untuk melakukan sesuatu secara konsisten apabila melakukan sesuatu ibadat itu.

Saya juga tidak mengatakan anda sahaja namun pada saya juga. Kehidupan kita yang fasik ini menyebabkan kita sentiasa melakukan amal ibadat itu secara CELUP. Dalam kata lain, kita hanya mampu melakukan sesuatu itu pada luaran tetapi bukan daripada dalaman kita. Subhanallah, bertapa teruknya diri kita saudara, kita diibaratkan melakukan amalan yang sia-sia kerana kelalaian kita dalam melakukan amal ibadat.

Ya…walaupun allah yang menentukan amal ibadat kita diterima ataupun tidak namun sudah tentu allah lebih melihat kita apabila kita bersungguh-sungguh dalam melakukan amal ibadat dan konsisten dalam amalan tersebut. Oleh sebab itu, ia amat merugikan diri kita di sepanjang bulan ramadhan jika kita melakukan amal ibadat itu dengan sia-sia.

Bagi mendidik diri kita ini, keazaman dan keinsafan amat penting dalam memastikan kita sentiasa beristiqamah dalam melakukan amal ibadat. Walaupun ia perkara yang amat sukar, namun ia merupakan salah satu cara yang mampu mendidik jiwa kita melalui dalaman kita. Selain itu, sifat ikhlas juga merupakan kunci utama dalam kita berjuang untuk merubah diri kita kepada kearah kebaikan. In sya allah…

Ini sahaja perkongsian saya pada kali ini, insya allah bagi artikel yang akan datang saya akan kongsikan bagaimana kita hendak beristiqamah dalam melakukan ibadat. Moga perkongsian kerdil ini mampu memberi sinar kecil kepada hati kita semua…

Ingat!!!

“Bual Pacak, Biar Berilmu” #BualPacakMalaya

*Pendapat dan perkongsian di atas adalah berdasarkan pemahaman penulis dan juga pengalaman yang dialami beliau.
*Sebarang teguran amat digalakan bagi meningkatkan ilmu dan juga mutu penulisan

Ahad, 14 Ogos 2016

Salah ke bila berangan-angan?

Oleh: Z.A Mail

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

ALHAMDULILAH dapat juga saya membuat blog ni…yelah nak sampaikan dakwah mahupun ilmu ini perlukan medium yang luas dan benar dalam memastikan maklumat yang disampaikan dapat dimanfaatkan oleh kalian semua.

Bila nak diceritakan, saya nak buat blog ni sebenarnya bermula dengan angan-angan…mana tidaknya semua orang mahu sampaikan ilmu, tapi terlalu takut untuk sampaikan. Namun saya tidak mahu menjadikan angan-angan ini sebagai angan-angan kosong tapi mahu menjadi angan-angan yang terlaksana…

Saya juga tidak mahu juga digelar sebagai orang berangan-angan kosong dan sentiasa dimurkai oleh allah disebabkan perbuatan ini…Allah berfirman;

“Mereka menyeru orang-orang beriman: Bukankah kami bercampur dengan kamu, orang-orang beriman menjawab: “Benar! Akan tetapi kamu membinasakan diri kamu dan kamu telah menunggu-nunggu, dan kamu pula ragu –ragu serta kamu diperdayakan dengan angan-angan kosong, sehingalah datangnya maut yang ditetapkan allah..”
(Surah al Hadid 57:14)

Oleh sebab itu, saya taknak main terjah je dalam alam blog ni, silap hari bulan mati katak dalam gaung tu…Ada kaitan ke???... Urm…Nak membebel panjang-panjang pon korang malas nak dengarkan…

Apalagi, kita fokus pada tajuk kita pada kali ini…
Untuk entri kali ini saya ingin menceritakan berkaitan isu berangan…bukan buah berangan, tapi angan-angan. Pasti kalian semua mempunyai angan-angan, tidak kiralah ia besar atau kecil. Betul tak?. Saya akan senaraikan angan-angan yang sering bermain di minda kita:

1) Perkahwinan
2) Pekerjaan
3) Cita-cita/Impian
4) Kekayaan/Kejayaan

Itulah serba sedikit yang saya boleh senaraikan. Berangan ataupun angan-angan tidaklah menjadi masalah jikalau kita menjadikan ia sebagai matlamat dalam kehidupan kita. Namun ia juga boleh membinasakan kita, jika kita lalai ataupun menimbulkan perkara yang negatif ketika berangan.

Oleh sebab itu, jikalau kita hendak berangan tu perlulah diketatkan dengan matlamat…ikat mati sikit matlamat tu geng…bukan simpul reben, memang terburailah jawabnya…Tetapkan matlamat tu, sambil itu, korang perlulah Usaha, barulah dapat hasilnya…

Kita pasti pernah dengar cerita rakyat Mat Jenin kan, kalau dilihat pada situasi mat jenin tu, dia bukan mati kerana berangan, tetapi disebabkan dia berangan di tempat yang salah..

Bayangkan…jikalau kita berangan di atas pokok, tentulah situasi itu akan membahayakan kita, namun jika kita berangan di tempat yang sesuai, sudah pasti ia akan memberikan manfaat.
Janganlah kita hanya berharap pada angan-angan semata-mata memang mati keringlah jawabnya…bagi memudahkan korang hadam perkara yang hendak saya sampaikan, saya akan senaraikan turutan yang boleh kita lakukan dalam mengapai angan-angan kita…In sya allah, moga bermanfaat….

1) Berangan/angan-angan

a) Semasa berangan, di situlah kita perlu pasangkan niat supaya kita dapat capai matlamat tersebut. Angan-angan itu perlulah yang dapat memberikan manfaat kepada kita, bukannya memberikan mudarat kepada kita. Sebagai contoh, jika kita berangan hendak dapat straight A dalam Spm, ini adalah salah satu angan-angan yang baik kepada kita kerana ia mampu memberikan manfaat kepada kita…Barulah berkat geng…bukanya berangan nak dapat LOTTERY…Memang nerakalah jawabnya…huhuhu, jangan Sentap…Saya hanya mengunakan istilah yang mudah bagi memastikan kita sama-sama memahaminya…

2) Matlamat

a) Selepas kita sudah pasang niat tu, barulah kita kuatkan ia menjadi matlamat, hal ini akan menjadikan kita mudah untuk mengejar impian kita tu. Matlamat perlulah relevan dan boleh dilaksanakan bukannya perkara yang mengarut ataupun perkara yang negatif…In sya allah, matlamat kita akan mudah jika ia perkara yang baik. Tetapkan matlamat kita dan jadikan ia sebagai azimat untuk memastikan kita dapat mencapainya. In sya allah…jika ia perkara yang baik, sudah tentu ia akan dimakbulkan allah.

3) Usaha

a) Usaha… Ia merupakan perkara yang sukar sekali dilaksanakan memandangkan ia memerlukan tenaga kudrat dalam kita mencapainya…Usaha perlukan pengorbanan dan ia perlulah dilaksankan secara konsisten dalam memastikan kita dapat mencapai matlamat kita…Justeru, kita perlu mengubah diri kita bermula dari dalaman kita…hal ini demikian kerana…Dalaman kita merupakan enjin utama yang perlu digerakan dalam mengerakkan fizikal kita…Oleh sebab itu, kita mesti melaksanakan usaha dengan bersungguh-sungguh dalam memastikan kita dapat mencapai hajat kita.

4) Doa

a) Perkara yang sering diulang-ulang sehingga korang rasa bosan bila mendengarnya…namun ini perkara yang perlu dilakukan selepas kita berusaha. Hal ini kerana  kita bergantung kepada allah, rezeki yang kita perolehi ini semua datangnya dari allah. Kita tidak mampu dan berkuasa dalam menentukan rezeki kita pada masa depan. Oleh sebab itu, saya amat menggalakan korang semua berdoa selepas berusaha…tidak kiralah ia doa pendek ataupun panjang dan sekurang-kurangnya al-fatihah…in sya allah apa yang kita usahakan itu pasti membuahkan hasil…

Secara konklusinya, angan-angan merupakan salah satu proses utama dalam mencapai matlamat kita. Oleh sebab itu, ia amat penting dalam proses kita menuju kejayaan dan ia mampu menjadi pencetus inspirasi dalam kita mengapai sesuatu matlamat itu. Perkara yang penting disini ialah jangan jadikan angan-angan kita sebagai angan-angan kosong yang memudaratkan kita namun kita perlu menjadikan ia sebagai perkara yang realiti.

Itu sahaja perkongsian untuk kali ini…Amat penting untuk saya tekankan iaitu mungkin ada beberapa maklumat yang saya tulis ini mungkin boleh diikut ataupun tidak boleh diikuti. Moga perkongsian pertama ini bermanfaat untuk kita semua…

“Bual pacak, biar berilmu”  #BualPacakMalaya