Aih. Takutnya baca tajuk
ni.
Jangan risau, saya
sarankan, bacalah artikel ini sehingga ke ayat yang terakhir.
Kenapa?
Nanti, kamu akan faham,
apa yang saya ingin sampaikan.
Cabaran yang perlu ditempuhi oleh pelajar 'Town Planning' sungguh berliku |
Ok, sahabat pembaca
sekalian.
Saya pasti, kamu semua
masih terfikir.
''Apakah cabaran jurusan ini?''
Saya menulis artikel ini
bukanlah berniat untuk menakutkan kamu semua. Tetapi, saya cuba memberikan
sedikit gambaran berkaitan cabaran jurusan ini.
SUPAYA!
Kamu semua bersedia
memasuki jurusan ini. Tak de lah, kamu merasa menyesal apabila kamu menceburi
bidang ini.
Ok, guys.
Sebelum itu, saya pasti
ada diantara kamu telah membaca artikel saya sebelum ini. Berkaitan keistimewaan
atau kelebihan jurusan ini.
Bagaimana?. Berminat
hendak menceburi bidang ini? hehehe
Sesiapa yang belum
membacanya, bolehlah membacanya terlebih dahulu. Ok.
Ingat!!!
Baca yang menarik dulu,
baru boleh baca cabaran dia. hehehe
Baiklah, jom! Kita
lihat, apakah cabaran jurusan perancang bandar ini?
*1 Kurang Tidur/Tak Tidur
Urm, perkara biasa yang
kamu perlu tempuhi. Kita tidak boleh bandingkan dengan jurusan yang lain. Kita
perlu sedar.
Kita ialah pelajar ‘Studio Base’.
Tugasan yang banyak memerlukan
waktu untuk disiapkan. Tambahan lagi, tugasan yang diberikan itu, perlu
disiapkan dalam waktu yang singkat. Oleh itu, kita perlu menyiapkan tugasan dengan
secepat yang mungkin.
(Archinect) |
Sebagai contoh, perkara
yang sering saya alami ialah tugasan yang bertindih. Perkara ini membuatkan
saya tak tidur malam untuk menyiapkannya. Haha…
Kadang-kadang tu, memang
salah saya. Buat kerja “Last Minutes”
Hahaha…biasalah
Jarang jumpa pelajar
‘Town Planning’ buat kerja awal-awal. Bukan apa.
“Awal-awal, kebiasaanya,
tak ada idea, tetapi apabila saat akhir. Idea akan mencurah-curah dari planet
marikh. Sehinggakan, tak cukup nak menampung idea tersebut”.
Akhir sekali, berkata di dalam hati.
‘Menyesal aku tak mula
awal-awal’. hahahahahaha
Perkara ini akan
berulang setiap kali ada tugasan baru.
Ingat!!!!!!!!!!!!
Jangan ikut perkara
negatif di atas. Kalau tidak. Memang tak cukup tidurlah jawapnya.
Sebenarnya, ada waktu-waktu
tertentu sahaja kita tak cukup tidur. Terutama apabila menyiapkan “Layout” atau
ada tugasan bertangguh.
Jadi,
Kalau kamu dapat atasi
masalah ini, in sya allah. Kamu tidak ada masalah untuk mengatasi cabaran ini. Barulah dapat tidur ‘Beauty
Sleep’. Hehehe
---
A) Pengalaman
i. Setiap malam isnin
dan khamis. Saya tak tidur malam. (Semester 3) *Menyiapkan ‘Layout’ untuk
dilihat ‘progress’ pada setiap hari isnin dan khamis.
ii. Setiap malam selasa
dan jumaat. Saya akan tidur secukup-cukupnya. Mengantikan waktu tidur.
(Semester 3)
iii. Kebiasaanya, saya
akan tidur pukul 2 ataupun 3 pagi. *Kadang-kadang, buat perkara yang tak
berfaedah. (Semester 2 dan 3)
Jangan ikut perkara di
atas, Jadi…
B) Solusi
i. Lakukan tugasan
setelah mendapat arahan daripada pensyarah.
ii. Pandai membahagikan
waktu kerja.
iii. Menyiapkan tugasan
di tempat yang sesuai.*Saranan saya, lakukan tugasan di Studio. Elak tidur di
bilik.
iv. Fokus dalam menyiapkan
tugasan.
*2. Masalah kewangan
(Malay Mail Online) |
Perkara yang menjadi
masalah bagi sesetengah pelajar ialah masalah kewangan. Jurusan perancang
bandar memerlukan wang yang banyak (Tak sebanyak belajar diluar negara). Hal
ini demikian kerana bidang ini banyak menggunakan wang untuk menyiapkan sesuatu
projek.
Kebiasaanya,
perbelanjaan melibatkan:
i. Print, Photostat (Saiz A4, A3, A2, A1, A0)
ii. Lawatan tapak
(Lawatan selama 5/7 hari) (Dalam Selangor dan Luar Selangor)
*Selain kos sara hidup
spt makanan, pengangkutan, kolej/rumah sewa
Berdasarkan pengalaman
saya, masalah kewangan akan saya hadapi ketika 2 bulan terakhir sebelum penghujung
semester. Kerana ketika ini, duit telah banyak dihabiskan untuk lawatan tapak
serta projek yang lain.
Jadi, pada ketika ini,
barulah saya terkial-kial untuk berjimat. Hakikatnya, pada awal semester,
banyak menggunakan wang tersebut untuk makan di luar ataupun membeli perkara yang tidak sepatutnya.
Namun, lumrahnya,
apabila kita menerima wang. Mata menjadi kabur. Nafsu mengoncang jiwa.
Kesetanan menguasai diri.
Eh, bersastera pula.
Hehehe
Bila berlaku seperti
ini, habislah duit…
Insya allah, jika kamu jenis yang pandai berjimat. Kamu akan dapat menguruskan kewangan dengan baik.
Jangan risau. ok
*Khusus untuk pelajar
lepasan Spm, Matrik, Asasi dan Stpm
Kamu boleh mendapatkan
pinjaman daripada (khas untuk keluarga yang berpendapatan rendah):
i. Ptptn
ii. JPA (Pinjaman Boleh
Ubah)
iii. Yayasan Negeri
(Johor, Selangor, Perak etc)
iii. Biasiswa JCorp,
Gamuda, IJM Land dan etc
---
A) Pengalaman
i. Makan biskut sahaja
untuk hari tertentu. *Ikat perut
ii. Meminjam duit kawan
iii. Duit habis 2 bulan
sebelum cuti semester
Perkara ini, hanyalah
berdasarkan pengalaman saya. Bagi kamu yang pandai berjimat. In sya allah, kamu
boleh ‘survive’.
B) Solusi
i. Berjimat pada awal
semester/Bijak menguruskan kewangan
ii. Mendapatkan biasiswa
ataupun pinjaman yang mencukupi
iii. Berniaga
iv, Pandai mengawal
nafsu
*3 Tekanan/Stress
Hidup kita sentiasa
dibelenggu dengan tekanan. Sesetengah orang itu,
banyak masa dan kehidupannya dibelenggu dengan tekanan.
Tekanan boleh datang
daripada pelbagai sebab dan antaranya ialah masalah kewangan, tugasan yang
banyak, masalah kesihatan dan sebagainya. Hal ini turut dialami oleh saya
sebagai seorang pelajar.
(Line Today) |
Bagi saya, semua bidang
yang kita ceburi di dunia ini. Kita perlu menghadapi tekanan daripada pelbagai
situasi.
Maka, tak perlu rasa
hairan, jikalau kamu menerima tekanan daripada pelbagai segi.
Nasihat saya, kamu
perlulah pandai menguruskan tekanan tersebut. Kerana apabila kamu dapat
menguruskan tekanan ini. Kamu tidak mengalami masalah untuk berjaya dalam
bidang ini.
---
A) Pengalaman
i. Tekanan hasil
daripada tugasan yang banyak
ii. Tekanan daripada
pensyarah dan rakan-rakan yang tidak memberikan komitmen ketika diberikan
tugasan.
iii. Tekanan dari segi
kewangan
iv. Tak cukup tidur
*Tekanan yang paling menyakitkan…hahahaha. (Saya suka tidur) Peace yoooo…
Ingat! Uruskan tekanan
ini dengan sebaik yang mungkin
B) Solusi
i. Pandai menguskan
tekanan
ii. Bersukan (Sekurang-kurannya
sekali seminggu, lagi baik 3x Seminggu)
iii. Jaga pemakanan
iv. Tidur yang mencukupi
(Mustahillllll)
v. JAGA KEROHANIAN KAMU
(Tingkat iman, amal dan setiasa berdoa)
*4 Persaingan yang tinggi
Dunia kian berubah,
tahap pemikiran manusia turut berubah. Ramai pelajar yang pandai di luar sana.
Maka, kamu sebagai
pelajar gen-y dan gen-z perlulah pandai bersaing dengan golongan kamu.
Jangan takut untuk bersaing.
Hal ini demikian kerana
hidup kita sentiasa bersaing dengan manusia yang lain. Persaingan ini bukanlah
diwujudkan untuk melemahkan sesiapa, tetapi diwujudkan bagi memastikan kita
sentiasa berusaha menjadi yang terbaik.
(MindTalk) |
Persaingan ini secara
tidak langsung dapat memberikan kesan yang positif kepada diri kamu,
masyarakat, agama, dan negara.
Cewahhh, macam tulis
karangan…
Hahaha, ok
Jurusan perancang bandar
turut tidak terlepas daripada persaingan.
Sebagai contoh, saya
terpaksa bersaing dengan rakan sekelas untuk menjadi yang terbaik. Persaingan
idea dan pendapat merupakan cabaran utama dalam bidang ini. Oleh itu, saya
sendiri perlu memastikan saya sentiasa bersedia dari aspek ilmu, mental dan
fizikal.
Sebenarnya, banyak lagi
persaingan yang kamu perlu hadapi apabila menceburi bidang ini. Maka, kamu
semua perlu bersedia.
Nasihat saya, JANGAN TAKUT DENGAN PERSAINGAN
Buat sehabis baik.
Jangan kecewa apabila kamu tewas dalam persaingan. Kerana dalam kegagalan
tersebut, terhasillah satu sinar harapan yang baru buat diri kita.
Yang penting, setiap
kali jatuh, kita mesti bangkit kembali. Ok
Takbirrrrr…
---
A) Pengalaman
i. Bersaingan dari segi
idea dalam menghasilkan sesuatu projek.
ii. Terpaksa bersaing
untuk menjadi yang terbaik
(Azhan Co.) |
B) Solusi
i. Sentiasa dahagakan ilmu (Penuhkan ilmu di dada)
ii. Berani bersaing
dengan rakan yang lain (#Muhasabah diri)
iii. Jangan takut dengan
idea yang ingin dilontarkan
iv. Tingkat keyakinan
kamu
Urmmm…Saya sendiri mengalami
masalah dalam bersaing. huhuhu
Maka,
mari
sama-sama menjejak mimpi,
sama-sama mencari menanti, segalanya direstui cinta sejati… (Mulalah mengarut)
Ok, bagaimana?
Ada rasa menyesal membaca
artikel ini? Ada tak rasa menyesal ‘Click’ jurusan ini di UPU’.
Hahaha..
Wahai sahabatku
sekalian,
Saya ada ingatkan
sebelum ini,
Artikel yang dihasilkan ini, bukanlah ingin melemahkan semangat kamu ataupun mendorong kamu
supaya menolak atau membenci bidang ini.
Tetapi,
Saya cuba hendak
memberikan sedikit gambaran supaya kamu lebih bersedia menceburi bidang ini.
Sekurang-kurangnya kamu tidak mengalami kejutan budaya seperti saya. Hehe
Ok, cukuplah penulisan
saya pada kali ini. Jika ada sebarang pertayaan atau komentar. Boleh tuliskan
komentar kamu diruangan yang disediakan.
“Komen yang membina
daripada kamu semua akan membantu saya untuk menghasilkan penulisan yang lebih
baik.”
Wassalam
#BualPacakMalaya
#BualPacakBiarBerilmu
wah..saya suka entry awk..terbaik..5 bintang untuk awk..
BalasPadamThanks eyra bah. Kerna sudi membacanyaπππ
Padamsalam,nak tanya saya ni lepasan stpm dan dpt interview kos ni 10/6/2017.. nak tanya nantikan ada ujian melukis , biasa dye suruh lukis apa eh?? susah tak ?? saya dah lah tak ada basic melukis .. 100% zero.. lagi satu speaking tu nanti susah tak ? apa je dye tanya nanti ?
BalasPadamWa'alaikumsalam, wah! Tahniah @nabyla marshmellow. Dulu saya juga pelajar lepasan Stpm juga. Ouh ye, berkaitan kemusykilan awak ye.
Padam1) Untuk ujian melukis ini. Awak tidak perlu risau. Kebiasaanya, lukisan yang perlu dilukis ialah lukisan geometri. Yang mana lukisan ni mengunakan kon, piramid, kotak atau kuib dan selinder. Awak boleh search sahaja di google atau di Youtube. Jangan risau! lukisan taklah perlu cantik. yang penting nampak bentuk. hehehe. Kalau nak gempak. belajar sikit shading. Nasihat saya, buat betul2 dan confident. Lukisan tak cantik tak pe. yang penting usaha.Saya dulu pun sama je.
2. Ouh speaking eh! kalau interview di Uitm. Bahasa yang digunakan ketika di interview ialah bahasa inggeris. Untuk pengetahuan nabila. Soalan yang ditanya pun, tidaklah sesusahmana. Nabila hanya search sikit berkaitan kos ini dan juga menteri-menteri semasa yang terlibat, seperti di kementrian kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan dan PLAN Malaysia (JPBD).
Berkaitan tak pandai speaking english ini. Tak perlu risau. Kalau pandai basic english pun ok. Kalau dia tanya nama atau tempat tinggal tu. Jawaplah dengan english. Tp, kalau dan tahap soalan yang mencabar. Kalau betul2 tak tahu 'word' yang ingin digunakan. terus je cakap melayu atau campurkan bahasa.
Ingat! yang penting confident bila bercakap. Mix pun tak pe. Kebiasaannya, penemuduga adalah dikalangan pensyarah, jadi mereka sendiri tahu kelemahan pelajar. apa yang mereka ingin lihat adalah keyakinan dan persediaan kita menjawab soalan yang dilontarkan.
Yakin, usaha dan tawwakal.
Semoga berjaya dan selamat berpuasa. Jika ada sebarang pertayaan. Boleh tanya lagi ok. In sya allah, saya akan jawap secepat yang mungkin.
terimakasih . tapiknn banyak tak guna duit eh kos ni ?
PadamBerkaitan kos ye. Ya, sy tk nafikan course ni byk memerlukan duit. Tp, jika @nabyla pandai berjimat. Ia tidak menjadi masalah.
PadamSebenarnya, nabila pun tak perlu risau. Sebab course ini byk menyediakan pinjaman dan biasiswa selain dari Ptptn. Yang penting, score semester yg pertama.
Antara tmpat pinjaman☝ boleh baca artikel di atas.π
ohh okey2. takot pulak rasa nak temuduga nnti hehehe. doakan saya supaya tak gagap bila speaking . ada buat research dh sikit2 pasal yg awk cakap hari tu , tapi tak tahulah tu betul ke tak . cari je semua betul ke tak sy pon tak pasti
PadamHaha. Ok2, in sya allah. Semoga berjaya dalam temuduga. Tak pa, betul salah, berjaya tak berjaya.
PadamSekurang-kurangnya buat yg terbaik dan cuba sehabis baik. Jangan risau, soalan yg mudah je.
All the best and goodluckπ
Ouh ye, jgn lupa share ye di fb, hanya perlu copy link and paste di Fb. Boleh follow Ig di @enol95 and fb:zainul ariffin-uitm puncak alam
PadamIg Studio kami- @cakrawalastudio_
Fb: Cakrawala P.Alam
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamWa'alaikumsalam. Terima kasih @Nur Dzahirrah kerana mengunjungi blog saya.
BalasPadamBerkaitan soalan yg pertama. Sebenarnya, secara personal saya mengatakan bahawa tak sesuai utk pelajar town planning utk masuk pelapes. Namun saya tk menghalang jika kamu nk sertai badan uniform ini. Saya memberikan nasihat ini atas dasar masa utk menyiapkan sesuatu projek itu memerlukan waktu yg mencukupi.
Saya tidak nafikan jikalau kamu masuk.pelapes kamu juga boleh selesaikan tugasan. Namun yg saya risaukan adalah hasil kerja. Kerana kadangkala sesetengah projek itu memerlukan penelitian dgn lebih supaya ia dpt memberikan impak.
JIKALAU kamu nk juga sertai pelapes. Tidak menjadi masalah. Yg penting bahagikan masa. Sebab kebiasaanya pelapes menggunakan waktu sabtu dan ahad utk training. So all the best...buat sehabis baik. In sya allah, tidak mustahil utk dpt dekan...
Urm...saya tk pasti Nur Dzahirah dari Universiti Mana. Tetapi jikalau UiTM. Kita dikehendaki ambil lapan subjek. Dn major subjek/studio adalah berkaitan residential layout. Subjek yg lain boleh ikuti apa yg telah ditetapkan oleh pihak fakulti.
Itu berdasarkan pembelajaran saya pd semester2 di UiTM. Jikalau di Universiti lain. Saya kurang pasti. Mungkin kamu boleh berhubung atau bertanya kpd rakan2 dari Universiti yg lain...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamOuh ye ke...Urm persiapan mental tu mestilah kena brsedia krna mankin naik sem. Semakin sukar tahap kesukaran tu.
PadamKalau boleh tanamkan minat dari sekarang, suburkan tekad supaya dpt menghabiskan course ni. Jangan sesekali pandang ke belakang. Teruskan perjuangan...
Gis tu ada guna. Kalau laptop boleh support. Boleh install awal2. Kalau tk tahu. Bila masuk sem. Boleh tanya kawan2. Sebenarnya, bila dalam kuliah kita pergi lab je utk belajar. But utk buat assingment dkt bilik, better install dkt laptop...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamSama2 @Nur Dzahirrah. In sya allah. Amin. Nanti share lah dgn kawan2 ttg blog ni k. Just copy link and post dkt facebook or whasapp...mana tahu membantu. Enol just share je.
BalasPadamTips eh, baru td bagi Tips dekat Reza lepas balik PSA2017. Secara ringkas je lah k. Kalau nk detail, in sya allah, next entry or pm. Sebenarnya, nk score masa degree ni berbeza dgn zaman kita belajar di asasi/matrik or stpm. Bila sambung degree cara nk score tu ada caranya.
Khusus utk course ni. Perkara pertama mesti ikut apa yg lecturer nk. Cth;lecturer suruh ubah Layout design. Kita kena ubah. Kenapa perlu ubah. Sebab dkt sini lecturer nk tgk effort kita.
Secondly,jaga attitude. Hormat pensyarah. Ikut apa yg disuruh. Bezakan suasana di kelas dgn ketika presentation..means cara kita menjawab dgn lecturer demi mempertahankan idea kita...
Ketiga, usaha, usaha, usaha. Jangan pernah jemu nk belajar. Jangan sesekali rasa give up. Kalau rasa nk putus asa. Cuba igt mak ayah and igt usaha kita sebelum ni. Kita tk boleh lari dari kegagalan. Maybe kita akan banyak kali tersungkur ketika berjuang. So, setiap kali tersungkur, bangkit lagi. Until kita capai apa yg kita inginkan.
Last, tawakal and jaga rohani. Ni paling penting. Rasa tk perlu diterangkan lg. Mesti dah tahu kan.
Berkenaan soalan kedua. Semester ke-2. Kebiasaanya, ada 8 subjek termasuk subjek studio/major subject...All the best juniorπ
berapa eh syarat minimum pointer kalau dri stpm nak masuk kos ni??
BalasPadamBerdasarkan pengalaman sy. Tk ada syarat minimum pointer utk course ni. Tp kebanyakan rakan2 sy dpt 2.8 pun dapat. KALAU NK tahu lebih lanjut, boleh tanya guru kaunselor anda. Sebab saya takut, ad syarat baru diletakan ke atas course ini.
PadamNak selamat,PASTIKAN. Dapatkan 3.00 dan keatas.
Paling penting faiz. Pastikan anda pandai berkomunikasi utk ditemuduga. Kadang-kadang, pointer biasa2 je. Tp bila temuduga dia lepas... πππ. Pasti bolehππ
ok terima kasih..abg dulu time stpm ambik subjek apa?boleh say tau?
PadamOuh ye faiz. Sama2. Terima ksh juga kunjung blog saya.
PadamSy stpm dulu, ambil.subjek bm, seni, geo dan pengajiam am.π
Ouh ye faiz. Sebelum ini. Sy ada buat research kembali. Syarat minimum pointer course ni. 2.5...Tp.ini syarat sahaja, sepertimana sedia maklum. Nk selamat 3.00 ke atas...π
Padamouhhh 2.5 minimum..tq...sebenarnya sy dpt kos diploma perancang bandar ni utk sec intake punye and dalam masa sama sy dlm tingkatan 6 lagi...abg rasa yg mana lebih baik???sama ada pergi ke diploma atau pun stay di f6 ni??just nak mintak pandangan abg jer:)
PadamOuh. Ye. Sebelum tu. Nak tanya. Minat tak course ni?. Kalau betul2 minat boleh ambil diploma utk course ni. Kebiasaannya, pelajar dip akan lebih dari segi kekuatan teknikal dalam merancang sesuatu pembagunan.
BalasPadamTp, kalau nk ambil f6 pun boleh sebab lepas habis belajar. Boleh sambung juga course ni di peringkat degree. Sama situasi dgn saya. Saya dari f6.
Secara keseluruhan. Kalau betul2 minat. Ambil diploma..kalau nk releks2 sikit ambil f6. And then sambung degree course ni. Pada pandangan saya, utk betul2 kuasai bidang ini. Adalah lebih baik ambil dari peringkat diploma supaya ada 2 softskill yg faiz akan dapat. Iaitu dari segi teknikal dan Perancangan.
Pilihan di tangan faiz...ππ
ouh kos ni memang buat kita sibuk sangat eh???biasew nye kita akan sibuk dgn kerja yg mcm mne.....presentation ke apa
BalasPadamπ . Semua kos sibuk. Cuma dlm course ni. Cuma sibuk dia lebih kepada masa dan kerja...Tp kadang2 tu releks jugalah...Tp dapat sibuk mmg tk cukup tidolah..huhu...jgn risau faiz. Kena cuba...π
PadamKebiasaanya, course ni sibuk ketika buat kerja2 teknikal spt Pembuatan pelan, Perancangan idea, perancangan pembagunan...Kalau faiz nak tgk boleh lihat di Instagram kelas saya @cakrawalastudio_ dan juga instagram saya enol_bpm...kat situ faiz akan lihat pelan atau aktiviti yg kami buat....
asslam , emm sy ada dpt iv kos ni 28/4 ..so sabtu ni lahh..n im so nervous..selalu iv lisan ni diorang selalu tanya berapa soalan n susah takk :(
PadamWa'alaikumsalam... Ouh ye ke...Alhamdulilah. Tahniah. Selangkah kaki ke universiti.. Kalau tanya berapa soalan itu. Saya tak boleh katalah. Ia bergantung pada atas lecturer yang temuduga kita. Ia boleh jadi 2/3 soalan malah boleh lebih dari itu.
PadamKdg2 dia nak tengok sejauhmana kita mampu menjawab soalan yang diberikan. Confident lvel penting...
Insya allah, baca blog saya dan cari artikel2 yg lain... Usaha, doa dan tawakkal.. All the best...
Assalamualaikum..sy pelajar lepasan stpm..sy nk tny mmg course perancang bandar ni ada temu duga ke? sbb pilihan yg sy buat di upu x ada temu duga untuk perancang bandar..boleh sy tau universiti apa yg ada temu duga utk perancang bandar? dan blh sy tau course perancang bandar kebiasaanya berapa semester?
BalasPadamWa'alaikumsalam... Utk pengambilan UiTM dia ada temuduga. Berdsarkan pengetahuan sy, UTM tiada temuduga. Manakala bg UIA, UM, dan USM sy tak pasti. ... buat masa ni. UiTM. Jikalau diploma 3 tahun. Ad 6 semester. Manakala bg degree 4 tahun bersamaan 8 semester. Ini bagi UITM.
PadamUniversiti lain kebanyakan 4 tahun juga..
Salam bang saya student diploma bangunan kalau saya ambik degree in town planning ni boleh tak?
BalasPadam