Selasa, 14 Februari 2017

Kelebihan dan kelemahan Tingkatan 6 yang kamu perlu tahu.

Tingkatan 6
Kamu lepasan Spm?

Pening. Sama ada hendak menyambung pelajaran di peringkat Tingkatan 6, Diploma, Matrik atau Asasi?

Mana yang lebih baik?.

Keliru, serabut?

Perkara ini biasa berlaku bagi pelajar lepasan Spm.
Mana tidaknya, niat kian membuak-buak untuk melanjutkan pelajaran.  Lazimnya, pelajar akan mula sibuk memikirkan masalah ini.

Saya juga turut begitu. Pening, nak sambung Diploma, Tingkatan 6, Matrik atau Asasi?

Mana yang lebih sesuai dengan diri saya?


Saya ingat lagi, pada waktu itu, saya masih minat di dalam Bidang Perguruan. Yelah, ada niat nak jadi guru. 

Pada masa tu saya masih noob dan agak skema. Haha..

Alhamdulilah, saya diberikan bimbingan oleh guru saya pada waktu itu. Yang akhirnya keputusan saya ialah  menyambungkan pengajian saya ke Tingkatan 6. Alhamdulilah…Perjalanan saya dipermudahkan sehingga kini.

Ok, Niat saya untuk menulis artikel pada kali ini bukanlah untuk mengajak kamu semua agar masuk ke Tingkatan 6.

Tetapi saya hendak bagi kamu semua berfikir.

Mana yang lebih baik buat diri kamu?

Ingat!!!, lebih baik berdasarkan kesesuaian minat atau bidang yang ingin kita ceburi.
Ok...

Saya tambah lagi!

Artikel ini bukan ingin melaga-lagakan penuntut kesemua institusi.

Faham?

Haha…takut ada yang sentap!

Keputusan adalah di tangan kamu. Saya sebagai penulis hanya mampu memberikan jalan kepada kamu.

Baiklah,

Dalam artikel pada kali ini, Saya akan menyenaraikan KELEBIHAN DAN KELEMAHAN TINGKATAN 6. Penerangan yang saya akan berikan ini adalah berdasarkan pengetahuan dan pengalaman saya.

Moga kamu semua mendapat manfaat berkaitan artikel saya pada kali ini.
Mari, kita lihat, apa Kelebihan dan Kelemahan Tingkatan 6.

Tingkatan 6/Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia/Sijil Tinggi Agama Malaysia (STPM/STAM)

KELEBIHAN TINGKATAN 6

a) Tempoh pengajian 1 tahun setengah.
Masa yang singkat mempercepatkan proses pembelajaran
“Tempoh pembelajaran yang tidak terlalu lama akan membantu pelajar yang ingin cepat menyambung pengajian mereka di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Jika, diploma, kamu semua perlu menempuhi 3 tahun untuk menamatkan pengajian. 
Oleh itu, Tingkatan 6 merupakan salah satu institusi yang membantu kamu untuk cepat berada di peringkat Ijazah Sarjana Muda”.

b) Kos pengajian yang tidak terlalu tinggi.
Kos pengajian yang meningkat saban hari amat membebankan para pelajar
“Kos pengajian yang lebih rendah menyebabkan ia amat sesuai bagi kamu yang mempunyai masalah kewangan untuk menyambung pengajian. Kos pengajian di institusi ini hanyalah melibatkan yuran pengajian dan juga melibatkan kerja-kerja kursus”.

“Yuran pengajian ini adalah hampir sama dengan pelajar-pelajar arus perdana, Cuma ia agak sedikit tinggi. 

Tetapi jika ingin dibandingkan dengan diploma, ia lebih tinggi. Hal ini demikian kerana kos pembelajaran melibatkan kos pengajian, pakaian, kos sara hidup dan sebagainya. Kesannya, sesetengah pelajar perlu membuat pinjaman ptptn atau lain-lain pinjaman”. 

c) Pengajian dijalankan di sekolah-sekolah yang terpilih.

“Perkara ini akan memberikan pengalaman kepada kamu untuk mengenali sistem di sekolah yang lain. Selain itu, bagi pelajar yang berdekatan dengan sekolah ini.

Sudah tentu, akan memudahkan kamu untuk sekolah ini. Secara tidak langsung akan mengurangkan kos dari segi pengangkutan dan penginapan.

Tambahan lagi, kini Tingkatan 6 turut beroperasi secara berpusat.

Berpusat?

Begini, operasi ini yang telah dijalankan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dengan menempatkan pelajar-pelajar Tingkatan 6 berada di dalam satu pusat. Hal ini bermakna mereka akan mempunyai peluang untuk bertemu dengan ramai lagi rakan.
Smk Sri Bandar, Pontian, Johor
Sebagai contoh, SMK Sri Bandar, Pontian, Johor. Sekolah ini khas untuk pelajar Tingkatan 6 sahaja.
Oleh itu, jangan ingat, Tingkatan 6 hanya bergaul bersama pelajar-pelajar Arus perdana sahaja.

Kini mereka mempunyai sekolah mereka sendiri.

Tetapi sistem ini masih baru dilaksanakan dibeberapa buah sekolah, ia akan diperbanyakan dari semasa ke semasa."

d) Terdapat biasiswa kepada pelajar yang terpilih. Biasiswa terdiri daripada pihak swasta dan juga kerajaan.

“Ye, biasiswa. Bagi pelajar Tingkatan 6. Biasiswa turut disediakan oleh pihak-pihak tertentu. Biasiswa ini yang diberikan sepanjang tempoh pengajian menyebabkan pelajar tidak perlu melakukan pinjaman.

Saya sendiri turut menerima biasiswa ketika saya berada di tingkatan 6. Waktu itu, saya menerima Rm250 dalam masa 2 bulan. Lebih kurang gitu,lah. Untuk pengetahuan semua, saya mererima biasiswa dari pihak kerajaan.

Tetapi. Jangan risau, ada juga pihak swasta menyediakan biasiswa.

Ok.”

e) Sistem yang digunakan adalah hampir serupa dengan Universiti.

“Kini, Tingkatan 6 tidak seperti dulu. Tingkatan 6 pada masa kini telah mengamalkan sistem semester.

Ye, sama seperti universiti. Jadi kita tak perlulah bertungkus lumus ketika akhir tahun untuk menghadapi peperiksaan.

Nak dibandingkan dengan dahulu, sistem peperiksaan akhir dijalankan pada penggal ketiga pembelajaran. Hal ini menyebabkan pelajar agak tertekan menghadapi peperiksaan.

Selain itu, pembaharuan turut dilakukan oleh pihak pengajian tinggi dengan membenarkan pelajar-pelajar Tingkatan 6 untuk berpakaian bebas.

Pakaian ini ialah pakaian yang formal. Sama seperti pelajar-pelajar universiti yang lain. Cuma, perbezaannya, di Tingkatan 6 tidak lagi dibenarkan berpakaian kasual seperti pelajar universiti.

Akhir sekali, pembaharuan turut dilakukan dengan memperbaharui sistem tugasan dan juga modul latihan. Hal ini, juga turut dialami oleh saya. Mana tidaknya, saya merupakan 'batch' yang kedua berada di dalam sistem ini, maka saya sempat juga merasai bagaimana sistem ini dijalankan.

Jika dibandingkan di universiti. Saya merasakan sistem tugasan yang diberikan adalah hampir sama, terutama di dalam pembuatan kertas kerja dan juga kerja-kerja lapangan. Perbezaannya tidaklah ketara di antara universiti dan tingkatan 6.

Oleh itu, kamu tak perlu risau jika menyambung pengajian di tingkatan 6. Sebab sistemnya hampir sama dengan universiti.

Ok, faham?”

f) Peluang untuk masuk ke Universiti amat tinggi.

“Lepasan Stpm mempunyai peluang yang amat tinggi untuk menyambungkan pengajian di peringkat Pengajian Tinggi. Hal ini demikian kerana kouta yang disediakan oleh pihak institusi adalah amat tinggi.

Oleh itu, kamu semua tidak perlu risau dengan peluang untuk menyambungkan pengajian. Yang penting, jaga 'pointer', pastikan kamu semua mendapatkan 3.00 ke atas agar memudahkan kamu mendapatkan bidang yang kamu minati.

Kenapa 3.00 ke atas?,

kalau saya dapat 3.00 ke bawah?

Adakah saya berpeluang menyambungkan pengajian?

Jika kamu mendapat 3.00 ke bawah, kamu masih berpeluang menyambung pengajian.

Tetapi, peluang kamu amatlah tipis kerana perlu bersaing dengan pelajar yang lain. Bagi yang bernasib baik, kamu akan dapat menyambungkan pengajian di peringkat degree.
Jangan risau, sijil Stpm amat laku. Banyak lagi institusi yang bersedia menerima kamu.

Ok. Belajar betul-betul, ye.”

Seterusnya…

g) Tingkatan 6 setaraf dengan Diploma.

“Arhh…Ni yang penting. Sijil Tingkatan 6 ini adalah setaraf dengan diploma (A-Level). Hal ini akan membantu kamu dalam mendapatkan pekerjaan setaraf dengan lulusan diploma.

Untuk pengetahuan semua, sijil ini amat laku dinegara-negara yang mengiktirafnya. Sebagai contoh, sijil ini amat berguna jika kamu ingin bekerja di Singapura. Hal ini menyebabkan kamu akan mendapatkan pekerjaan yang lebih baik.”

Jadi, tak perlu risau,
jika kamu tidak dapat melanjutkan pelajaran kerana kamu akan dapat pekerjaan yang baik berdasarkan sijil yang kamu perolehi.

Insya allah, bergantung pada rezeki kamu…
Ok...

KELEMAHAN/KEKURANGAN TINGKATAN 6
Setiap institusi ada kelemahannya
a) Waktu pembelajaran adalah mengikut waktu sekolah.

“Urmm…Ni, lah yang malas. Nak bangun awal-awal pagi semata-mata nak pergi sekolah. Ye, lah. Sekolah akan mula melakukan sesi pembelajaran pada waktu 7.25 pagi.
Mengantuk bila bangun awal
Jadi, saya perlu datang awal. Jika di universiti, kebiasaanya kita akan memulakan sesi kuliah pada pukul 8.00 pagi, malah ada yang bermula pada pukul 10.00 pagi.

Nak diceritakan, di universiti jadualnya tidak terikat,

Ok. Namun ada kebaikannya juga, bila saya bangun awal. Sekurang-kurangnya saya dapat melakukan solat subuh di awal waktu.
Taklah seperti di Universiti. Kadang-kadang subuh gajah.

Hahaha…”

b) Kemudahan yang disediakan tidak setanding dengan kemudahan di universiti.

“Ye, ini lah perkara yang menjadi masalah kepada pelajar-pelajar Tingkatan 6.

Saya tidak menafikan, ada sekolah tertentu yang telah dinaiktaraf. Namun, terdapat juga sekolah-sekolah yang masih daif dari infrastruktur yang disediakan.

Hal ini amat menyukarkan pelajar-pelajar Tingkatan 6 untuk melakukan tugasan yang diberikan. Antara masalah yang menjadi masalah ialah kemudahan komputer, wifi dan juga infrastruktur pembelajaran.

Hal ini sedikit sebanyak akan menyukarkan para pelajar dan secara tidak lansung mengurangkan rasa minat untuk melakukan tugasan.

Tetapi,

Jika, kamu semua sanggup mengharungi kesusahan ini. Ia, akan membantu kamu untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Kerana, kamu akan cuba sedaya upaya menyelesaikan tugasan yang diberikan. Hal ini sedikit sebanyak membantu kamu ketika berada di universiti nanti.

Sama seperti saya dahulu…

c) Persekitaran yang terganggu dengan para pelajar.

“Perkara ini akan biasa yang kamu perlu alami ketika berada di Tingkatan 6, Mana tidaknya, kamu terpaksa bersama-sama pelajar arus perdana untuk belajar. Kadang-kadang kita akan terasa terganggu dengan sikap para pelajar arus perdana.

Urmm…Saya pasti, ada diantara kamu yang dilantik menjadi pengawas sekolah, malah ada yang menjadi ketua pengawas. Maka kamu terpaksa memikirkan masalah para pelajar. Kesannya, kamu akan terganggu dengan perkara ini.

Oleh itu, persediaan dari segi mental, fizikal dan rohani perlu diutamakan bagi memastikan kamu semua dapat membezakan masalah pelajar dan juga pelajaran. Perkara ini akan membuatkan kamu lebih matang daripada pelajar-pelajar arus perdana.

Kata, Mahsiswa Tingkatan 6.

Jadi, matang sikit ketika berfikir…”

d) DIKATAKAN rendah tarafnya.

“Inilah pemikiran masyarakat kita. Metang-metang Tingkatan 6 belajar di sekolah. Dikatakan pelajarnya rendah tarafnya. Perkara ini yang selalu meracuni para pelajar yang ingin melajutkan pelajaran ke Tingkatan 6.

Oleh itu, pemikiran inilah yang perlu dihadapi oleh para pelajar Tingkatan 6. Kamu akan dianggap  rendah tarafnya oleh masyarakat yang tidak berpegetahuan.

Kamu perlulah sentiasa cuba mempositifkan perkara ini. Sepertimana yang saya telah terangkan, Tingkatan 6 adalah setaraf Diploma (A-level).

Malah, ada kajian yang menunjukan bahawa peperiksaan Tingkatan 6  di Malaysia merupakan peperiksaan yang paling susah di asia tenggara.

Maka, kamu tak perlu hirau dengan orang yang ingin menjatuhkan semangat kamu.

Ok…faham…”

e) Agak sukar menyesuaikan dengan suasana di Universiti kelak.

“Urmm, hal ini bergantung pada seseorang itu. Adakalanya, ada pelajar yang mudah menyesuaikan diri di universiti. Dan adakalanya pelajar sukar untuk menyesuaikan suasana di universiti.

Berdasarkan pengalaman saya, pertama kali menjejakkan kaki di universiti. saya berasa bergitu kekok dengan suasananya.

Mungkin disebabkan saya duduk di rumah dan tidak pernah meninggalkan kampung. Oleh itu, ia membuatkan saya agak sukar menyesuaikan diri. Tetapi dari segi tugasan, ia tidaklah jauh berbeza dengan Tingkatan 6.

Oleh itu, saya sendiri ada masalah ketika mula-mula berada di universiti. Perkara ini dapat saya adaptasi selama 2 minggu, baru saya dapat suaikan suasana di sini.

Ok…”

PILIHAN DI TANGAN KAMU!!!

Setiap institusi itu mempunyai kelebihan dan juga kelemahannya. Sama seperti Tingkatan 6 dan juga insititusi yang lain. Minat, pilihan dan juga jurusan yang ingin kamu ceburi pada masa hadapan merupakan salah satu matlamat yang perlu kamu fikiri sendiri.

Ini tidak bermakna, saya memberitahu kamu kelebihan Tingkatan 6, kamu perlu masuk Tingkatan 6. Dan tidak bermakna juga jika saya menyampaikan kelemahannya kamu perlu menolak mentah-mentah untuk melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6.
Pilihan kamu, masa depan kamu
                              Pilihan di tangan kamu, kamu yang mencorakkan masa depan kamu.

Nasihat saya, tanyalah kemusykilan kamu kepada yang lebih pakar dan arif di dalam bidang ini, bagi memastikan kamu semua tidak menyesal pada masa hadapan.

Alhamdulilah, bagi saya Tingkatan 6 adalah pilihan yang tepat bagi saya. Hasilnya, saya sendiri kini melanjutkan pelajaran di Uitm di dalam bidang Perancangan Bandar dan Wilayah.

Oleh itu, fikir-fikirkanlah…

Pilihan kini di tangan kamu wahai sahabat sekalian..

Cukuplah artikel saya pada kali ini. jika ada sebarang cadangan, pertanyaan atau komen tentang penulisan saya. Sila komen di bawah. In sya allah, saya akan bantu sahabat sekalian berdasarkan pengetahuan saya.

Wasalam..

#BualPacakMalaya
#BualPacakBiarBerilmu




3 ulasan:

  1. amik subjek apa dulu? Dulu saya spm aliran sains kejuruteraan tapi result SPM tak cemerlang jadi saya dapat sains sosial , sambung t6 dapat sub PA, P.perniagaan , Eko , Sj , MUET . kalau nak sambung law atau business management bole ke ? takde sub matematik (M) tapi . Adakah sub math (m) wajib?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh amik Diploma Business Management tanpa ada math yang kredit. Cari kampus yang bekerjasama dengan Universiti Awam.

      Padam
  2. Apa subjek yg perlu diambik oleh pelajar stpm?

    BalasPadam