Selasa, 27 Februari 2018

Terliur beb!!! 5 video mukbang yang akan membuatkan anda terliur!!!

Pernah tak?

Apabila anda lihat orang makan, anda terasa terliur? Campur pula ketika itu. Perut anda kosong.

Rasa nak makan kan?

Pernah tonton video mukbang tak di youtube? Kalau belum pernah cuba tonton video di bawah.

---

Apa itu 'Mukbang'?

Kalau anda masih tidak tahu..Mari kita fahami serba sedikit tentang maksud mukbang...

Sebenarnya mukbang itu perkataan korea. Tahu tak korea kat mana? Pembohonglah kalau tak tahu. Ini mesti geografi failed. Haha

Mukbang (atau muk-bang) adalah bermaksud siaran audiovisual dalam talian di mana "tuan rumah" makan makanan dengan kuantiti yag banyak semasa berinteraksi dengan penonton mereka. 

Senang cerita. orang yang kuat makanlah. Cuma ia diterjemahkan melalui video dan memberikan sedikit penerangan. 

Ingat eh!!! video mukbang tak sama dengan video jalan-jalan cari makan.

---

Ouh ye...
 
Mukbang asalnya juga mula terkenal di korea pada tahun 2010. Maka, tak peliklah, jika anda buka video mukbang di youtube. Banyak orang korea...

Betul tak?  

---

Namun begitu, disebabkan ramai peminat korea di Malaysia mahupun di rantau asia tenggara sendiri. Budaya Mukbang ini terus berkembang pesat. Kalau kita lihat sahaja di youtube, kini banyak video-video yang telah dihasilkan.

Malas nak cerita panjang-panjang..Jom tengok video mukbang yang akan membuatkan anda terliur...

#1 Chicken Drumstik- ddeonggae



Video oleh ddeonggae ini pasti membuatkan kita semua rasa lapar.

Makan hampir 13 chicken drumstick. Haih...sedapnya. bunyi dia yang buat tak tahan tu. Kalau anda semua dihidangkan macam ini. Agak-agak boleh habiskan tak?

Kalau admin? Macam boleh..tapi time laparlah.

#2 Kimchi- mgain83- [Doroty]


Ok, kali ini...makan kimchi..Sapa peminat korea. takkan tak tahu kimchi kan. Makanan terkenal di korea.

Wanita korea ini yang menggunakan nama mgain83 ini banyak menggunakan youtube sebagai peluang merasai cabaran mukbang. Kalu lihat video di atas, selain keenakan rasa kimchi tu, bunyi yang dihasilkan ketika makan membuatkan kita rasa lapar.
---
Makan punya banyak. Haih...Admin pelik? macam mana dia kurus walaupun makan banyak. Cantik pula tu. haha.. 

#3 Samyang- tanboy_kun 

Dengan gelaran nama tanboy_kun. Salah satu mukbang dari indonesia. Sejujurnya admin follow dia ni. Bukan apa, senang nak faham dia review makanan. Lagipun, kalau anda tonton video tanboy_kun ini. Dia akan makan dengan kuatiti yang banyak. Satu lagi, video dia ini. Taklah bosan sangat.

Contonhnya, video di atas. MAKAN SAMYANG MALA (4 kali lebih pedas dari samyang biasa).. Urm... 7 pack bro. Admin makan samyang yang biasapun tercugap-cugap. Haih...

Matilah nak...Habis usus, haha

#4 KFC- neopeggie

Makan 6 fried chicken dan cheese tart. Ini betul-betul melantak namanya. Terliur beb!. Kalau tonton video ini. Confirm..macam nak pergi kfc...haha

#5 KFC- Kinoshita Yuka

Video yang menerima 8 juta tontonan ini adalah dihasilkan seorang wanita dari jepun iaitu Kinoshita Yuka ataupun dikenali sebagai yuka.

Video wanita ini kebanyakan extreme. Banyangkan makan 48 ketul ayam KFC. Makan sorang pulak tu. Agak-agak dia ni. 

Perut apa ye?

---
Inilah antara 5 pilihan video mukbang dari bpm. Sebenarnya, banyak video mukbang yang telah dihasilkan di youtube. cuma 5 pilihan ini yang menjadi pilihan bpm.

Agak-agak anda, mana yang anda rasa bila tonton video tersebut. Anda akan rasa lapar. Kalau boleh sekarang nak pergi dapur. Ambil seperiuk nasi. Cuba nak habiskan.
  
Ingat! jangan bahayakan diri anda sendiri.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan