Jumaat, 3 Februari 2017

5 Ciri-ciri sahabat yang baik di dalam hidup anda. Terkini!!!

Pada kali ini Z.A Mail malas nak berceloteh dengan agak panjang, yelah taknak bagi kamu semua bosan apabila saya banyak berkata-kata di dalam blog ini. Oleh sebab itu, harap kamu semua dapat membaca sehingga tamat penulisan saya pada kali ini. Perkongsian kepada rakan-rakan yang lain amat saya alu-alukan.
Ok, Pada kali ini, saya nak senaraikan 5 CIRI-CIRI SAHABAT YANG BAIK.

Perkenalan Hingga ke Jannah itu Amat Indah (Sahabat)

KENAPA SAYA NAK SENARAIKAN CIRI-CIRI INI?

Semua orang mempunyai kawan, teman mahupun rakan, tetapi ia belum tentu boleh dipanggil sahabat. Ada kawan yang berteman rapat, tetapi bila kita mengalami kesusahan, mereka tidak mahu langsung membantu kita. Ada juga yang MENCERITAKAN KEBURUKAN KITA kepada orang lain. Malah ada yang sanggup mengguna ILMU SIHIR untuk menjatuhkan kawan mereka sendiri.

Banyak lagi contohnya sebenarnya. Cukuplah contoh di atas untuk memberikan gambaran bahawa bukan mudah untuk mencari seorang sahabat.

Oleh itu, saya cuba untuk memberikan sedikit ilmu yang saya perolehi hasil daripada pembacaan dan pengalaman saya dalam mencari sahabat yang baik.

SEBELUM ITU, SAYA INGIN BERTANYA

Adakah ciri sahabat yang baik itu mesti kena dengan jiwa kita?

Adakah mesti yang kaya dan banyak harta?

Adakah mesti yang kacak dan cantik jelita?

ATAU mesti ada minat yang sama?

Baik, tanpa membuang masa, mari kita lihat apakah ciri-ciri sahabat yang baik untuk diri kita semua.


Jom baca…

PERTAMA: SAHABAT YANG BERILMU

Hal ini tidak bermakna orang tidak berilmu ataupun orang tidak berpelajaran tinggi tidak boleh dijadikan sahabat. Begini, saya bermaksud pilihlah orang yang sentiasa suka mempelajari ilmu, dengan kata lain ilmu yang baik-baik.
Ilmu Yang Baik Datang Dari Sahabat Yang Baik

Kebiasaanya, orang yang mempunyai keinginan yang tinggi dalam menuntut ilmu itu mempunyai daya tarikan yang tinggi dengan kejayaan dan ilmu. Jadi, apa salahnya jika bersahabat dengan mereka kita akan menerima tempias hasil daripada kejayaan dan ilmu yang mereka perolehi. Dengan sendirinya ia akan dapat membantu kita menjadi orang yang pandai.

Tak pandai banyak, Pandai sikit pon jadilah, kan.

Urm…Saya juga mempunyai pengalaman seperti ini, saya juga mempunyai ramai kawan yang lebih pandai daripada saya, namun hasil daripada kepandaian mereka ia dapat membantu saya dalam pelajaran. Hal ini secara tidak langsung membantu saya dalam pelajaran dan juga kehidupan saya. Alhamdulilah, kini saya mempunyai ramai sahabat yang berilmu disekeliling saya.

Saya juga teringat akan pesanan Nabi Muhammad:

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Perumpamaan seorang sahabat yang baik dan buruk adalah seperti seorang pembawa minyak wangi dan seorang peniup besi. Pembawa minyak wangi, sama ada dia memberikan minyak wanginya kepada kamu atau kamu membelinya daripada dia atau kamu terkena bauan yang wangi daripadanya. Manakala peniup besi itu, sama ada dia menyebabkan pakaianmu terbakar atau kamu mendapat bauan yang busuk daripadanya.”
(Riwayat al-Bukhari)

Ok. Fahamkan ciri yang pertama.

Mari kita baca ciri-ciri yang seterusnya.

KEDUA: SAHABAT YANG MEMPUNYAI SIFAT MALU

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Malu adalah sebahagian daripada iman, dan iman adalah di syurga”
(Riwayat al-Tirmizi)

Malu disini bukan bermaksud mereka yang malu untuk berkata-kata ataupun mereka yang malu untuk bergaul, tetapi malu di sini bermaksud malu dalam melakukan perkara-perkara yang mungkar. Orang yang mempunyai sifat ini adalah orang yang sentiasa beringat bahawa allah sentiasa memerhati perlakuannya. 

Sebagai contoh, kita berada di dalam pejabat ataupun di tempat kerja, kita pasti takut melakukan perkara yang tidak sepatutnya seperti bermain telefon bimbit, bersembang atau bermain permainan video. Hal ini kerana kita percaya bahawa boss kita sentiasa memerhatikan gelagat kita.
Apatah lagi jika pejabat boss kita berhadap dengan meja kita. Kita pasti sentiasa berwaspada.

Hidup kita ibarat mempunyai CCTV tanpa kamera. CCTV itu adalah malaikat yang sentiasa memerhatikan perangai kita.
Malu itu Biarlah Bertempat (Sumber:Muslimah Cantek.com)

Oleh itu, sifat malu perlu ada bagi seorang sahabat, namun malu itu biarlah berpada-pada… Ikutlah kesusaian suasana ataupun situasi kita.

PASTI kamu semua boleh fikir…

Apa yang saya nak katakan disini sifat malu daripada melalukan perkara mungkar amatlah penting bagi setiap sahabat.

Ok. Fahamkan?

Jangan malu-malu kucing pula bila orang bertanya…hehe

KETIGA: SAHABAT YANG BENCI KEZALIMAN

Sifat ini merupakan sifat yang amat penting bagi seorang sahabat. Hal ini demikian kerana orang tak suka pada kezaliman ini kebiasaanya orang yang tidak suka mencari gaduh ataupun bergaduh. Sebab mereka ini tidak suka dengan permusuhan dan juga kesakitan yang dialami oleh orang lain. Jika orang yang mempunyai sifat ini bersahabat dengan kita, maka kita akan dapat mengekalkan persahabatan kerana mereka tidak suka bergaduh.
Kezaliman itu Amat Menyakitkan
Urm..Tapi jangan pula kita ambil kesempatan terhadap mereka pula. Kita sebagai sahabat mereka perlulah sentiasa membantu dalam mengekalkan persahabatan yang mekar subur. Selalunya, orang yang mempunyai sifat ini adalah orang yang mempunyai hati yang lembut kerana mereka disalut dengan kasih sayang dan cinta.

Wuwuwu…berbahasa pula saya…hehe

Yang penting adalah jika kamu semua bersahabat dengan mereka, insya lllah jiwa kita tak kacau. Hehe
Tak percaya…cer lah cuba cari orang yang mempunyai sifat ini. Dalam hadis pun ada dinyatakan:

Rasulullah bersabda yang bermaksud:
“Seorang muslim adalah saudara kepada seorang muslim yang lain; ia tidak akan menzaliminya dan tidak menghinanya.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

 KEEMPAT: SAHABAT YANG TIDAK SUKA MENGADU DOMBA

Huhu…Yang ini susah?

Mana tidaknya bukan senang nak cari sahabat yang tidak mengadu domba ni. Zaman yang serba canggih ni macam-macam peragai manusia yang kita lihat dan antaranya adalah sifat mengadu domba ini.
Bahaya Mengadu Domba (Panca Creative Multimedia)
Oupss…Lupa..Kamu semua tahukan maksud mengadu domba ini?

Paling mudah untuk saya katakan kepada kamu ialah ‘report’. Urm, dah tahu keburukan seseorang itu dan kemudian menceritakan keburukan orang tersebut kepada orang lain.

Mana boleh macam tu.

Yelah, setiap orang itu tidak sempurna. Oleh tu, simpan jelah rahsia sahabat kita itu supaya tidak memalukan kawan kita. In sya allah, jika kita hilangkan sifat ini pasti kita akan dapat mengekalkan persahabatan kita.

Penekanannya di sini, orang yang baik ialah orang yang menutup keaiban sahabatnya.

KELIMA: SAHABAT YANG BERPEGANG PADA JANJI

Berpegang pada janji adalah satu sifat yang sukar untuk dilakukan oleh kebanyakan manusia.

Kita berjanji bukan setakat sahaja berjanji pada manusia tetapi dengan allah. Begini jika seseorang itu sukar untuk mengotakan janjinya kepada allah, apatah janji kepada manusia.

Saya ada terbaca bahawa:

Rasulullah s.a.w bersabda:
“Tiada keimanan bagi orang yang tidak amanah, dan tiada agama bagi orang yang tidak berpegang pada janji.”
(Riwayat Ahmad dan Ibn Hibban)

Jika orang tidak berpegang pada janji ini bersahabat dengan kita, pasti orang begini sukar untuk membawa kita mengikut perintah dan bertakwa kepada allah s.w.t.

Ya, saya yakin bukan mudah untuk dilaksanakan, ia termasuklah diri saya. Kadang-kadang itu saya pun gagal mengotakan janji saya pada rakan-rakan saya. Namun, apa salahnya jika kita cuba untuk memperbaiki diri kita dengan mengotakan janji kita kepada semua sahabat kita.

Yang penting janji itu mestilah mengikut syarak. Ok…
Mengotakan Janji Dengan Sahabat Adalah Yang Terindah

WAHAI SAHABAT SEKALIAN,

Sebenarnya banyak lagi ciri-ciri seorang sahabat yang baik untuk saya berikan kepada kamu semua, tetapi ini adalah antara ciri yang terpenting. Saya yakin, mungkin ada salah satu ciri di atas yang menepati ciri sahabat kamu. In sya allah, mari kita semua ambil manfaat hasil daripada penulisan saya ini. Moga ciri-ciri yang saya senaraikan di atas dapat memberikan sedikit panduan kepada kamu untuk mencari sahabat yang baik.

Jika ada kesalahan di dalam artikel pada kali ini, sila komen di ruangan di bawah. Saya turut mengalu-alukan kamu semua memberikan pandangan dan cadangan berkaitan isu ini.

Moga kita bertemu di lain hari.
                                                                                                                                                Wassalam...

#BualPacakMalaya
#BualPacakBiarBerilmu.


5 ulasan:

  1. terbaik!! semoga ada ciri-ciri tersebut dengan kawan-kawan kita.:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin..In sya allah...Terima kasih eyra bah..kerana mengunjungi blog saya...aka hana..haha
      Mohon Share

      Padam
  2. Harap harap dpt kawan yg baik baik sahaja

    BalasPadam