ALHAMDULILAH dapat juga saya membuat blog ni…yelah nak sampaikan dakwah mahupun ilmu ini
perlukan medium yang luas dan benar dalam memastikan maklumat yang disampaikan
dapat dimanfaatkan oleh kalian semua.
Bila nak diceritakan,
saya nak buat blog ni sebenarnya bermula dengan angan-angan…mana tidaknya semua
orang mahu sampaikan ilmu, tapi terlalu takut untuk sampaikan. Namun saya tidak
mahu menjadikan angan-angan ini sebagai angan-angan kosong tapi mahu menjadi
angan-angan yang terlaksana…
Saya juga tidak
mahu juga digelar sebagai orang berangan-angan kosong dan sentiasa dimurkai
oleh allah disebabkan perbuatan ini…Allah berfirman;
“Mereka menyeru orang-orang beriman:
Bukankah kami bercampur dengan kamu, orang-orang beriman menjawab: “Benar! Akan
tetapi kamu membinasakan diri kamu dan kamu telah menunggu-nunggu, dan kamu
pula ragu –ragu serta kamu diperdayakan dengan angan-angan kosong, sehingalah datangnya maut yang ditetapkan
allah..”
(Surah
al Hadid 57:14)
Oleh sebab itu,
saya taknak main terjah je dalam alam blog ni, silap hari bulan mati katak
dalam gaung tu…Ada kaitan ke???... Urm…Nak membebel panjang-panjang pon korang
malas nak dengarkan…
Apalagi, kita
fokus pada tajuk kita pada kali ini…
Untuk entri kali ini saya ingin menceritakan
berkaitan isu berangan…bukan buah
berangan, tapi angan-angan. Pasti kalian semua mempunyai angan-angan, tidak
kiralah ia besar atau kecil. Betul tak?. Saya akan senaraikan angan-angan yang
sering bermain di minda kita:
1) Perkahwinan
2) Pekerjaan
3)
Cita-cita/Impian
4)
Kekayaan/Kejayaan
Itulah serba
sedikit yang saya boleh senaraikan. Berangan ataupun angan-angan tidaklah
menjadi masalah jikalau kita menjadikan ia sebagai matlamat dalam kehidupan
kita. Namun ia juga boleh membinasakan kita, jika kita lalai ataupun
menimbulkan perkara yang negatif ketika berangan.
Oleh sebab itu,
jikalau kita hendak berangan tu perlulah diketatkan dengan matlamat…ikat
mati sikit matlamat tu geng…bukan simpul reben, memang terburailah
jawabnya…Tetapkan matlamat tu, sambil itu, korang perlulah Usaha, barulah dapat
hasilnya…
Kita pasti
pernah dengar cerita rakyat Mat Jenin
kan, kalau dilihat pada situasi mat jenin tu, dia bukan mati kerana berangan,
tetapi disebabkan dia berangan di tempat yang salah..
Bayangkan…jikalau
kita berangan di atas pokok, tentulah situasi itu akan membahayakan kita, namun
jika kita berangan di tempat yang sesuai, sudah pasti ia akan memberikan manfaat.
Janganlah kita
hanya berharap pada angan-angan semata-mata memang mati keringlah jawabnya…bagi
memudahkan korang hadam perkara yang hendak saya sampaikan, saya akan senaraikan
turutan yang boleh kita lakukan dalam mengapai angan-angan kita…In sya allah,
moga bermanfaat….
1) Berangan/angan-angan
a) Semasa
berangan, di situlah kita perlu pasangkan niat supaya kita dapat capai matlamat
tersebut. Angan-angan itu perlulah yang dapat memberikan manfaat kepada kita,
bukannya memberikan mudarat kepada kita. Sebagai contoh, jika kita berangan
hendak dapat straight A dalam Spm, ini adalah salah satu angan-angan yang baik
kepada kita kerana ia mampu memberikan manfaat kepada kita…Barulah berkat geng…bukanya
berangan nak dapat LOTTERY…Memang nerakalah jawabnya…huhuhu, jangan Sentap…Saya
hanya mengunakan istilah yang mudah bagi memastikan kita sama-sama memahaminya…
2) Matlamat
a) Selepas kita
sudah pasang niat tu, barulah kita kuatkan ia menjadi matlamat, hal ini akan
menjadikan kita mudah untuk mengejar impian kita tu. Matlamat perlulah relevan dan
boleh dilaksanakan bukannya perkara yang mengarut ataupun perkara yang
negatif…In sya allah, matlamat kita akan mudah jika ia perkara yang baik.
Tetapkan matlamat kita dan jadikan ia sebagai azimat untuk memastikan kita
dapat mencapainya. In sya allah…jika ia perkara yang baik, sudah tentu ia akan
dimakbulkan allah.
3) Usaha
a) Usaha… Ia
merupakan perkara yang sukar sekali dilaksanakan memandangkan ia memerlukan
tenaga kudrat dalam kita mencapainya…Usaha perlukan pengorbanan dan ia perlulah
dilaksankan secara konsisten dalam memastikan kita dapat mencapai matlamat
kita…Justeru, kita perlu mengubah diri kita bermula dari dalaman kita…hal ini
demikian kerana…Dalaman kita merupakan enjin utama yang perlu digerakan dalam
mengerakkan fizikal kita…Oleh sebab itu, kita mesti melaksanakan usaha dengan
bersungguh-sungguh dalam memastikan kita dapat mencapai hajat kita.
4) Doa
a) Perkara yang
sering diulang-ulang sehingga korang rasa bosan bila mendengarnya…namun ini
perkara yang perlu dilakukan selepas kita berusaha. Hal ini kerana kita bergantung kepada allah, rezeki yang
kita perolehi ini semua datangnya dari allah. Kita tidak mampu dan berkuasa
dalam menentukan rezeki kita pada masa depan. Oleh sebab itu, saya amat
menggalakan korang semua berdoa selepas berusaha…tidak kiralah ia doa pendek
ataupun panjang dan sekurang-kurangnya al-fatihah…in sya allah apa yang kita
usahakan itu pasti membuahkan hasil…
Secara
konklusinya, angan-angan merupakan salah satu proses utama dalam mencapai
matlamat kita. Oleh sebab itu, ia amat penting dalam proses kita menuju
kejayaan dan ia mampu menjadi pencetus inspirasi dalam kita mengapai sesuatu
matlamat itu. Perkara yang penting disini ialah jangan jadikan angan-angan kita
sebagai angan-angan kosong yang memudaratkan kita namun kita perlu menjadikan
ia sebagai perkara yang realiti.
Itu sahaja perkongsian untuk kali ini…Amat
penting untuk saya tekankan iaitu mungkin ada beberapa maklumat yang saya tulis
ini mungkin boleh diikut ataupun tidak boleh diikuti. Moga perkongsian pertama ini bermanfaat untuk kita
semua…
“Bual pacak, biar berilmu” #BualPacakMalaya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan