INSPIRASI Z.A MAIL
Di
dalam usaha saya menyampaikan dakwah saya melalui penulisan, saya cuba membantu
memuhasabahkan diri saya dan diri anda semua melalui kisah yang akan dikarang.
Saya a inidengan rendah diri, mengakui bahawa penulisan saya ini masih muda dan
perlu di olah dengan baik. Selain itu, saya juga mengakui, saya bukanlah
pelajar lulusan agama secara tetap. Saya hanya pelajar biasa seperti saudara di
luar sana yang sentiasa bergelumang dengan dosa dan noda. Kita hanya dibekalkan
dengan ilmu yang sedikit untuk melawan api syaitan yang sentiasa mengambil
peluang terhadap kita. In sya allah, penulisan ini secara tidak langsung dapat
mentarbiahkan diri saya dan juga mampu membentuk diri kita yang hina ini.
Ya…saya
yakin saudara semua di luar sana inginkan suatu perubahan di dalam diri kita
tetapi tidak mampu untuk melakukan perubahan. Hati kita yang dipenuhi
bintik-bintik dosa menyebabkan kita rasa amat sukar untuk membersihkannya.
Namun begitu, peluang dan harapan kita semua masih terbuka luas, selagi pintu
taubat masih terbuka, sudah tentu peluang untuk kembali juga masih terbuka. In
sya allah. Oleh hal yang demikian, saya mengalu-alukan komen dan teguran
daripada saudara semua dalam sama-sama membentuk diri kita dan juga
meningkatkan mutu penulisan saya.
Tanpa
ingin berbual panjang melalui penulisan saya ini, mari kita sama-sama
menghayati kisah pertama saya di dalam blog ini bagi menghiasi perjuangan Nabi
Muhammad S.A.W.
KISAH ZAINUDDIN 1
SUASANA
yang riuh rendah menguasai ruang-ruang Masjid Puncak alam. Kerlipan lampu neon,
percikan air penyaman udara yang sentiasa membasahi pipi dan bahagian muka
Zainuddin membuatkan ia selesa berada di masjid itu. Mana tidaknya keindahan
masjid itu yang membuatnya terpesona dengan kebijaksanaan manusia yang mencipta
sesuatu, namun Zainuddin percaya bahawa sebaik-baik pencipta adalah allah
S.W.T. Zainuddin melangkah dengan tenang sambil menanti azan yang kian habis
bacaanya. Terasa sayup dengan keindahan bilal melaungkan azan. Perkataan
“Lailalha illaallah” mengemakan keadaan masjid diselangselikan jawapan dari
para jemaah yang hadir pada malam itu.
Selesai azan dia duduk sambil menanti Jemaah lain menyelesaikan solat sunat rawatib isyak. Ketika Zainuddin sibuk berlayar dengan lamunannya dia tersentak dengan gelagat anak kecil yang berusia lingkugan lapan ataupun tujuh tahun. Tarikan itu membuatkan dia ingin melihat keletah anak ini yang bersemangat untuk ke masjid untuk melakukan solat fardhu dan juga solat sunat.
“Subhanallah,
bagusnya si ayah membawa anak kecil ke masjid”. Terdetik hati kecil Zainuddin.
Ya, Zainuddin yakin dan percaya ada segelintir anak ibubapa membawa anak mereka ke masjid untuk mengajar anak mereka untuk solat berjemaah. Oleh sebab itu, dia amat tertarik kepada ibubapa yang sering berusaha mendidik anak mereka untuk menuju jalan yang lebih baik. Walaupun begitu dia juga tidak juga menafikan ada segelintir ibubapa melarang anak mereka ke masjid kerana takut anak-anak tersebut menganggu Jemaah yang lain.
Zainuddin
terus memerhati anak kecil, sambil ia masih bermuhasabah dengan dirinya
berkaitan ibupa membawa anaknya ke masjid. Bagi zainuddin, kanak-kanak ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri .
“Subhanallah”.,Zainuddin
tak henti-henti bertasbih melihat anak kecil disebelahnya.
Dia
terus bermain dengan perasaannya, zainuddin seolah-olah bertanya dengan hati kecilnya.“Walaupun
aku masih bujang, namun gelagat anak kecil ini amat menyentuh hatiku”.
SOLAT SUNAT TAUBAT ATAU TAUBUAT?
Kisahnya bermula apabila abangnya
melakukan solat sunat 2 rakaat. Si adik bertanya kepada ayahnya.
“Abang sembahyang apa ayah?” si adik bertanya dengan penuh keingginan.
Ayahnya
menjawab “Abang tengah solat sunat isyak adik” jawab ayah yang mahu menjelaskan
kepada anaknya yang masih kecil dan kurang pengetahuannya.
“Kenapa
abang tak buat solat taubat ayah” jawab si adik.
“Abang
buat solat sunat isyak adik, bukan solat sunat taubat” jawab si ayah dengan
nada yang agak sedikit tinggi.
Si
anak menjawab “Habis , ayah kenapa tak buat solat sunat taubuat, ia baikan ayah?”.
Si
ayah tersentak dengan soalan yang diajukan oleh anaknya yang masih kecil.
Soalan tersebut membuatkan si ayah menjawab dengan penuh sabar walaupun ia
mengetahui perkataan “Taubuat” membuatkan dirinya tersentak. Zainuddin yang
berada di sebelahnya juga turut tersentak dengan jawapan yang membuatkan dia
terfikir.
Si
ayah yang menjawab “ Adik! Solat sunat taubat adik, bukan taubuat. Solat sunat taubat ini untuk kita memohon keampunan dari
allah SWT”.
“Ouh, ye ke ayah” si anak senyum sambil meneruskan gelagatnya sebagai anak kecil yang inginkan kebebasan.
Sambil menanti Jemaah lain menhabiskan rakaat terakhir mereka, zainuddin berfikir sejenak perkataan seorang anak kecil yang baru mahu mengenali dunia ini dengan perkataan yang tajam menusuk jiwanya iaitu “Taubuat”. Dia sedar bahawa kita sibuk menambahkan amal ibadat di bulan ramadhan terutama solat-solat sunat yang lain. Namun selepas ramadhan pergi meninggalkan kita, kita juga turut meninggalkan amalan tersebut tanpa ada rasa bersalah. Sedangkan kita telah melakukan perkara yang baik ketika ramadhan tiba.
TARBIAH DIRI
Berdasarkan
kisah Zainudddin tersebut kita dapat simpulkan bahawa kita hanya mampu “tahu
buat” ibadat ataupun solat-solat sunat pada bulan ramadhan, namun
apabila di bulan-bulan yang lain kita hanya mampu melakukan sedikit solat sunat,
malah yang menyedihkan ada juga yang tidak menunaikan solat fardhu. Itulah
kehidupan masa kini, sukar bagi kita untuk melakukan sesuatu secara konsisten
apabila melakukan sesuatu ibadat itu.
Saya
juga tidak mengatakan anda sahaja namun pada saya juga. Kehidupan kita yang
fasik ini menyebabkan kita sentiasa melakukan amal ibadat itu secara
CELUP. Dalam kata lain, kita hanya mampu melakukan sesuatu itu pada
luaran tetapi bukan daripada dalaman kita. Subhanallah, bertapa
teruknya diri kita saudara, kita diibaratkan melakukan amalan yang sia-sia
kerana kelalaian kita dalam melakukan amal ibadat.
Ya…walaupun allah yang menentukan amal ibadat kita diterima ataupun tidak namun sudah tentu allah lebih melihat kita apabila kita bersungguh-sungguh dalam melakukan amal ibadat dan konsisten dalam amalan tersebut. Oleh sebab itu, ia amat merugikan diri kita di sepanjang bulan ramadhan jika kita melakukan amal ibadat itu dengan sia-sia.
Bagi mendidik diri kita ini, keazaman dan keinsafan amat penting dalam memastikan kita sentiasa beristiqamah dalam melakukan amal ibadat. Walaupun ia perkara yang amat sukar, namun ia merupakan salah satu cara yang mampu mendidik jiwa kita melalui dalaman kita. Selain itu, sifat ikhlas juga merupakan kunci utama dalam kita berjuang untuk merubah diri kita kepada kearah kebaikan. In sya allah…
Ini
sahaja perkongsian saya pada kali ini, insya allah bagi artikel yang akan
datang saya akan kongsikan bagaimana kita hendak beristiqamah dalam melakukan
ibadat. Moga perkongsian kerdil ini mampu memberi sinar kecil kepada hati kita
semua…
Ingat!!!
“Bual Pacak, Biar Berilmu”
#BualPacakMalaya
*Pendapat dan perkongsian di atas
adalah berdasarkan pemahaman penulis dan juga pengalaman yang dialami beliau.
*Sebarang teguran amat digalakan bagi
meningkatkan ilmu dan juga mutu penulisan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan