Ahad, 24 September 2017

Planning Student Assembly 2017, UiTM Seri Iskandar Perak. Sekadar Memori Manis yang Terpalit (Part 1)



Assalamualaikum, rasa sudah lama tidak berkarya di medan ini. Kesibukan serta tahap kemalasan yang tinggi menyebabkan blog ini hanya dilihat pada hari-hari tertentu sahaja. 

Baiklah, kali ini saya ingin menukilkan serba sedikit pengalaman saya sepanjang saya menyertai satu program yang amat berkait rapat dengan profesion saya iaitu Planning Student Assembly.

Sebelum saya menceritakan dengan lebih lanjut pengalaman saya, Adalah lebih baik, jika saya menerangkan serba sedikit program Planning Student Assembly ini. Mana tidaknya, pasti ada diantara anda kurang familiar dengan program ini, malahan saya juga beranggapan bahawa ada di antara kamu yang tidak mengetahui apa itu Planning Student Assembly. 

#Planning Student Assembly/Perhimpunan Pelajar Perancang
Logo Planning Student Assembly 2017, UiTM Perak
Planning Student Assembly ialah merupakan salah satu program tahunan yang diadakan setiap 2 tahun sekali. Program ini diadakan bagi mengumpul semua mahasiswa serta mahasiswi daripada semua university tempatan dan juga antarabangsa dalam bidang PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH. Anda pasti telah sedia maklum bahawa antara universiti yang menwarkan bidang ini ialah UTM, UiTM Puncak Alam, UiTM Seri Iskandar, UIA, UM, USM dan POLIMAS. Unversiti awam ini akan dikumpulkan di dalam satu universiti bagi berkongsi pandangan serta idea dalam aspek perancangan di Malaysia mahupun antarabangsa. 

Untuk pengetahuan semua, program ini juga mendapat perhatian universiti-universiti antarabangsa untuk turut terlibat. Pada kali ini, Universiti Pakuan, Bogor, Indonesia menghantar wakil mereka bagi melibatkan diri dalam program ini. Terdapat 2 orang wakil dari universiti ini yang mana seorang lelaki dan seorang perempuan. Secara keseluruhan seramai 200++ mahasiswa/mahasiswi terlibat di dalam program yang dijalankan selama 5 hari ini.

Seperti PSA sebelum ini yang dijalankan di POLIMAS, program ini juga membawakan temanya yang tersendiri iaitu:
"Beyond Green Knowledge"

Secara totalnya, program ini mempunyai nilainya yang tersendiri bagi membawakan satu matlamat baru kepada setiap mahasiswa yang terlibat. Setiap aktiviti yang dijalankan ketika proram ini berlangsung akan berkait rapat dengan tema yang dibawa. Hal ini akan memberi satu lembaran baru buat mahasiswa dalam megembangkan idea mereka bagi menghadapi aspek perancangan di Malaysia.

#Tentatif Program
 
Seperti yang sedia maklum bahawa program ini dijalankan selama 5 hari. Oleh itu, tentatif program telah disusun oleh pihak penganjur iaitu pihak UiTM Seri Iskandar. Segala susunan tentatif adalah seperti rujukan di bawah:
 
Tentatif Program PSA 2017
Secara keseluruhannya, setiap hari dan setiap masa telah disusun dengan baik oleh pihak penganjur. Dengan bermulanya persiapan model, acara perasmian sehinggalah hari penutupan. Aktiviti yang dijalankan juga memberikan sedikit peluang kepada mahasiswa dalam bergaul antara satu sama lain dalam aktiviti yang tertentu terutama aktiviti yang melibatkan kumpulan dan kerjasama. Taklimat mengenai "green development" turut dibawakan oleh pihak penganjur dalam memberi input kepada mahasiswa dalam membantu mereka memahami dengan lebih lanjut berkaita aktiviti pembangunan di Malaysia. 

#Perjalanan 1, (2 Minggu) (UiTM Shah Alam)

Haihhh, tengah cuti semester, tiba-tiba ke balik universiti, inilah perasaan ketika mula-mula apabila tahu terpilih mewakili UiTM Puncak Alam untuk kali ini. Siapa yang rasa sedih kan. Dahlah habis exam lambat, kena pula orang balik awal untuk persiapan sebelum PSA. Huhu

Rasa malas terasa seperti menguasai diri daripada hati sehinggalah menyerap keseluruhan badan. Haih, mengeluh tak tentu pasal…Apapun perkara dah berlalu, saya pun malas nak bercerita panjang lebar tentang keluhan saya.

Baiklah, sebenarnya, sebelum program ini berlangsung. Kami semua dikehendaki berkumpul di UITM Shah Alam untuk membuat sedikit persiapan. Persiapan ini merangkumi beberapa perkara iaitu seperti Proses menghasilkan ‘Layout Plan’, Master Plan, Model dan juga persiapan untuk lakonan teater.
Model Yang Telah disiapkan (Segaja Ditutup)



 
Ketika Ingin Bertolak Daripada FSPU Shah Alam

 
Wakil FSPU, UiTM Puncak Alam (Bachelor of Town and Regional Planning), Seramai 30 orang wakil
 
Wakil Cakrawala Studio, dari kiri afiq, izzah, nina, jelwin, bawah: enol (Saya)
#Perjalanan 2 (Hari Pertama, UiTM Perak, 14.8.2017)

Ok, sepertima yang sedia maklum. Program ini bermula pada 14.8.2017 bersamaan hari isnin. Kami daripada Shah Alam bertolak lebih kurang pukul 3.00 petang. Kami semua tiba di UiTM Seri Iskandar lebih kurang 5.30 petang. Alhamdulilah, perjalanan kami lancar dan tidak ada banyak halangan yang perlu kami harungi.

Saya yang pada waktu pertama kali menjejakan kaki ke UiTM SI amat teruja memandangkan saya inigin bertemu ramai rakan-rakan dari pelbagai Universiti di seluruh Malaysia. Ketika kami sampai di UiTM S.I kami telah disambut oleh beberapa urus setia dari pihak pengurusan dan kami juga diberikan beberapa cenderahati dan 2 helai pakaian yang akan digunakan ketika hari 3 dan ke-4.

---

Pada malam tersebut, kami dikehendaki oleh urus setia untuk mendengar taklimat di dewan Seri Iskandar. Saya dan rakan-rakan SALAM (Shah Alam), kebetulan bergerak lewat dan kami hanya berjalan kaki untuk ke Dewan S.I (Seri Iskandar).

Apa lagi, laju sikit jalan. Hahaha…Paling kelakar malam tu. Kami sampai, taklimat dah habis diberikan. Nak buat macam mana, nak kecewa, macam dah terlewat. Maka kami ambil keputusan untuk ‘Set Up’ Model.

Latihan Bagi Teater (Avengers: Green Development)
Untuk pengetahuan semua, pada hari pertama. Kami semua dikehendaki untuk membuat persiapan bagi pertandingan model yang akan dijalankan pada hari selasa. Tanpa membuang masa, beberapa rakan saya, melakukan sedikit persiapan.

#Perjalanan 3 (Hari Kedua, 15.8.2017)

Urm, hari ketiga. Permulaan bagi segalanya. Kami semua dikehendaki untuk berkumpul di Dewan S.I pada pukul 9.00 pagi. Berdasarkan tentatif yang telah ditetapkan, kami semua diwajibkan untuk solat berjemaah di masjid serta melakukan senam aerobic pada pagi tersebut. Namun, memandangkan kepenatan masih menguasai diri kami. Semua pelajar SALAM (Shah Alam) tidur lagi. HAHA…

Jangan risau, sempat solat subuh. Cuma tak pergi senam aerobik pagi tu. 

Disebabkan kami tak pergi senam aerobik. Kami ambil keputusan untuk mandi dan bersiap. 

---

Pada pukul 9.00 pagi, Dewan S.I telah dihadiri beberapa tetamu kehormat untuk acara perasmian pada pagi tersebut. Jika tidak silap, program ini dirasmikan oleh Timbalan Dekan FSPU S.I. Maaf, lupa…Maklumlah, tak fokus. Kepala asyik menerawang kesan daripada ‘BUNGA-BUNGA’ yang ramai di Dewan S.I. 
Acara Perasmian PSA2017, UiTM Perak
 ---

Selepas acara perasmian kami ke acara yang seterusnya iaitu Forum “Green Growth & Sustainable Development”. Beberapa panel telah dijemput bagi memberikan sedikit perkongsian kepada kami. Antara panel yang hadir ialah TPr Hajjah Rokibah binti Abdul Latiff, Timbalan Ketua Pengarah Pembagunan JPBD, Datin TPr Hajjah Mazrina binti Dato’ Abdul Khalid, Setiausaha Kehormat Malaysian Institute of Planner dan Professer Ir. Dr. Muhd Fadhil bin Nuruddin, dari Universiti Teknologi Petronas. Sepanjang forum ini berlangsung kami semua menerima beberapa input yang boleh digunakan dalam kehidupan kami.

Secara keseluruhan, forum ini mendedahkan kami bagaimana setiap pembagunan yang berlaku di Malaysia dapat menerapkan ciri-ciri ‘Green’ pada setiap rancangan yang ingin diatur. 

---

Makan Tengahari…

Kira-kira jam 2.30 petang, kami semua berkumpul di Dewan SI bagi medengar sedikit Taklimat daripada MIP. Hahaha. Petang tu, memang agak mengantuk, tak tahu kenapa.

Tapi alhamdulilah, taklimat dari MIP ni diterangkan secara santai. Tambahan lagi terdapat beberapa invididu yang saya telah kenal. Jadi tak jadi masalah bagi saya. Secara total, taklimat ini memberikan sedikit gambaran rangka kerja serta carta organisasi di MIP.

Untuk pengetahuan semua juga, sepanjang program ini berlangsung. Kami semua berpeluang untuk mendaftarkan diri sebagai ahli MIP. Maka, sesiapa yang tak berdaftar lagi, bolehlah daftar.

---

Acara petang nil ah yang menjadi tumpuan kami semua. Sebab apa?. Ye, pertandingan model yang bertemakan ‘Green Development’. Jadi, kami amat teruja untuk mempamerkan model yang telah dihasilkan. Dalam hati, memang niat nak jadi juara…Jadi, memang kami cuba yang terbaik untuk pertandingan model ni.
Model Dari Universiti Sains Malaysia (Juara)
 
Model Universiti Teknologi Mara Puncak Alam, Cawangan Selangor, (Naib Juara)
Model Universiti Teknologi Malaysia
Model Universiti Malaya
Model Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Model Universiti Teknologi Mara Seri Iskandar, Cawangan Perak
Model Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS)
--- 
                                                                                                 
Malam kedua, kami berkumpul kembali di Dewan S.I. Malam tersebut beberapa aktiviti telah dijalankan. Antara yang menarik, kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut nama yang telah disenaraikan sebelum ini. Mala mini juga lah saya mengenali beberapa rakan-rakan baru dari Universiti yang lain. 

Ouh ye, saya berada pada kumpulan LDK2…


Kumpulan LDK 2, diketuai Nami dari USM
Nak tahu sambungan hari ketiga? Sebenarnya terpaksa sambung pada next entry sebab banyak gambar nak diupload. Maka nantikan ye...

Tunggu sambungannya, ok...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan