Rabu, 29 November 2017

Planning Student Assembly 2017, UiTM Seri Iskandar Perak. Sekadar Memori Manis yang Terpalit (Part 2)

#Perjalanan 4, (16.8.2017)

Hari keempat program, aktiviti ‘Amazing Race’. Dalam aktiviti ini, kami berpeluang untuk melawat atau meninjau beberapa kawasan yang menarik di Perak khususnya di Seri Iskandar. Antara tempat yang menjadi ‘checkpoint’ kami ialah Kallie Castle, Taman herba, Labu Sayong Seri Iskandar, Street Art SIBC Seri Iskandar dan Tasik UiTM Seri Iskandar. Setiap tempat yang kami lawati ini, kami dikehendaki untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan. Setiap tugasan yang berjaya akan diberikan markah atau kad hijau, manakala jikalau salah kami akan menerima kad merah. Apa yang menarik ketika aktiviti ini, kami semua amat gembira, santai dan agak perlahan dari segi menyelesaikan sesuatu tugasan. Disebabkan terlalu santai, kami mendapat tempat terakhir. Hahahaha

---

Disebabkan tiba awal di Seri Iskandar, kami diberi peluang oleh pihak urus setia untuk menjalani latihan di atas pentas Dewan Seri Iskandar. Setiap Universiti diberikan masa selama 1 jam bagi setiap latihan tersebut. Memandangkan kami berada di kumpulan yang terakhir, maka kami diberikan peluang untuk menjalani latihan pada pukul 5.00 petang.

---

Malam yang dinanti, mana tidaknya. Setiap university dikehendaki memperagakan lakonan masing-masing. Macam-macam gelagat saya dapat lihat pada malam itu. Ada yang diconteng muka dan ada juga yang sibuk menghafal dialog. Haha…Pada malam tersebut kami membawakan watak “Avengers” dengan tema ‘Green Development’.

#Perjalanan 5 (17.8.2017)

Hari kelima kami berada di PSA2017, selepas sarapan pagi di di dewan makan. Kami semua bertolak menaiki bas untuk ke Pantai Pasir Panjang, Segari, Manjung, Perak. Aktiviti di segari ini dibahagikan kepada 2 aktiviti iaitu penanaman pokok dan juga melihat tempat pembiakan penyu di kawasan tersebut. Pantai Pasir Panjang yang menjadi kawasan pendaratan penyu amatlah sesuai untuk dijaga dan dipulihara. Dengan adanya aktviti penanaman pokok di kawasan ini secara tidak langsung mengurangkan hakisan ombak dan kemusnahan habitat. Kesannya, penyu-penyu yang ingin bertelur di kawasan ini tidak berasa terancam.

Untuk pengetahuan semua juga, sebanyak 350 pokok ditanam pada hari tersebut. Pokok-pokok ini terdiri daripada spesis Bitagor laut, merawan siput jantan dan ambon-ambon. Setiap pokok ini ditanam sepanjang pesisir pantai di kawasan ini. Sepanjang aktiviti penanaman pokok di kawasan ini, kami mendapat sokongan daripada Jabatan Perhutan Negeri Perak dan Sahabat Alam Malaysia.
“Urm, tak sangka masih ramai yang sedar dengan kemusnahan yang berlaku” getus penyu dalam hatinya.

---

Selepas pulang daripada aktiviti penanaman pokok, kami semua dibawa ke kawasan segari penyu di kawasan ini. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 10 minit dengan berjalan kaki. Kawasan segari penyu ini tidak jauh dengan kawasan penanaman pokok tersebut. Sampai sahaja di kawasan segari penyu tersebut. Kami semua disambut dengan penyu-penyu yang masih dijaga di kawasan kolam. Penyu-penyu ini yang dijaga buat sementara waktu sebelum ia dilepaskan kembali ke laut. Sepanjang kami berada di tempat ini, kami dapat melihat pelbagai spesis penyu yang dijaga di tempat ini.

---

Bersempena dengan malam terakhir di PSA2017, aturcara program ialah ‘PSA Grand Dinner’. Pada malam tersebut kami semua dikehendaki memakai pakaian yang bertemakan ‘Busana Tradisi’. Kami dari UiTM Salam mengayakan baju melayu bagi lelaki dan baju kurung kedah bagi perempuan. Walaupun, tiada diantara kami yang memenangi ‘King’ and ‘Queen’ pada malam tersebut. Kami semua tetap ‘happy’, mungkin disebabkan makanan. Hehehe

Pada malam tersebut, kami juga dihidangkan dengan persembahan tarian dan juga montaj yang telah disusun oleh pihak urus setia. Program pada malam itu berakhir pada jam 11.00 malam.
Pada akhir majlis, kami semua bergambar serta menyanyi beberapa buah lagu yang didendangkan oleh beberapa universiti. Jadi, kami akhirinya dengan satu kenangan manis yang tak akan kami lupakan.

#Perjalanan 6 (18.8.2017)

Hari yang cukup menyedihkan iaitu hari terakhir kami berada di UiTM S.I. Dengan kata lain, hari terakhir PSA2017. Aturcara pada hari terakhir telah disusun dengan begitu rapi. Selepas sarapan pagi, kami semua berkumpul di Dewan S.I untu acara penutupan. Dengan rela hati bercampur sedih dan gembira. Kami terpaksa menerima hakikat bahawa hari tersebut ialah hari perpisahan kami semua.
Dengan ‘lafaz’ penutupan PSA2017 oleh Timbalan Dekan, ia telah menandakan bahawa PSA pada kali ini telah berakhir. Sebelum pulang, kami semua sempat bergambar sesama kumpulan dan university sebagai tanda persahabatan.

Kami semua anggap pengakhiran pada kali ini adalah permulaan daripada langkah kami. Kerana kami percaya bahawa suatu hari nanti kami akan bertemu juga. Jika tidak sebagai seorang ‘planner’, mungkin kami sebagai seorang rakan yang rapat.

Di dalam acara penutupan juga, kami juga dimaklumkan bahawa PSA seterusnya akan diadakan di Universiti Malaya pada tahun 2019.

In sya allah, jika dipanjangkan umur dan dikuatkan semangat. Kita akan bertemu kembali di UM.
Saya rasa, itu sahaja pengalaman yang mampu saya lakarkan disini. Segala kenangan yang terindah di sini. Saya akan coretkan dalam ingatan saya sepanjang saya masih bernafas. Bagi semua rakan-rakan PSA, in sya allah, kalau nak berhubung dengan saya di media sosial. Boleh terus ‘’Add” atau “Follow” Facebook dan Instagram saya.

Facebook: zainulariffin-UiTM Puncak Alam / enol_bpm
Instagram: enol_bpm

#bualpacakmalaya
#bualpacakbiarberilmu
#warkahseorangTraveller


Tiada ulasan:

Catat Ulasan