JALAN KERAMAT
“Fairuz, cepat sikit! Kita dah lambat ni. Ayah
berjanji dengan Pak Malik kau pukul lapan setengah. Ini dah hampir pukul
Sembilan.” Pungung Pak Imran dilabuhkan di atas tempat duduk motorsikal Yamaha
C90 kepunyaannya.
“Ya, ayah. Kejap ye. Fairuz tengah
ambil beg dompet ni.” Sahut Fairuz yang pada ketika itu masih lagi berada di
dalam rumah. Fairuz terkocoh-kocoh
berjalan menuju ke motorsikal ayahnya lalu melepaskan punggung betul-betul di
tempat duduk belakang.
“Sudah Fairuz” Pak Imran Bertanya.
“Dah ayah..” Fairuz menjawab ringkas.
Tanpa berlegah lagi Pak Imran terus
menekan gear motor tersebut lalu mereka berdua bergerak menuju ke rumah Pak
Malik. Pada malam itu, Pak Imran ingin ke rumah Pak Malik kerana ada hal yang
ingin dibincangkan. Kebetulan malam itu, Fairuz hanya duduk termenung saja di
rumah. Kesian melihat Fairuz keseorangan di rumah. Dibawanya juga Fairuz ke
rumah kawan baiknya itu.
----
Kampung Parit Selamat, 8.55 minit
malam
Bunyi motor kapcai Pak Imran
memecahkan kesunyian di Jalan Kampung
Parit Selamat. Kesunyian pada waktu itu seperti menyambut bunyi bingit dari
ekzos buruk motor Pak Imran. Sudah menjadi kebiasaan, motor kapcai Yamaha C90
selalu digunakan dua beranak tersebut untuk kemana sahaja.
Walaupun keadaan
motor tersebut sudah usang dengan ketiadaan lampu serta keadaan badan motor
tersebut tidak serupa motor. Namun, Pak Imran tetap menggunakan motorsikal
tersebut. Bertemankan lampu picit berbaterikan energizer. Pak Imran menyuluh arah haluan mereka. Takut
jikalau ada binatang melintas. Itu yang dirisaukan.
Perasaan Fairuz pada malam tersebut
agak berlainan. Dirinya seperti dikuasai rasa bimbang yang amat seperti ada
sesuatu kuasa jahat yang ingin mencengkam dirinya. Sejak dari rumah lagi, Fairuz
berasa dalam keadaan demikian. Namun, dek kerana telah diajak oleh ayahnya. Dia
akur menemani ayahnya ke rumah rakan karibnya itu. Tak sampai hati melihat
ayahnya menunggang sendirian pada waktu malam.
Kesan daripada kebimbangan yang amat telah
menyebabkan Fairuz mengalami sedikit pening di kepalanya.Dipicit-picit
kepalanya mengunakan jari-jemarinya yang kecil itu.
“Moga allah melindungi aku dan ayah, malam
ini…” Getus di benak hati Fairuz. Fairuz menarik nafas lalu dihembuskan dengan
perlahan seraya jari-jemarinya tak henti-henti mengurut kepalanya.
“Ayah, Fairuz hari ni tak sedap badanlah.
Nanti balik boleh singgah kedai tak? Nak beli panadol” Tanya Fairuz kepada
bapanya yang pada ketika itu tak henti-henti menyuluh jalan yang ingin dilalui.
“Urm..Baiklah!” Pak Imran menjawab
dengan nada yang ringkas. Matanya masih difokuskan kehadapan dan sekali sekala
dileretkan kekiri dan kekanan. Keadaan mata Pak Imran yang kurang awas ketika
waktu malam digagahkan jua untuk melihat halangan yang berada di hadapannya.
---
Jalan Keramat, 9.10 minit malam
Mereka masih lagi dalam perjalanan ke
rumah Pak Malik. Keadaan yang sunyi dan sesekali embun malam menjilat kulit Pak
Imran dan Fairuz. Mereka mengigil menahan kesejukan. Sampai di satu simpang.
Pak Imran menghala motornya ke kanan dan mereka berdua sedang melalui jalan
yang mempunyai lampu jalan. Agak lebih terang. Pak Imran mematikan lampu
suluhnya lalu diletakkan ke dalam bakul motor. Sementara itu, Fairuz tak
henti-henti memerhatikan keadaan sekeliling. Keadaan agak samar-samar. Kiri dan
kanan mereka hanya berlatarbelakangkan kebun kelapa sawit.
“Jalan Keramat” Fikir Fairuz. Jalan
yang menjadi bualan hangat oleh penduduk kampung. Banyak kisah kisah misteri
yang menjadi ketakutan oleh para penduduk ketika ingin mengunakan jalan
tersebut.
Banyak gangguan yang berlaku di Jalan
Keramat ini dan kebiasaannya yang diganggu ialah pengguna jalan tersebut. Jalan
tersebut ibarat laluan utama jin untuk ke sesuatu kawasan yang lain. Malahan,
ada yang mengatakan pohon beringin yang tumbuh besar ditepi Jalan Keramat itu
merupakan tempat penunggu jin. Pohon itu ibarat punca terjadinya gangguan.
Sejauhmana kebenarannya, masih lagi menjadi tanda-tanya para penduduk kampung
disitu.
“Laluan jin?” Fairuz terfikir lagi.
Beliau seakan-akan memasuki kisah disebalik Jalan Keramat tersebut. Dia tidak
dapat menghilangkan lakaran misteri yang bermain dimindanya. Walaupun cuba
disapu dengan mengigati tuhan. Namun, pemikirannya serta keimanannya ibarat
dicarik dengan cakaran ketakutan yang melampau. Syaitan seperti membisik. Iblis
tertawa dibalik ketakutan Fairuz. Peningnya semakin terasa.
Sementara itu, Pak Imran masih lagi
tenang menunggang motorsikalnya. Keadaan kesunyian serta cerita misteri Jalan
Keramat sepertinya tidak diendahkan. Bola matanya hanya memandang ke arah
hadapan dan sesekali ke kiri dan kekanan.
Pak Imran menoleh ke kirinya. Pergerakan seperti tertarik dengan sebuah
pohon beringin yang tumbuh di bahu jalan. Terdapat satu pohon beringin yang
cukup tinggi. Pak Imran tidak berfikir bukan-bukan. Cerita mengenai pohon
tersebut diabaikan dari pemikirannya. Di fikirannya hanya memikirkan bahawa
pohon tersebut hanya pohon biasa yang tidak perlu ditakutkan. Namun, matanya
masih lagi melihat ke arah pohon tersebut.
Belum sempat Pak Imran mengalihkan
pandangan daripada pohon beringin tersebut.
“Astagfirullah…” Pak Imran
beristigfar. Di hadapan Pak Imran tampak dua biji mata yang merah menyala
sedang bertengek di atas dahan pohon tersebut. Mukanya nampak marah. Badannya
penuh dengan bulu. Hitam. Teliganya seperti kelawar di malam hari, tapi lebih
besar saiznya. Setinggi 9 kaki. Lembaga tersebut hanya memerhatikan Pak Imran
dan Fairuz yang menggunakan jalan tersebut. Dalam daripada itu, Pak Imran terus
membaca qalam tuhan. Dalam benaknya berharap bahawa anaknya tidak perasan
lembaga hitam yang bertengek itu.
“Kenapa ayah? Ada yang tak kena ke?”
Fairuz tampak risau. Ditambah lagi dengan cerita misteri yang masih berlegar di
fikirannya. Fairuz bertambah takut. Punggungnya digerakkan ke hadapan sedikit.
Lebih dekat dengan badan Pak Imran. Fairuz masih lagi tidak nampak kedudukan
lembaga itu. Namun, akibat tindakan Pak Imran membaca kalimah tuhan membuatkan
Fairuz lebih tampak risau.
“Urm..tak ada apa-apa Fairuz. Ada
kucing melintas tadi” Pak Imran menarik nafas. Mulutnya tidak henti-henti
memuji nama tuhan. Tapi tak kuat sebutannya. Bunyinya seperti dihembus oleh
angin malam yang mereka lalui. Sesekali Fairuz dapat mendengarnya. Pak Imran
hanya memandang ke hadapan tanpa melihat lembaga hitam itu. Dia yakin lembaga
hitam itu tidak menganggu dirinya dan Fairuz.
Fairuz hanya bersangka baik. Namun
risau masih lagi membelenggu dirinya. Dalam fikirannya tertanya-tanya seperti ada yang
disembunyikan ayahnya daripada pengetahuan beliau. Mereka dua beranak semakin
jauh dengan pohon tersebut. Kelajuan motorsikal Yamaha C90 tersebut turut ditingkatkan
kelajuan. Panas enjin dapat dirasakan. Asap berkepul-kepul keluar dari motor
buruk itu.
Pak Imran masih lagi menenangkan
hatinya. Dikuatkan batinnya supaya tidak runtuh pada ketakutan yang meluru.
Keimanannya hampir membuncah dek syaitan yang ingin menjatuhkan kekuatan batin
hamba-Nya.
Mujur Pak Imran masih kukuh dengan
kepercayaan hanya takut pada tuhan yang esa dan bukan pada makhluk yang
durjana. Nafasnya kini kembali normal. Jatungnya mula berdegup seperti manusia
yang lain.
Kini tidak sampai seratus meter lagi
mereka sampai di rumah Pak Malik. Pak Imran tampak lebih tenang dan gembira
untuk menemui rakannya. Manakala, Fairuz kelihatan agak resah. Dahinya
berkerut. Tangannya digengam erat kerana kerisauan ketika itu. Kepalanya
diarahkan ke rumah Pak Malik yang kian hampir dengan mereka berdua. Keresahan
yang membelenggu dirinya terlerai tatkala Fairuz melihat Pak Malik berada di
anjung rumahnya. Tegak leher Pak Malik melihat Pak Imran dan Fairuz tiba
dirumahnya.
“Assalamualaikum…” Pak Imran memberi
salam kesejahteraan kepada rakan karibnya. Salamnya disambut mesra Pak Malik
seraya menjemput mereka masuk ke dalam rumah.
---
Rumah Pak Malik, 11.20 minit malam
Jam dinding menunjukan tepat pada
pukul 11.20 minit malam. Pak Imran dan Pak Malik sedang rancak berbual. Tiada
tanda berhenti. Cerita yang dibualkan seperti mempunyai rangkain cerita yang
panjang. Fairuz kini lebih mendiamkan diri. Tiada perkara yang ingin dibualkan
kepada mereka berdua.
Kini, pening kepalanya beransur pulih
setelah Pak Malik memberikan panadol yang terdapat dirumahnya. Fairuz agak malu
untuk meminta panadol daripada rakan ayahnya itu. Namun, Pak Imran sepertinya
tidak segan silu meminta pertolongan. Kesian melihat Fairuz pening kepala
semenjak keluar dari rumah. Disebabkan itu dia meminta panadol dari rakannya
itu untuk diberikan kepada Fairuz.
Fairuz mengeluarkan telefon bimbit
Samsung J2. Button telefon ditekan
untuk melihat ruang menu telefon
bimbit berkenaan. Ibu jarinya menyentuh papan skrin lalu dialihkan ke sebelah
kiri. Terdapat aplikasi internet, ‘facebook’,’
whatsapp’ dan’ instagram’. Ditekan aplikasi whatsapp, namun tiada siapa yang
menghantar pesanan kepada Fairuz. Hampa. Kecewa. Riak wajah Fairuz berbaur
bosan.
Dialihkan ke aplikasi’ facebook’. Paparan skrin telefon
bimbitnya memaparkan jawapan yang mengejutkan Fairuz. “No Connection”.
“Lah, patutlah whatsapp tak masuk, facebook tak boleh buka. Internet tak ada
rupanya” Dipandang ‘line’ internet
tidak menunjukan tanda-tanda internet akan timbul. Kedudukan rumah Pak Malik
yang berjauhan dengan kawasan pekan serta berkedudukan di hilir kampung
memberikan kesan kepada jalur internet di kawasan itu.
Fairuz menarik nafas panjang dan
dihembuskan berat. Kepalannya digelengakan ke kiri dan kekanan.
“Haih, apa nak jadi dengan kawasan
ini. Setiap kali aku datang. Mesti tak ada internet. Sudahlah malam ini aku nak
main ‘Game Mobile Legend’…” Fairuz
mengeluh. Dia seperti dirasuk jikalau tidak bermain permainan video kesayangannya
itu. Rasa seperti akan mati jika seharian tidak bermainan permainan ‘Mobile Legend ‘ tersebut. Fairuz sanggup
bersengkang mata setiap malam hanya untuk memenangi perlawanan.
Fairuz masih lagi bersungut dengan telefon
bimbitnya. Pak Imran nampak perubahan
pada air muka Fairuz.
“Fairuz, kenapa ni? Ada yang masalah
ke? Sekejap lagi kita pulang. Sabar…” Pak Imran bersuara agak tinggi sedikit.
“Tak ada apa-apa ayah. Baiklah…”
Fairuz akur. Tidak berani dia menyatakan hasratnya untuk pulang lebih awal. Anggaunya
bermain ‘Mobile Legend’ masih
terkawal lagi. Dibelek-belek telefon bimbitnnya. Fairuz bersandar lalu didongakan
kepalanya melihat jam dinding yang kini menunjukan pukul 11.30 minit malam.
---
Pak Malik melihat kegalauan yang
dialami oleh kedua-dua beranak tersebut. Pak Malik tidak dapat membaca apa yang
menggangu fikiran Fairuz.
“Kalau tidak keberatan. Tidurlah di
rumah aku malam ini, Imran. Fairuz pun boleh tidur sini. Lagipun Minah (Isteri
Pak Malik) pergi rumah saudara aku di Pontian. Ada kenduri. Esok baru pulang.
Kau dengan anak kau bolehlah tidur di bilik belakang. Esok pagi bolehlah pulang
ke rumah. Kalau lihat jam pun. Dah larut malam. Alangkah baiknya kau tidur di
rumah aku malam ni” Pak Malik mempelawa dua beranak tersebut untuk tidur dirumahnya
setelah melihat malam kian mencapai kemuncaknya.
“Urm, tak apalah Malik. Kami rasa
bersalah pula nak tumpang di rumah kau. Rumah kami pun, tidaklah sejauhmana. 15
minit saja dari rumah kau.” Pak Malik mengukirkan senyuman seraya dipandang
pada Fairuz yang dari tadi membelek telefon bimbitnya.
“Alah, apa nak rasa bersalahnya Imran,
kau dari kecil aku kenal. Zaman sekolah dulu pun. Rajin juga tidur rumah mak
aku.” Jawab Pak Malik.
Pak Imran memandang semula ke arah
rakannya, Malik.
“Haha, itu dulu Malik.Sekarang sejak
dah berkeluarga. Susah nak tinggalkan rumah.” Pak Imran memberikan jawapan
kepada rakannya, Malik. Lantas, Pak Imran mendongakan kepalanya untuk melihat
jam di dinding.
“Ok lah, Malik. Aku rasa nak pulang ke
rumah. Maaflah tolak tawaran kau. Insyaallah lain kali ye.” Pak Imran menolak
dengan penuh tertib. Dia tidak mahu rakan karibnya itu berkecil hati.
Jam menunjukkan 12.05 minit malam. Pak
Imran dan Fairuz melangkah pergi bersama motorsikal kapcainya dengan perlahan.
Ditinggalkan Pak Malik keseorangan di depan rumah. Fairuz kini kelihatan agak
gembira kerana dia dapat pulang. Hatinya girang. Tidak sabar untuk mencapai
hajatnya.
“Alhamdulilah, nasib baik tak tidur
dekat sini. Kalau tak. Mahu aku meroyan sepanjang malam.” Kata Fairuz di hati
kecilnya. Tangannya mengeluarkan semula telefon bimbit dari saku seluarnya.
Dibelek-belek kembali.
---
Jalan Keramat, 12.11 minit malam
Pak Imran dan Fairuz masih menelusuri
Jalan Keramat. Keadaan semakin gelap. Bulan kelihatan kedekut memancarkan sinar
ke lantai bumi. Lampu jalan raya yang berjarak agak jauh. Tidak dapat menerangi
Jalan Keramat tersebut. Sama keadaan seperti tadi. Jalan masih sunyi. Tiada
tanda-tanda manusia akan menggunakan jalan tersebut.
Pak Imran yang tadinya tenang ketika
berada di rumah rakannya, kini terasa seperti ada sesuatu yang mengusarkan
hatinya. Tidak sedap hati. Dikenangkan peristiwa yang berlaku ketika mula-mula
ingin ke rumah rakannya, Malik.
Kejadian di mana lembaga hitam yang
seakan-akan marah melihat mereka menggunakan jalan tersebut. Pak Malik hanya
berdoa di hati kecilnya.
“Ya allah, aku berlindung dengan
kekuatan dan kekuasaan-Mu.” Doa Pak Imran di sudut hatinya. Pak Imran
meneruskan perjalananya seraya menyuluh jalan yang berada di hadapanya. Jalan
sunyi tiada penghuni.
Fairuz masih lagi sibuk membelek
telefonnya. Yang diperhatikannya dari tadi ialah ‘”line internet”. Dia seperti tidak hiraukan keadaan sekelilingnya
yang semakin gelap.
Hampir 50 meter. Kelihatan Pohon
Beringin. Pak Imran cuba menyapu perasaan ketakutan yang menyelubungi dirinya.
Hatta, dia berdoa, tapi sifat takut seorang manusia yang lemah imannya masih
lagi terpancar dalam hati Pak Imran. Fairuz masih lagi sibuk dengan telefonnya.
Motor Yamaha C90 Pak Imran dan Fairuz semakin hampir dengan Pohon Beringin
tersebut.
Bola mata Pak Imran cuba dipaksa
memandang kehadapan tanpa mencuba melihat pohon tersebut. Keadaan semakin gelap
setelah tiba-tiba lampu suluh Pak Imran seperti kehabisan tenaga. Lampu jalan
raya tersebut, turut terpadam.
Gelap.
“Alamak bateri habis ke? Kenapa masa
macam ini? Ini satu lagi. Kenapa lampu jalan pun terpadam? Macam mana aku nak
tengok jalan ni” Merungut Pak Imran.
Pak Imran mengecilkan matanya untuk
melihat halangan dihadapan. Lampu suluh ditekan butang buka berkali-kali namun
gagal untuk menghidupkan lampu tersebut. Diletaknya lampu tersebut di dalam
bakul motor.
Fairuz mulai cemas. “Ayah, kenapa
padam lampu suluh? Satu lagi, lampu jalan pun terpadam. Ayah kenapa ni?” Fairuz
melihat keadaan sekeliling. Dia memerhatikan pohon beringin yang kini berada
berberapa meter dari motor yang dipandu ayahnya.
“Tak tahulah, bateri habis agaknya..”
Pak Imran menjawab sambil dia memerhati keadaan dihadapannya.
“ALLAH…” Suara Pak Imran tiba-tiba
terpacul dari mulutnya. Suara itu ibarat pentanda buruk sedang berlaku kepada
dua beranak itu. Pak Imran tidak dapat mengendalikan motorsikalnya.
Ketika itu, motosikalnya seperti
dikendalikan seseorang sehinggakan Pak Imran tidak mampu menghalakan motosikalnya
ke hadapan. Fairuz cemas. Dipeluk ayahnya seraya mulutnya juga mengeluarkan
kalimat-kalimat suci.
Motorsikal tersebut menghala ke pohon
beringin yang besarnya dua kali pelukan manusia. Puas Pak Imran menekan brek
motorsikalnya. Sia-sia sahaja. Kelajuan semakin bertambah. Pak Imran tidak
mampu berbuat apa-apa. Fairuz pejamkan matanya dan dipeluk erat ayahnya.
“ALLAHUAKHBAR…” Motorsikal Yamaha C90
menghentak keras pohon beringin tersebut. Pecah bahagian depan motorsikal
tersebut. Pak Imran terlepas dari kawalan motorsikal lalu terpelanting 10 meter
dari Pohon Beringin. Kepalanya jatuh dahulu. Tak sempat ditahan dengan tangan.
Kepalanya terhantuk keras pada sebuah batu keras.
Darah memercik di sekitar batu
tersebut. Darah mengalir deras dari kepala Pak Imran. Di bahagian betisnya
terasa amat sakit seperti dicarik dengan kuat. Kulit pada bahagian betisnya
tercarik 10 inci dari lututnya sehingga menampakan dagingnya. Darah perlahan
keluar dari celah-celah kulitnya. Pak Imran lemah. Badannya tidak berdaya.
Matanya sempat dialihkan padangan ke
arah motosikalnya untuk melihat keadaan Fairuz namun tindakannya tidak mampu melangkaui
kudratnya ketika itu. Terasa sakit di bahagian kepalanya semakin teruk.
Kepalanya sukar untuk menoleh.ke arah motorsikalnya untuk melhat kedudukan
Fairuz.
Pak Imran hanya mampu memandang ke arah
langit. Dapat dilihatnya melalui mata hitamnya.
Asap hitam bercantum di atas kepalanya. Asap itu bercantum antara satu
sama lain lalu membentuk satu lembaga hitam yang besar. Tingginya lebih kurang
9 kaki. Terbeliak biji mata Pak Imran melihat mahkluk itu.
“Ini makhluk tadi…” Pak Imran kini kian lemah. Banyak darah keluar dari
kepalanya. Melihat lembaga itu. Dia hanya mampu mengutus seuntai doa dari hati
kecilnya. Matanya kian layu. Dilihat bumi seperti melambai. Ajal seperti
memanggil. Pak Imran menutup mata. Semakin gelap. Kelam. Sunyi…
Lembaga hitam tersebut memandang
dengan gembira dan angkuh melihat jasad Pak Imran yang kaku di lantai bumi. Lagak
lembaga hitam tersebut seperti dia mempunyai kuasa untuk menghacurkan manusia. Tertawa
besar. Kedua-dua tangannya dikuakan. Mendada.
Lembaga hitam itu memandang di satu sudut
pohon beringin. Dilihat Fairuz sedang mengerang kesakitan. Lembaga itu tampak
marah. Melihat Fairuz masih bernafas.
Lembaga hitam tersebut memerhati tanpa
ada tindakan yang seterusnya. Nafasnya mendegus. Kuku yang tajam dan panjang
dikeluarkan dari jari jemarinya. Semangat membunuh dan menyesatkan manusia kian
membuak.
Fairuz menahan kesakitan akibat
hentakan kuat di bahunya. Jasadnya kini longlai di bawah pohon beringin yang
besar itu. Perkara pertama yang terlintas di kepalanya ialah ayahnya. Dia tidak
dapat melihat dimana ayahnya terjatuh ketika motorsikalnya melanggar pohon beringin
itu.
Ketika kejadian pelanggaran itu
berlaku, Fairuz terlepas daripada memeluk ayahnya. Bola matanya kini melihat
keadaan sekeliling namun belum menemui hasil yang diharapkan.
Fairuz bangun walaupun berada dalam
kesakitan dibahunya. Mujur kakinya masih lagi boleh digerakkan. Dia bangun
penuh gagah. Fairuz menapak beberapa langkah dari tempat dia terjatuh. Matanya
memerhati disetiap semak yang berhampiran. Keadaan gelap meyukarkan dia melihat
keadaan sekeliling.
Fairuz cuba kembali ke arah pohon
beringin itu untuk mencari lampu suluhnya walaupun dia tahu lampu itu tidak
boleh dihidupkan setelah diberitahu ayahnya.
Belum sempat dia memulakan langkah,
badannya dihentak oleh angin yang kuat dari sebelah kanan. Fairuz terpelanting
beberapa kaki.
“Aduh, sakitnya. Apa yang langgar aku
tadi? Kuat betul..” Fairuz cuba bangkit seraya perlahan lahan melihat pohon
beringin tersebut. Alangkah terkejutnya, selang empat kaki di hadapan terdapat
mahkluk yang besar dan hitam sedang memerhatikannya.
Fairuz terundur beberapa langkah ke
belakang lalu terjelepok ke tanah.
“Ya allah, siapa kau? Kenapa engkau
ganggu aku” Fairuz berkata dengan gugup sambil matanya ditutup. Perasaan
ketakutan yang melampau kini merasuk jiwa Fairuz.
Dibuka matanya perlahan lahan. Lembaga
hitam itu merungkai badannya menjadi asap lalu terlerai dari bentuk aslinya.
Asap itu menongkah arus lalu menuju ke hadapan Fairuz. Asap itu bercantum
dengan pantas membentuk separuh badan Lembaga tersebut.
“Arghh…Manusia lemah.” Mahkluk
tersebut menjerit dengan kuat. Fairuz tertunduk ketakutan.
Lembaga hitam tersebut perlahan-lahan menggerakan
kepalanya ke arah teliga kanan Fairuz.
“Wahai manusia, adakah engkau takut
kepadaku” Suara itu seperti berbisik tetapi penuh dengan makna. Fairuz kaku.
Matanya ditutup. Perlahan-lahan dia bersuara.
“Aku tidak takut kepada engkau wahai
mahkluk terlaknat. Aku hanya takut pada ALLAH” Fairuz menjawab dengan
terketar-ketar. Lidahnya seperti kelu untuk menjawab persoalan lembaga hitam
itu.
Lembaga hitam itu tertawa dan
mengilai-gilai seraya terbang mengeliling Fairuz.
“Engkau manusia lemah. Mulut sahaja
berkata-kata. Tetapi hatimu penuh dengan ketakutan. Takutlah kepadaku wahai
manusia. Nescaya engkau akan selamat daripada aku membunuhmu” Lembaga itu
berkata lagi dan kini lebih kuat dan angkuh. Gayanya seperti dia yang berkuasa
dimuka bumi.
“Aku hanya takut ALLAH. Dia mencipta
aku dan dia juga yang mencipta engkau.” Kini Fairuz lebih yakin dengan apa yang
keluar dari mulutnya. Perasaannya perlahan-lahan merintih pada sang pencipta.
Mohon diselamatkan dari kekuasaan lembaga hitam tersebut.
Lembaga hitam tersebut kembali ke
bentuk asalnya setelah terbang mengeliling Fairuz. Kini dia amat marah.
Perasaan bencinya serta ketaatannya pada perintah iblis membuatkan dia berniat ingin
membunuh dengan melapah badan Fairuz. Tangan kanannya kini dihayunkan dengan
kuat lantas mengenai badan Fairuz.
Fairuz terpelanting jauh. Badannya
terseret beberapa kaki di permukaan. Kulitnya seperti digilis dengan pisau yang
tajam. Batu-batu kecil di permukaan jalan tersebut bagai menambah kesakitan
pada badannya.
“Celaka punya manusia! Engkau manusia
lemah. Tiada siapa yang dapat melawanku. Aku yang berkuasa di sini. Lihat
sahaja sekarang. Tiada siapa yang mampu tolong engkau” Lembaga hitam itu angkuh
dengan kekuasaanya seraya menapak beberapa langkah dan kali ini berniat ingin
membunuh Fairuz dengan libasan kukunya.
Fairuz tidak berdaya lagi. Dia hanya
mampu berdoa sahaja. Kudratnya tidak mampu digerakkan selepas menerima libasan
pertama dari Lembaga hitam tersebut.
“Ya ALLAH, lindungi hambamu yang lemah
ini. Sesungguhnya aku sedang dizalimi. Lindungilah aku yang ALLAH. Tiada daya
dan kekuatan melainkan dengan izin ALLAH YANG MAHA TINGGI lagi AGUNG” Fairuz
mengucapkan dengan penuh rintihan seraya membaca beberapa ayat suci al-quran
yang diingatnya. Fikirannya kini penuh dengan tawaduk meminta pertolongan ALLAH.
Fairuz diambang kematian namun kepercayaannya kini bertambah kuat dengan
kekuasaan tuhan.
“Allahuakhbar…” Fairuz melaung dengan
kuat. Angin seperti menderu kuat. Awan beralih pantas.
Kini lembaga hitam itu berada pada
jarak yang sesuai untuk membunuh Fairuz.
“Matilah engkau wahai manusia” Lembaga
itu mengangkat tangannya kebelakang dan belum sempat dia melibaskan pukulan
mautnya.
Satu pukulan yang kuat dari arah bawah
kepalanya membuatkan lembaga hitam itu terpelanting ke arah pohon beringin itu.
Badannya terhentak kuat lalu timbul api dibadannya. Api itu merebak cukup
pantas. Badannya terbakar dengan api yang cukup marak. Lembaga itu meronta-ronta
kesakitan. Ketika dia hampir menemui ajalnya lembaga itu sempat meneriak dengan
kuat. Seperti amaran yang tersurat.
“Aku akan hancurkan hidupmu manusia.
Akan datang bala tenteraku kepada keturunanmu” Suara lembaga itu semakin
perlahan. Lalu badannya hilang bersama api yang membakar tubuh lembaga
tersebut.
“Alhamdulilah, ya ALLAH” Fairuz
bersyukur. Fairuz amat berterima kasih kepada allah kerana melindungi dirinya. Namun,
kegembiraannya belum sepenuhnya, hati Fairuz masih lagi berwalang tatkala teringat
akan ayahnya, namun kudratnya tidak mampu segagah tadi. Fairuz lemah. Matanya
tertutup. Nafasnya dihembus dengan perlahan. Angin pada malam itu seperti
membawa berita. Tenang. Sunyi.
---Jalan Keramat, 12.19 minit malam---
-TAMAT-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan