Isnin, 19 Februari 2018

"Hampa percaya tak aku tuhan?, Dajjal"- Ustaz Don Daniyal

"Hampa percaya tak aku tuhan?, Dajjal"- Ustaz Don Daniyal

BPM- Kita perlu sedar bahawa dunia kita kian mencapai penghujungnya. Tanda-tanda kiamat kecil yang berlaku seperti memberi tanda kepada kita supaya bersedia dengan perkara yang akan berlaku.

Salah satu situasi yang perlu kita hadapi sebelumnya ialah "Fitnah Dajjal". Fitnah paling besar yang perlu dihadapi oleh umat manusia.

Pesanan dan penceritaan yang disampaikan oleh Ustaz Don Daniyal ini mengambarkan sedikit sebanyak situasi yang bakal kita hadapi.

Sungguh menyeramkan!!!


Moga allah selamatkan kita semua dari fitnah dajjal ini. Video yang berdurasi 9.33 minit ini amat membantu kita agar kita bersedia serta bermuhasabah diri.


"Makanan ketika itu adalah Subhanallah, walhamdulilah, walilahailallah, allahuakhbar"
 
Moga bermanfaat... 

Sumber: Youtube/ZonKuliah

Isnin, 5 Februari 2018

Cerpen: Jalan Keramat



JALAN KERAMAT

Oleh: Z.A MAIL

 “Fairuz, cepat sikit! Kita dah lambat ni. Ayah berjanji dengan Pak Malik kau pukul lapan setengah. Ini dah hampir pukul Sembilan.” Pungung Pak Imran dilabuhkan di atas tempat duduk motorsikal Yamaha C90 kepunyaannya.

“Ya, ayah. Kejap ye. Fairuz tengah ambil beg dompet ni.” Sahut Fairuz yang pada ketika itu masih lagi berada di dalam  rumah. Fairuz terkocoh-kocoh berjalan menuju ke motorsikal ayahnya lalu melepaskan punggung betul-betul di tempat duduk belakang. 

“Sudah Fairuz” Pak Imran Bertanya. 

“Dah ayah..” Fairuz menjawab ringkas.

Tanpa berlegah lagi Pak Imran terus menekan gear motor tersebut lalu mereka berdua bergerak menuju ke rumah Pak Malik. Pada malam itu, Pak Imran ingin ke rumah Pak Malik kerana ada hal yang ingin dibincangkan. Kebetulan malam itu, Fairuz hanya duduk termenung saja di rumah. Kesian melihat Fairuz keseorangan di rumah. Dibawanya juga Fairuz ke rumah kawan baiknya itu.

----
Kampung Parit Selamat, 8.55 minit malam

Bunyi motor kapcai Pak Imran memecahkan kesunyian di  Jalan Kampung Parit Selamat. Kesunyian pada waktu itu seperti menyambut bunyi bingit dari ekzos buruk motor Pak Imran. Sudah menjadi kebiasaan, motor kapcai Yamaha C90 selalu digunakan dua beranak tersebut untuk kemana sahaja. 

Walaupun keadaan motor tersebut sudah usang dengan ketiadaan lampu serta keadaan badan motor tersebut tidak serupa motor. Namun, Pak Imran tetap menggunakan motorsikal tersebut. Bertemankan lampu picit berbaterikan energizer.  Pak Imran menyuluh arah haluan mereka. Takut jikalau ada binatang melintas. Itu yang dirisaukan.

Perasaan Fairuz pada malam tersebut agak berlainan. Dirinya seperti dikuasai rasa bimbang yang amat seperti ada sesuatu kuasa jahat yang ingin mencengkam dirinya. Sejak dari rumah lagi, Fairuz berasa dalam keadaan demikian. Namun, dek kerana telah diajak oleh ayahnya. Dia akur menemani ayahnya ke rumah rakan karibnya itu. Tak sampai hati melihat ayahnya menunggang sendirian pada waktu malam. 

Kesan daripada kebimbangan yang amat telah menyebabkan Fairuz mengalami sedikit pening di kepalanya.Dipicit-picit kepalanya mengunakan jari-jemarinya yang kecil itu.
“Moga allah melindungi aku dan ayah, malam ini…” Getus di benak hati Fairuz. Fairuz menarik nafas lalu dihembuskan dengan perlahan seraya jari-jemarinya tak henti-henti mengurut kepalanya.

 “Ayah, Fairuz hari ni tak sedap badanlah. Nanti balik boleh singgah kedai tak? Nak beli panadol” Tanya Fairuz kepada bapanya yang pada ketika itu tak henti-henti menyuluh jalan yang ingin dilalui. 

“Urm..Baiklah!” Pak Imran menjawab dengan nada yang ringkas. Matanya masih difokuskan kehadapan dan sekali sekala dileretkan kekiri dan kekanan. Keadaan mata Pak Imran yang kurang awas ketika waktu malam digagahkan jua untuk melihat halangan yang berada di hadapannya. 

---
Jalan Keramat, 9.10 minit malam

Mereka masih lagi dalam perjalanan ke rumah Pak Malik. Keadaan yang sunyi dan sesekali embun malam menjilat kulit Pak Imran dan Fairuz. Mereka mengigil menahan kesejukan. Sampai di satu simpang. Pak Imran menghala motornya ke kanan dan mereka berdua sedang melalui jalan yang mempunyai lampu jalan. Agak lebih terang. Pak Imran mematikan lampu suluhnya lalu diletakkan ke dalam bakul motor. Sementara itu, Fairuz tak henti-henti memerhatikan keadaan sekeliling. Keadaan agak samar-samar. Kiri dan kanan mereka hanya berlatarbelakangkan kebun kelapa sawit. 

“Jalan Keramat” Fikir Fairuz. Jalan yang menjadi bualan hangat oleh penduduk kampung. Banyak kisah kisah misteri yang menjadi ketakutan oleh para penduduk ketika ingin mengunakan jalan tersebut.

Banyak gangguan yang berlaku di Jalan Keramat ini dan kebiasaannya yang diganggu ialah pengguna jalan tersebut. Jalan tersebut ibarat laluan utama jin untuk ke sesuatu kawasan yang lain. Malahan, ada yang mengatakan pohon beringin yang tumbuh besar ditepi Jalan Keramat itu merupakan tempat penunggu jin. Pohon itu ibarat punca terjadinya gangguan. Sejauhmana kebenarannya, masih lagi menjadi tanda-tanya para penduduk kampung disitu.

“Laluan jin?” Fairuz terfikir lagi. Beliau seakan-akan memasuki kisah disebalik Jalan Keramat tersebut. Dia tidak dapat menghilangkan lakaran misteri yang bermain dimindanya. Walaupun cuba disapu dengan mengigati tuhan. Namun, pemikirannya serta keimanannya ibarat dicarik dengan cakaran ketakutan yang melampau. Syaitan seperti membisik. Iblis tertawa dibalik ketakutan Fairuz. Peningnya semakin terasa.

Sementara itu, Pak Imran masih lagi tenang menunggang motorsikalnya. Keadaan kesunyian serta cerita misteri Jalan Keramat sepertinya tidak diendahkan. Bola matanya hanya memandang ke arah hadapan dan sesekali ke kiri dan kekanan. 

Pak Imran menoleh ke kirinya.  Pergerakan seperti tertarik dengan sebuah pohon beringin yang tumbuh di bahu jalan. Terdapat satu pohon beringin yang cukup tinggi. Pak Imran tidak berfikir bukan-bukan. Cerita mengenai pohon tersebut diabaikan dari pemikirannya. Di fikirannya hanya memikirkan bahawa pohon tersebut hanya pohon biasa yang tidak perlu ditakutkan. Namun, matanya masih lagi melihat ke arah pohon tersebut. 

Belum sempat Pak Imran mengalihkan pandangan daripada pohon beringin tersebut.

“Astagfirullah…” Pak Imran beristigfar. Di hadapan Pak Imran tampak dua biji mata yang merah menyala sedang bertengek di atas dahan pohon tersebut. Mukanya nampak marah. Badannya penuh dengan bulu. Hitam. Teliganya seperti kelawar di malam hari, tapi lebih besar saiznya. Setinggi 9 kaki. Lembaga tersebut hanya memerhatikan Pak Imran dan Fairuz yang menggunakan jalan tersebut. Dalam daripada itu, Pak Imran terus membaca qalam tuhan. Dalam benaknya berharap bahawa anaknya tidak perasan lembaga hitam yang bertengek itu. 

“Kenapa ayah? Ada yang tak kena ke?” Fairuz tampak risau. Ditambah lagi dengan cerita misteri yang masih berlegar di fikirannya. Fairuz bertambah takut. Punggungnya digerakkan ke hadapan sedikit. Lebih dekat dengan badan Pak Imran. Fairuz masih lagi tidak nampak kedudukan lembaga itu. Namun, akibat tindakan Pak Imran membaca kalimah tuhan membuatkan Fairuz lebih tampak risau.

“Urm..tak ada apa-apa Fairuz. Ada kucing melintas tadi” Pak Imran menarik nafas. Mulutnya tidak henti-henti memuji nama tuhan. Tapi tak kuat sebutannya. Bunyinya seperti dihembus oleh angin malam yang mereka lalui. Sesekali Fairuz dapat mendengarnya. Pak Imran hanya memandang ke hadapan tanpa melihat lembaga hitam itu. Dia yakin lembaga hitam itu tidak menganggu dirinya dan Fairuz.

Fairuz hanya bersangka baik. Namun risau masih lagi membelenggu dirinya. Dalam  fikirannya tertanya-tanya seperti ada yang disembunyikan ayahnya daripada pengetahuan beliau. Mereka dua beranak semakin jauh dengan pohon tersebut. Kelajuan motorsikal Yamaha C90 tersebut turut ditingkatkan kelajuan. Panas enjin dapat dirasakan. Asap berkepul-kepul keluar dari motor buruk itu. 

Pak Imran masih lagi menenangkan hatinya. Dikuatkan batinnya supaya tidak runtuh pada ketakutan yang meluru. Keimanannya hampir membuncah dek syaitan yang ingin menjatuhkan kekuatan batin hamba-Nya. 

Mujur Pak Imran masih kukuh dengan kepercayaan hanya takut pada tuhan yang esa dan bukan pada makhluk yang durjana. Nafasnya kini kembali normal. Jatungnya mula berdegup seperti manusia yang lain. 

Kini tidak sampai seratus meter lagi mereka sampai di rumah Pak Malik. Pak Imran tampak lebih tenang dan gembira untuk menemui rakannya. Manakala, Fairuz kelihatan agak resah. Dahinya berkerut. Tangannya digengam erat kerana kerisauan ketika itu. Kepalanya diarahkan ke rumah Pak Malik yang kian hampir dengan mereka berdua. Keresahan yang membelenggu dirinya terlerai tatkala Fairuz melihat Pak Malik berada di anjung rumahnya. Tegak leher Pak Malik melihat Pak Imran dan Fairuz tiba dirumahnya. 

“Assalamualaikum…” Pak Imran memberi salam kesejahteraan kepada rakan karibnya. Salamnya disambut mesra Pak Malik seraya menjemput mereka masuk ke dalam rumah.

---
Rumah Pak Malik, 11.20 minit malam

Jam dinding menunjukan tepat pada pukul 11.20 minit malam. Pak Imran dan Pak Malik sedang rancak berbual. Tiada tanda berhenti. Cerita yang dibualkan seperti mempunyai rangkain cerita yang panjang. Fairuz kini lebih mendiamkan diri. Tiada perkara yang ingin dibualkan kepada mereka berdua. 

Kini, pening kepalanya beransur pulih setelah Pak Malik memberikan panadol yang terdapat dirumahnya. Fairuz agak malu untuk meminta panadol daripada rakan ayahnya itu. Namun, Pak Imran sepertinya tidak segan silu meminta pertolongan. Kesian melihat Fairuz pening kepala semenjak keluar dari rumah. Disebabkan itu dia meminta panadol dari rakannya itu untuk diberikan kepada Fairuz.

Fairuz mengeluarkan telefon bimbit Samsung J2. Button telefon ditekan untuk melihat ruang menu telefon bimbit berkenaan. Ibu jarinya menyentuh papan skrin lalu dialihkan ke sebelah kiri. Terdapat aplikasi internet, ‘facebook’,’ whatsapp’ dan’ instagram’. Ditekan aplikasi whatsapp, namun tiada siapa yang menghantar pesanan kepada Fairuz. Hampa. Kecewa. Riak wajah Fairuz berbaur bosan.

Dialihkan ke aplikasi’ facebook’. Paparan skrin telefon bimbitnya memaparkan jawapan yang mengejutkan Fairuz. “No Connection”. 

“Lah, patutlah whatsapp tak masuk, facebook tak boleh buka. Internet tak ada rupanya” Dipandang ‘line’ internet tidak menunjukan tanda-tanda internet akan timbul. Kedudukan rumah Pak Malik yang berjauhan dengan kawasan pekan serta berkedudukan di hilir kampung memberikan kesan kepada jalur internet di kawasan itu. 

Fairuz menarik nafas panjang dan dihembuskan berat. Kepalannya digelengakan ke kiri dan kekanan.

“Haih, apa nak jadi dengan kawasan ini. Setiap kali aku datang. Mesti tak ada internet. Sudahlah malam ini aku nak main ‘Game Mobile Legend’…” Fairuz mengeluh. Dia seperti dirasuk jikalau tidak bermain permainan video kesayangannya itu. Rasa seperti akan mati jika seharian tidak bermainan permainan ‘Mobile Legend ‘ tersebut. Fairuz sanggup bersengkang mata setiap malam hanya untuk memenangi perlawanan.

Fairuz masih lagi bersungut dengan telefon bimbitnya. Pak Imran  nampak perubahan pada air muka Fairuz.

“Fairuz, kenapa ni? Ada yang masalah ke? Sekejap lagi kita pulang. Sabar…” Pak Imran bersuara agak tinggi sedikit. 

“Tak ada apa-apa ayah. Baiklah…” Fairuz akur. Tidak berani dia menyatakan hasratnya untuk pulang lebih awal. Anggaunya bermain ‘Mobile Legend’ masih terkawal lagi. Dibelek-belek telefon bimbitnnya. Fairuz bersandar lalu didongakan kepalanya melihat jam dinding yang kini menunjukan pukul 11.30 minit malam.

---
Pak Malik melihat kegalauan yang dialami oleh kedua-dua beranak tersebut. Pak Malik tidak dapat membaca apa yang menggangu fikiran Fairuz.

“Kalau tidak keberatan. Tidurlah di rumah aku malam ini, Imran. Fairuz pun boleh tidur sini. Lagipun Minah (Isteri Pak Malik) pergi rumah saudara aku di Pontian. Ada kenduri. Esok baru pulang. Kau dengan anak kau bolehlah tidur di bilik belakang. Esok pagi bolehlah pulang ke rumah. Kalau lihat jam pun. Dah larut malam. Alangkah baiknya kau tidur di rumah aku malam ni” Pak Malik mempelawa dua beranak tersebut untuk tidur dirumahnya setelah melihat malam kian mencapai kemuncaknya.

“Urm, tak apalah Malik. Kami rasa bersalah pula nak tumpang di rumah kau. Rumah kami pun, tidaklah sejauhmana. 15 minit saja dari rumah kau.” Pak Malik mengukirkan senyuman seraya dipandang pada Fairuz yang dari tadi membelek telefon bimbitnya.

“Alah, apa nak rasa bersalahnya Imran, kau dari kecil aku kenal. Zaman sekolah dulu pun. Rajin juga tidur rumah mak aku.” Jawab Pak Malik.

Pak Imran memandang semula ke arah rakannya, Malik.

“Haha, itu dulu Malik.Sekarang sejak dah berkeluarga. Susah nak tinggalkan rumah.” Pak Imran memberikan jawapan kepada rakannya, Malik. Lantas, Pak Imran mendongakan kepalanya untuk melihat jam di dinding.

“Ok lah, Malik. Aku rasa nak pulang ke rumah. Maaflah tolak tawaran kau. Insyaallah lain kali ye.” Pak Imran menolak dengan penuh tertib. Dia tidak mahu rakan karibnya itu berkecil hati.

Jam menunjukkan 12.05 minit malam. Pak Imran dan Fairuz melangkah pergi bersama motorsikal kapcainya dengan perlahan. Ditinggalkan Pak Malik keseorangan di depan rumah. Fairuz kini kelihatan agak gembira kerana dia dapat pulang. Hatinya girang. Tidak sabar untuk mencapai hajatnya.

“Alhamdulilah, nasib baik tak tidur dekat sini. Kalau tak. Mahu aku meroyan sepanjang malam.” Kata Fairuz di hati kecilnya. Tangannya mengeluarkan semula telefon bimbit dari saku seluarnya. Dibelek-belek kembali.

---
Jalan Keramat, 12.11 minit malam

Pak Imran dan Fairuz masih menelusuri Jalan Keramat. Keadaan semakin gelap. Bulan kelihatan kedekut memancarkan sinar ke lantai bumi. Lampu jalan raya yang berjarak agak jauh. Tidak dapat menerangi Jalan Keramat tersebut. Sama keadaan seperti tadi. Jalan masih sunyi. Tiada tanda-tanda manusia akan menggunakan jalan tersebut.

Pak Imran yang tadinya tenang ketika berada di rumah rakannya, kini terasa seperti ada sesuatu yang mengusarkan hatinya. Tidak sedap hati. Dikenangkan peristiwa yang berlaku ketika mula-mula ingin ke rumah rakannya, Malik. 

Kejadian di mana lembaga hitam yang seakan-akan marah melihat mereka menggunakan jalan tersebut. Pak Malik hanya berdoa di hati kecilnya. 

“Ya allah, aku berlindung dengan kekuatan dan kekuasaan-Mu.” Doa Pak Imran di sudut hatinya. Pak Imran meneruskan perjalananya seraya menyuluh jalan yang berada di hadapanya. Jalan sunyi tiada penghuni.

Fairuz masih lagi sibuk membelek telefonnya. Yang diperhatikannya dari tadi ialah ‘”line internet”. Dia seperti tidak hiraukan keadaan sekelilingnya yang semakin gelap.

Hampir 50 meter. Kelihatan Pohon Beringin. Pak Imran cuba menyapu perasaan ketakutan yang menyelubungi dirinya. Hatta, dia berdoa, tapi sifat takut seorang manusia yang lemah imannya masih lagi terpancar dalam hati Pak Imran. Fairuz masih lagi sibuk dengan telefonnya. Motor Yamaha C90 Pak Imran dan Fairuz semakin hampir dengan Pohon Beringin tersebut.

Bola mata Pak Imran cuba dipaksa memandang kehadapan tanpa mencuba melihat pohon tersebut. Keadaan semakin gelap setelah tiba-tiba lampu suluh Pak Imran seperti kehabisan tenaga. Lampu jalan raya tersebut, turut terpadam.

Gelap.

“Alamak bateri habis ke? Kenapa masa macam ini? Ini satu lagi. Kenapa lampu jalan pun terpadam? Macam mana aku nak tengok jalan ni” Merungut Pak Imran.

Pak Imran mengecilkan matanya untuk melihat halangan dihadapan. Lampu suluh ditekan butang buka berkali-kali namun gagal untuk menghidupkan lampu tersebut. Diletaknya lampu tersebut di dalam bakul motor. 

Fairuz mulai cemas. “Ayah, kenapa padam lampu suluh? Satu lagi, lampu jalan pun terpadam. Ayah kenapa ni?” Fairuz melihat keadaan sekeliling. Dia memerhatikan pohon beringin yang kini berada berberapa meter dari motor yang dipandu ayahnya. 

“Tak tahulah, bateri habis agaknya..” Pak Imran menjawab sambil dia memerhati keadaan dihadapannya.

“ALLAH…” Suara Pak Imran tiba-tiba terpacul dari mulutnya. Suara itu ibarat pentanda buruk sedang berlaku kepada dua beranak itu. Pak Imran tidak dapat mengendalikan motorsikalnya. 

Ketika itu, motosikalnya seperti dikendalikan seseorang sehinggakan Pak Imran tidak mampu menghalakan motosikalnya ke hadapan. Fairuz cemas. Dipeluk ayahnya seraya mulutnya juga mengeluarkan kalimat-kalimat suci. 

Motorsikal tersebut menghala ke pohon beringin yang besarnya dua kali pelukan manusia. Puas Pak Imran menekan brek motorsikalnya. Sia-sia sahaja. Kelajuan semakin bertambah. Pak Imran tidak mampu berbuat apa-apa. Fairuz pejamkan matanya dan dipeluk erat ayahnya.

“ALLAHUAKHBAR…” Motorsikal Yamaha C90 menghentak keras pohon beringin tersebut. Pecah bahagian depan motorsikal tersebut. Pak Imran terlepas dari kawalan motorsikal lalu terpelanting 10 meter dari Pohon Beringin. Kepalanya jatuh dahulu. Tak sempat ditahan dengan tangan. Kepalanya terhantuk keras pada sebuah batu keras. 

Darah memercik di sekitar batu tersebut. Darah mengalir deras dari kepala Pak Imran. Di bahagian betisnya terasa amat sakit seperti dicarik dengan kuat. Kulit pada bahagian betisnya tercarik 10 inci dari lututnya sehingga menampakan dagingnya. Darah perlahan keluar dari celah-celah kulitnya. Pak Imran lemah. Badannya tidak berdaya.

Matanya sempat dialihkan padangan ke arah motosikalnya untuk melihat keadaan Fairuz namun tindakannya tidak mampu melangkaui kudratnya ketika itu. Terasa sakit di bahagian kepalanya semakin teruk. Kepalanya sukar untuk menoleh.ke arah motorsikalnya untuk melhat kedudukan Fairuz.

Pak Imran hanya mampu memandang ke arah langit. Dapat dilihatnya melalui mata hitamnya.  Asap hitam bercantum di atas kepalanya. Asap itu bercantum antara satu sama lain lalu membentuk satu lembaga hitam yang besar. Tingginya lebih kurang 9 kaki. Terbeliak biji mata Pak Imran melihat mahkluk itu.

“Ini makhluk tadi…” Pak Imran  kini kian lemah. Banyak darah keluar dari kepalanya. Melihat lembaga itu. Dia hanya mampu mengutus seuntai doa dari hati kecilnya. Matanya kian layu. Dilihat bumi seperti melambai. Ajal seperti memanggil. Pak Imran menutup mata. Semakin gelap. Kelam. Sunyi…

Lembaga hitam tersebut memandang dengan gembira dan angkuh melihat jasad Pak Imran yang kaku di lantai bumi. Lagak lembaga hitam tersebut seperti dia mempunyai kuasa untuk menghacurkan manusia. Tertawa besar. Kedua-dua tangannya dikuakan. Mendada.

Lembaga hitam itu memandang di satu sudut pohon beringin. Dilihat Fairuz sedang mengerang kesakitan. Lembaga itu tampak marah. Melihat Fairuz masih bernafas.

Lembaga hitam tersebut memerhati tanpa ada tindakan yang seterusnya. Nafasnya mendegus. Kuku yang tajam dan panjang dikeluarkan dari jari jemarinya. Semangat membunuh dan menyesatkan manusia kian membuak.

Fairuz menahan kesakitan akibat hentakan kuat di bahunya. Jasadnya kini longlai di bawah pohon beringin yang besar itu. Perkara pertama yang terlintas di kepalanya ialah ayahnya. Dia tidak dapat melihat dimana ayahnya terjatuh ketika motorsikalnya melanggar pohon beringin itu. 

Ketika kejadian pelanggaran itu berlaku, Fairuz terlepas daripada memeluk ayahnya. Bola matanya kini melihat keadaan sekeliling namun belum menemui hasil yang diharapkan. 

Fairuz bangun walaupun berada dalam kesakitan dibahunya. Mujur kakinya masih lagi boleh digerakkan. Dia bangun penuh gagah. Fairuz menapak beberapa langkah dari tempat dia terjatuh. Matanya memerhati disetiap semak yang berhampiran. Keadaan gelap meyukarkan dia melihat keadaan sekeliling. 

Fairuz cuba kembali ke arah pohon beringin itu untuk mencari lampu suluhnya walaupun dia tahu lampu itu tidak boleh dihidupkan setelah diberitahu ayahnya. 

Belum sempat dia memulakan langkah, badannya dihentak oleh angin yang kuat dari sebelah kanan. Fairuz terpelanting beberapa kaki.

“Aduh, sakitnya. Apa yang langgar aku tadi? Kuat betul..” Fairuz cuba bangkit seraya perlahan lahan melihat pohon beringin tersebut. Alangkah terkejutnya, selang empat kaki di hadapan terdapat mahkluk yang besar dan hitam sedang memerhatikannya.

Fairuz terundur beberapa langkah ke belakang lalu terjelepok ke tanah. 

“Ya allah, siapa kau? Kenapa engkau ganggu aku” Fairuz berkata dengan gugup sambil matanya ditutup. Perasaan ketakutan yang melampau kini merasuk jiwa Fairuz. 

Dibuka matanya perlahan lahan. Lembaga hitam itu merungkai badannya menjadi asap lalu terlerai dari bentuk aslinya. Asap itu menongkah arus lalu menuju ke hadapan Fairuz. Asap itu bercantum dengan pantas membentuk separuh badan Lembaga tersebut. 

“Arghh…Manusia lemah.” Mahkluk tersebut menjerit dengan kuat. Fairuz tertunduk ketakutan.

Lembaga hitam tersebut perlahan-lahan menggerakan kepalanya ke arah teliga kanan Fairuz.

“Wahai manusia, adakah engkau takut kepadaku” Suara itu seperti berbisik tetapi penuh dengan makna. Fairuz kaku. Matanya ditutup. Perlahan-lahan dia bersuara.

“Aku tidak takut kepada engkau wahai mahkluk terlaknat. Aku hanya takut pada ALLAH” Fairuz menjawab dengan terketar-ketar. Lidahnya seperti kelu untuk menjawab persoalan lembaga hitam itu.

Lembaga hitam itu tertawa dan mengilai-gilai seraya terbang mengeliling Fairuz.

“Engkau manusia lemah. Mulut sahaja berkata-kata. Tetapi hatimu penuh dengan ketakutan. Takutlah kepadaku wahai manusia. Nescaya engkau akan selamat daripada aku membunuhmu” Lembaga itu berkata lagi dan kini lebih kuat dan angkuh. Gayanya seperti dia yang berkuasa dimuka bumi.

“Aku hanya takut ALLAH. Dia mencipta aku dan dia juga yang mencipta engkau.” Kini Fairuz lebih yakin dengan apa yang keluar dari mulutnya. Perasaannya perlahan-lahan merintih pada sang pencipta. Mohon diselamatkan dari kekuasaan lembaga hitam tersebut.

Lembaga hitam tersebut kembali ke bentuk asalnya setelah terbang mengeliling Fairuz. Kini dia amat marah. Perasaan bencinya serta ketaatannya pada perintah iblis membuatkan dia berniat ingin membunuh dengan melapah badan Fairuz. Tangan kanannya kini dihayunkan dengan kuat lantas mengenai badan Fairuz.

Fairuz terpelanting jauh. Badannya terseret beberapa kaki di permukaan. Kulitnya seperti digilis dengan pisau yang tajam. Batu-batu kecil di permukaan jalan tersebut bagai menambah kesakitan pada badannya.

“Celaka punya manusia! Engkau manusia lemah. Tiada siapa yang dapat melawanku. Aku yang berkuasa di sini. Lihat sahaja sekarang. Tiada siapa yang mampu tolong engkau” Lembaga hitam itu angkuh dengan kekuasaanya seraya menapak beberapa langkah dan kali ini berniat ingin membunuh Fairuz dengan libasan kukunya.

Fairuz tidak berdaya lagi. Dia hanya mampu berdoa sahaja. Kudratnya tidak mampu digerakkan selepas menerima libasan pertama dari Lembaga hitam tersebut.

“Ya ALLAH, lindungi hambamu yang lemah ini. Sesungguhnya aku sedang dizalimi. Lindungilah aku yang ALLAH. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin ALLAH YANG MAHA TINGGI lagi AGUNG” Fairuz mengucapkan dengan penuh rintihan seraya membaca beberapa ayat suci al-quran yang diingatnya. Fikirannya kini penuh dengan tawaduk meminta pertolongan ALLAH. Fairuz diambang kematian namun kepercayaannya kini bertambah kuat dengan kekuasaan tuhan.

“Allahuakhbar…” Fairuz melaung dengan kuat. Angin seperti menderu kuat. Awan beralih pantas.

Kini lembaga hitam itu berada pada jarak yang sesuai untuk membunuh Fairuz. 

“Matilah engkau wahai manusia” Lembaga itu mengangkat tangannya kebelakang dan belum sempat dia melibaskan pukulan mautnya. 

Satu pukulan yang kuat dari arah bawah kepalanya membuatkan lembaga hitam itu terpelanting ke arah pohon beringin itu. Badannya terhentak kuat lalu timbul api dibadannya. Api itu merebak cukup pantas. Badannya terbakar dengan api yang cukup marak. Lembaga itu meronta-ronta kesakitan. Ketika dia hampir menemui ajalnya lembaga itu sempat meneriak dengan kuat. Seperti amaran yang tersurat.

“Aku akan hancurkan hidupmu manusia. Akan datang bala tenteraku kepada keturunanmu” Suara lembaga itu semakin perlahan. Lalu badannya hilang bersama api yang membakar tubuh lembaga tersebut. 

“Alhamdulilah, ya ALLAH” Fairuz bersyukur. Fairuz amat berterima kasih kepada allah kerana melindungi dirinya. Namun, kegembiraannya belum sepenuhnya, hati Fairuz masih lagi berwalang tatkala teringat akan ayahnya, namun kudratnya tidak mampu segagah tadi. Fairuz lemah. Matanya tertutup. Nafasnya dihembus dengan perlahan. Angin pada malam itu seperti membawa berita. Tenang. Sunyi.

---Jalan Keramat, 12.19 minit malam---

-TAMAT-

Rabu, 29 November 2017

Planning Student Assembly 2017, UiTM Seri Iskandar Perak. Sekadar Memori Manis yang Terpalit (Part 2)

#Perjalanan 4, (16.8.2017)

Hari keempat program, aktiviti ‘Amazing Race’. Dalam aktiviti ini, kami berpeluang untuk melawat atau meninjau beberapa kawasan yang menarik di Perak khususnya di Seri Iskandar. Antara tempat yang menjadi ‘checkpoint’ kami ialah Kallie Castle, Taman herba, Labu Sayong Seri Iskandar, Street Art SIBC Seri Iskandar dan Tasik UiTM Seri Iskandar. Setiap tempat yang kami lawati ini, kami dikehendaki untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan. Setiap tugasan yang berjaya akan diberikan markah atau kad hijau, manakala jikalau salah kami akan menerima kad merah. Apa yang menarik ketika aktiviti ini, kami semua amat gembira, santai dan agak perlahan dari segi menyelesaikan sesuatu tugasan. Disebabkan terlalu santai, kami mendapat tempat terakhir. Hahahaha

---

Disebabkan tiba awal di Seri Iskandar, kami diberi peluang oleh pihak urus setia untuk menjalani latihan di atas pentas Dewan Seri Iskandar. Setiap Universiti diberikan masa selama 1 jam bagi setiap latihan tersebut. Memandangkan kami berada di kumpulan yang terakhir, maka kami diberikan peluang untuk menjalani latihan pada pukul 5.00 petang.

---

Malam yang dinanti, mana tidaknya. Setiap university dikehendaki memperagakan lakonan masing-masing. Macam-macam gelagat saya dapat lihat pada malam itu. Ada yang diconteng muka dan ada juga yang sibuk menghafal dialog. Haha…Pada malam tersebut kami membawakan watak “Avengers” dengan tema ‘Green Development’.

#Perjalanan 5 (17.8.2017)

Hari kelima kami berada di PSA2017, selepas sarapan pagi di di dewan makan. Kami semua bertolak menaiki bas untuk ke Pantai Pasir Panjang, Segari, Manjung, Perak. Aktiviti di segari ini dibahagikan kepada 2 aktiviti iaitu penanaman pokok dan juga melihat tempat pembiakan penyu di kawasan tersebut. Pantai Pasir Panjang yang menjadi kawasan pendaratan penyu amatlah sesuai untuk dijaga dan dipulihara. Dengan adanya aktviti penanaman pokok di kawasan ini secara tidak langsung mengurangkan hakisan ombak dan kemusnahan habitat. Kesannya, penyu-penyu yang ingin bertelur di kawasan ini tidak berasa terancam.

Untuk pengetahuan semua juga, sebanyak 350 pokok ditanam pada hari tersebut. Pokok-pokok ini terdiri daripada spesis Bitagor laut, merawan siput jantan dan ambon-ambon. Setiap pokok ini ditanam sepanjang pesisir pantai di kawasan ini. Sepanjang aktiviti penanaman pokok di kawasan ini, kami mendapat sokongan daripada Jabatan Perhutan Negeri Perak dan Sahabat Alam Malaysia.
“Urm, tak sangka masih ramai yang sedar dengan kemusnahan yang berlaku” getus penyu dalam hatinya.

---

Selepas pulang daripada aktiviti penanaman pokok, kami semua dibawa ke kawasan segari penyu di kawasan ini. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 10 minit dengan berjalan kaki. Kawasan segari penyu ini tidak jauh dengan kawasan penanaman pokok tersebut. Sampai sahaja di kawasan segari penyu tersebut. Kami semua disambut dengan penyu-penyu yang masih dijaga di kawasan kolam. Penyu-penyu ini yang dijaga buat sementara waktu sebelum ia dilepaskan kembali ke laut. Sepanjang kami berada di tempat ini, kami dapat melihat pelbagai spesis penyu yang dijaga di tempat ini.

---

Bersempena dengan malam terakhir di PSA2017, aturcara program ialah ‘PSA Grand Dinner’. Pada malam tersebut kami semua dikehendaki memakai pakaian yang bertemakan ‘Busana Tradisi’. Kami dari UiTM Salam mengayakan baju melayu bagi lelaki dan baju kurung kedah bagi perempuan. Walaupun, tiada diantara kami yang memenangi ‘King’ and ‘Queen’ pada malam tersebut. Kami semua tetap ‘happy’, mungkin disebabkan makanan. Hehehe

Pada malam tersebut, kami juga dihidangkan dengan persembahan tarian dan juga montaj yang telah disusun oleh pihak urus setia. Program pada malam itu berakhir pada jam 11.00 malam.
Pada akhir majlis, kami semua bergambar serta menyanyi beberapa buah lagu yang didendangkan oleh beberapa universiti. Jadi, kami akhirinya dengan satu kenangan manis yang tak akan kami lupakan.

#Perjalanan 6 (18.8.2017)

Hari yang cukup menyedihkan iaitu hari terakhir kami berada di UiTM S.I. Dengan kata lain, hari terakhir PSA2017. Aturcara pada hari terakhir telah disusun dengan begitu rapi. Selepas sarapan pagi, kami semua berkumpul di Dewan S.I untu acara penutupan. Dengan rela hati bercampur sedih dan gembira. Kami terpaksa menerima hakikat bahawa hari tersebut ialah hari perpisahan kami semua.
Dengan ‘lafaz’ penutupan PSA2017 oleh Timbalan Dekan, ia telah menandakan bahawa PSA pada kali ini telah berakhir. Sebelum pulang, kami semua sempat bergambar sesama kumpulan dan university sebagai tanda persahabatan.

Kami semua anggap pengakhiran pada kali ini adalah permulaan daripada langkah kami. Kerana kami percaya bahawa suatu hari nanti kami akan bertemu juga. Jika tidak sebagai seorang ‘planner’, mungkin kami sebagai seorang rakan yang rapat.

Di dalam acara penutupan juga, kami juga dimaklumkan bahawa PSA seterusnya akan diadakan di Universiti Malaya pada tahun 2019.

In sya allah, jika dipanjangkan umur dan dikuatkan semangat. Kita akan bertemu kembali di UM.
Saya rasa, itu sahaja pengalaman yang mampu saya lakarkan disini. Segala kenangan yang terindah di sini. Saya akan coretkan dalam ingatan saya sepanjang saya masih bernafas. Bagi semua rakan-rakan PSA, in sya allah, kalau nak berhubung dengan saya di media sosial. Boleh terus ‘’Add” atau “Follow” Facebook dan Instagram saya.

Facebook: zainulariffin-UiTM Puncak Alam / enol_bpm
Instagram: enol_bpm

#bualpacakmalaya
#bualpacakbiarberilmu
#warkahseorangTraveller


Ahad, 24 September 2017

Planning Student Assembly 2017, UiTM Seri Iskandar Perak. Sekadar Memori Manis yang Terpalit (Part 1)



Assalamualaikum, rasa sudah lama tidak berkarya di medan ini. Kesibukan serta tahap kemalasan yang tinggi menyebabkan blog ini hanya dilihat pada hari-hari tertentu sahaja. 

Baiklah, kali ini saya ingin menukilkan serba sedikit pengalaman saya sepanjang saya menyertai satu program yang amat berkait rapat dengan profesion saya iaitu Planning Student Assembly.

Sebelum saya menceritakan dengan lebih lanjut pengalaman saya, Adalah lebih baik, jika saya menerangkan serba sedikit program Planning Student Assembly ini. Mana tidaknya, pasti ada diantara anda kurang familiar dengan program ini, malahan saya juga beranggapan bahawa ada di antara kamu yang tidak mengetahui apa itu Planning Student Assembly. 

#Planning Student Assembly/Perhimpunan Pelajar Perancang
Logo Planning Student Assembly 2017, UiTM Perak
Planning Student Assembly ialah merupakan salah satu program tahunan yang diadakan setiap 2 tahun sekali. Program ini diadakan bagi mengumpul semua mahasiswa serta mahasiswi daripada semua university tempatan dan juga antarabangsa dalam bidang PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH. Anda pasti telah sedia maklum bahawa antara universiti yang menwarkan bidang ini ialah UTM, UiTM Puncak Alam, UiTM Seri Iskandar, UIA, UM, USM dan POLIMAS. Unversiti awam ini akan dikumpulkan di dalam satu universiti bagi berkongsi pandangan serta idea dalam aspek perancangan di Malaysia mahupun antarabangsa. 

Untuk pengetahuan semua, program ini juga mendapat perhatian universiti-universiti antarabangsa untuk turut terlibat. Pada kali ini, Universiti Pakuan, Bogor, Indonesia menghantar wakil mereka bagi melibatkan diri dalam program ini. Terdapat 2 orang wakil dari universiti ini yang mana seorang lelaki dan seorang perempuan. Secara keseluruhan seramai 200++ mahasiswa/mahasiswi terlibat di dalam program yang dijalankan selama 5 hari ini.

Seperti PSA sebelum ini yang dijalankan di POLIMAS, program ini juga membawakan temanya yang tersendiri iaitu:
"Beyond Green Knowledge"

Secara totalnya, program ini mempunyai nilainya yang tersendiri bagi membawakan satu matlamat baru kepada setiap mahasiswa yang terlibat. Setiap aktiviti yang dijalankan ketika proram ini berlangsung akan berkait rapat dengan tema yang dibawa. Hal ini akan memberi satu lembaran baru buat mahasiswa dalam megembangkan idea mereka bagi menghadapi aspek perancangan di Malaysia.

#Tentatif Program
 
Seperti yang sedia maklum bahawa program ini dijalankan selama 5 hari. Oleh itu, tentatif program telah disusun oleh pihak penganjur iaitu pihak UiTM Seri Iskandar. Segala susunan tentatif adalah seperti rujukan di bawah:
 
Tentatif Program PSA 2017
Secara keseluruhannya, setiap hari dan setiap masa telah disusun dengan baik oleh pihak penganjur. Dengan bermulanya persiapan model, acara perasmian sehinggalah hari penutupan. Aktiviti yang dijalankan juga memberikan sedikit peluang kepada mahasiswa dalam bergaul antara satu sama lain dalam aktiviti yang tertentu terutama aktiviti yang melibatkan kumpulan dan kerjasama. Taklimat mengenai "green development" turut dibawakan oleh pihak penganjur dalam memberi input kepada mahasiswa dalam membantu mereka memahami dengan lebih lanjut berkaita aktiviti pembangunan di Malaysia. 

#Perjalanan 1, (2 Minggu) (UiTM Shah Alam)

Haihhh, tengah cuti semester, tiba-tiba ke balik universiti, inilah perasaan ketika mula-mula apabila tahu terpilih mewakili UiTM Puncak Alam untuk kali ini. Siapa yang rasa sedih kan. Dahlah habis exam lambat, kena pula orang balik awal untuk persiapan sebelum PSA. Huhu

Rasa malas terasa seperti menguasai diri daripada hati sehinggalah menyerap keseluruhan badan. Haih, mengeluh tak tentu pasal…Apapun perkara dah berlalu, saya pun malas nak bercerita panjang lebar tentang keluhan saya.

Baiklah, sebenarnya, sebelum program ini berlangsung. Kami semua dikehendaki berkumpul di UITM Shah Alam untuk membuat sedikit persiapan. Persiapan ini merangkumi beberapa perkara iaitu seperti Proses menghasilkan ‘Layout Plan’, Master Plan, Model dan juga persiapan untuk lakonan teater.
Model Yang Telah disiapkan (Segaja Ditutup)



 
Ketika Ingin Bertolak Daripada FSPU Shah Alam

 
Wakil FSPU, UiTM Puncak Alam (Bachelor of Town and Regional Planning), Seramai 30 orang wakil
 
Wakil Cakrawala Studio, dari kiri afiq, izzah, nina, jelwin, bawah: enol (Saya)
#Perjalanan 2 (Hari Pertama, UiTM Perak, 14.8.2017)

Ok, sepertima yang sedia maklum. Program ini bermula pada 14.8.2017 bersamaan hari isnin. Kami daripada Shah Alam bertolak lebih kurang pukul 3.00 petang. Kami semua tiba di UiTM Seri Iskandar lebih kurang 5.30 petang. Alhamdulilah, perjalanan kami lancar dan tidak ada banyak halangan yang perlu kami harungi.

Saya yang pada waktu pertama kali menjejakan kaki ke UiTM SI amat teruja memandangkan saya inigin bertemu ramai rakan-rakan dari pelbagai Universiti di seluruh Malaysia. Ketika kami sampai di UiTM S.I kami telah disambut oleh beberapa urus setia dari pihak pengurusan dan kami juga diberikan beberapa cenderahati dan 2 helai pakaian yang akan digunakan ketika hari 3 dan ke-4.

---

Pada malam tersebut, kami dikehendaki oleh urus setia untuk mendengar taklimat di dewan Seri Iskandar. Saya dan rakan-rakan SALAM (Shah Alam), kebetulan bergerak lewat dan kami hanya berjalan kaki untuk ke Dewan S.I (Seri Iskandar).

Apa lagi, laju sikit jalan. Hahaha…Paling kelakar malam tu. Kami sampai, taklimat dah habis diberikan. Nak buat macam mana, nak kecewa, macam dah terlewat. Maka kami ambil keputusan untuk ‘Set Up’ Model.

Latihan Bagi Teater (Avengers: Green Development)
Untuk pengetahuan semua, pada hari pertama. Kami semua dikehendaki untuk membuat persiapan bagi pertandingan model yang akan dijalankan pada hari selasa. Tanpa membuang masa, beberapa rakan saya, melakukan sedikit persiapan.

#Perjalanan 3 (Hari Kedua, 15.8.2017)

Urm, hari ketiga. Permulaan bagi segalanya. Kami semua dikehendaki untuk berkumpul di Dewan S.I pada pukul 9.00 pagi. Berdasarkan tentatif yang telah ditetapkan, kami semua diwajibkan untuk solat berjemaah di masjid serta melakukan senam aerobic pada pagi tersebut. Namun, memandangkan kepenatan masih menguasai diri kami. Semua pelajar SALAM (Shah Alam) tidur lagi. HAHA…

Jangan risau, sempat solat subuh. Cuma tak pergi senam aerobik pagi tu. 

Disebabkan kami tak pergi senam aerobik. Kami ambil keputusan untuk mandi dan bersiap. 

---

Pada pukul 9.00 pagi, Dewan S.I telah dihadiri beberapa tetamu kehormat untuk acara perasmian pada pagi tersebut. Jika tidak silap, program ini dirasmikan oleh Timbalan Dekan FSPU S.I. Maaf, lupa…Maklumlah, tak fokus. Kepala asyik menerawang kesan daripada ‘BUNGA-BUNGA’ yang ramai di Dewan S.I. 
Acara Perasmian PSA2017, UiTM Perak
 ---

Selepas acara perasmian kami ke acara yang seterusnya iaitu Forum “Green Growth & Sustainable Development”. Beberapa panel telah dijemput bagi memberikan sedikit perkongsian kepada kami. Antara panel yang hadir ialah TPr Hajjah Rokibah binti Abdul Latiff, Timbalan Ketua Pengarah Pembagunan JPBD, Datin TPr Hajjah Mazrina binti Dato’ Abdul Khalid, Setiausaha Kehormat Malaysian Institute of Planner dan Professer Ir. Dr. Muhd Fadhil bin Nuruddin, dari Universiti Teknologi Petronas. Sepanjang forum ini berlangsung kami semua menerima beberapa input yang boleh digunakan dalam kehidupan kami.

Secara keseluruhan, forum ini mendedahkan kami bagaimana setiap pembagunan yang berlaku di Malaysia dapat menerapkan ciri-ciri ‘Green’ pada setiap rancangan yang ingin diatur. 

---

Makan Tengahari…

Kira-kira jam 2.30 petang, kami semua berkumpul di Dewan SI bagi medengar sedikit Taklimat daripada MIP. Hahaha. Petang tu, memang agak mengantuk, tak tahu kenapa.

Tapi alhamdulilah, taklimat dari MIP ni diterangkan secara santai. Tambahan lagi terdapat beberapa invididu yang saya telah kenal. Jadi tak jadi masalah bagi saya. Secara total, taklimat ini memberikan sedikit gambaran rangka kerja serta carta organisasi di MIP.

Untuk pengetahuan semua juga, sepanjang program ini berlangsung. Kami semua berpeluang untuk mendaftarkan diri sebagai ahli MIP. Maka, sesiapa yang tak berdaftar lagi, bolehlah daftar.

---

Acara petang nil ah yang menjadi tumpuan kami semua. Sebab apa?. Ye, pertandingan model yang bertemakan ‘Green Development’. Jadi, kami amat teruja untuk mempamerkan model yang telah dihasilkan. Dalam hati, memang niat nak jadi juara…Jadi, memang kami cuba yang terbaik untuk pertandingan model ni.
Model Dari Universiti Sains Malaysia (Juara)
 
Model Universiti Teknologi Mara Puncak Alam, Cawangan Selangor, (Naib Juara)
Model Universiti Teknologi Malaysia
Model Universiti Malaya
Model Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Model Universiti Teknologi Mara Seri Iskandar, Cawangan Perak
Model Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS)
--- 
                                                                                                 
Malam kedua, kami berkumpul kembali di Dewan S.I. Malam tersebut beberapa aktiviti telah dijalankan. Antara yang menarik, kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut nama yang telah disenaraikan sebelum ini. Mala mini juga lah saya mengenali beberapa rakan-rakan baru dari Universiti yang lain. 

Ouh ye, saya berada pada kumpulan LDK2…


Kumpulan LDK 2, diketuai Nami dari USM
Nak tahu sambungan hari ketiga? Sebenarnya terpaksa sambung pada next entry sebab banyak gambar nak diupload. Maka nantikan ye...

Tunggu sambungannya, ok...